Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, November 1, 2016

#1366 Me Vs Cuti Banyak Hari

Minggu lepas mula-mula dapat lemon. Esoknya dapat bayam dengan bokchoy... Esoknya lagi dapat kacang ular ni pulak... Korek-korek esbok tengok ada hati ayam frozen 3,4 ketul... Goreng la dengan kacang ular ni. Aku makan kacangnya aje, hati encik Jack yang makan. Selalunya hati ayam aku buang. Sebab tak nak bagi laki aku makan benda tak elok kan. Tapi kekadang boss aku ni tanya jugak kemana peginya hati ayam alih-alih asyik masak other parts aje kan. Time panas telinga tu aku kutip simpan la hati tu. Bila banyak, buang jugak. Ayam beli kat Tesco ni kan, hatinya selalu dicemari hempedu pecah. Bila masak hati tu, laki aku selalu tanya nape hati tu rasa pahit. Laaargghhhh....

Kelmarin anak-anak dapat jajan... Alhamdulillah... Rezeki tak putus-putus sampai naik segan pulak rasa. Kelmarin jiran Cina aku tu datang hantar planter beserta tanah yang dia nak mintak aku tolong semaikan ros jepun kat dia tu. Sesambil tu dia tapau jajan kat bebudak ni. Suka la deme.. Selalu pegi Tesco mintak nak jajan aku tak nak beli... Dapat free ni tak lepas la. Haha.. Kalu boleh, selagi boleh, nak kontrol la apa yang anak-anak makan. Nak anak-anak makan secara sihat. Biasanya, kalu beli jajan ni, bukan anak-anak je yang berebut... Bapak dia pun berebut sama. Hahaha... Tak bagus untuk kesihatan ok... Gula tinggi, garam tinggi... Bawak-bawak la jaga pemakanan. Kita kan nak hidup lama.

Cuti sekolah banyak hari ni aku pun tak tau kenapa encik Jack tak ajak balik kampung. Ahahaha... Memang la Puan Menteri takde kat KB.. Nak save la kot. Sekali balik harus 4,5 ratus terbang melayang.. Duk diam-diam saje lah kat umah. Sebulan lagi nak balik dah jugak. 

Sepanjang banyak hari cuti ni, tengok kat fb rata-rata kengkawan update gambar percutian masing-masing. Wah bestnyaaaa... Kat sini almost tiap hari hujan. Suhu agak London la kat Penang ni. Nak turun gardening pun takleh la hujan-hujan ni. Hari Jumaat tu aku ajak Encik Jack pegi Pacific, nak beli jeans. Jeans dah jumpa yang elok. Kat situ boleh potong and jahit terus... Aku suruh dia ukur labuh ikut jeans sedia yang aku pakai. Dah siap jahit aku pun tak try la sebab masa dia ukur tu aku tengok sendiri memang betul ukuran dia ambik... Bila balik rumah, tengok-tengok terlebih labuh la pulak... Apa hal... Potong stim la... Malas la pulak nak hantar alter sekali lagi... Huk aloh nyesal tak try dulu kat kedai sebelum balik.... Pengajaran.... Next time, KENA, WAJIB try sebelum balik.. Dah jadi macam ni, mula la rasa love-hate realtionship dengan seluar tu. Material sedap pakai... Tapi asyik nak terlondeh aje... Makin turun, makin turun, makin turun.... Tak pasal-pasal kena pakai belt... Dah banyak tahun pakai jeans tak berbelt... 
Pagi kelmarin dah habis bekalan makanan untuk breakfast. Cereal dengan susu ada, tapi takde sape yang berminat. Roti habis. Makanya marilah kita ke Tesco... Voucher pembelian ada lagi tak redeem. Boleh la guna untuk beli stok makanan untuk pegi Europe ni. Kitorang beli lebih kurang aje, nanti apa tak cukup beli laters pulak. 

Takut nengok harga benda-benda ni kat Malaysia. Tapi pejam mata aje lah. Kalu makan kat sana, lagi mahal. Ada orang cakap kat aku, apa susah, skang ni Europe kan dah banyak kedai makan halal. Memang lah. Berlambak kedai makan halal skang. Tapi mampu ke nak spend seratus sehari makan kat luar selama 2 minggu? Walau tak makan luar tiap hari pun masih rasa tak mampu. Mungkin yang berkata-kata tu bajetnya seratus ribu tiap kali pergi bercuti, who knows? Tapi kami-kami yang marhaien ni, selagi boleh jimat, kami jimatlah setakat yang boleh.

Alahai sedih tengok makanan berat-berat ni nak kena angkut. Dengar citer kat Venice, pengunjung yang bawak troli bag tak dibenarkan heret kat pavement dia... Kena angkut okey! Salah satu usaha pihak authorities diorang untuk memelihara tak nak bagi rosak permukaan jalan diorang kot. Haih... I told you. Europe ni tak berapa tourist friendly. Mencik.

Banyak lagi ni tak plan... List barang nak bawak ni pun aku tak finalized lagi... Asyik malas je... Padahal sebulan lagi ni nak fly.... Dalam forecast ada bagi warning, kat UK katanya tahun ni winter paling sejuk. Tempat yang takde snow pun mungkin akan ada snow... Wow... I'm so not ready for this. Apa kau ingat rungkas Gunung Everest aje boleh terkena frostbite? Kena air hujan kat kota London pun boleh kena frostbite weyyy... Don't play-play... And do not underestimate mother nature. I never do.

Apa-apa hal, ko nanti baca je la catatan perjalanan aku... Agaknya kena update blog pakai hp je kot... Sebab paranoid kan takut camera kena ragut la apa la... Satu hari jalan-jalan, upload terus ribu-riban gambar ke blog... Ahahahaha... Aku mampu ke?

Ntah. 

Usahkan update blog, makan minum pun aku tak tahu lagi mampu ke telan kat sana... Itu yang harus lebih diberi perhatian.. Kahkahkah...

No comments: