Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 2, 2016

#1367 Me Vs Hari Mengemas Kebun

Alhamdulillah, weather is good today. Selsema dengan batuk pun dah beransur hilang. Hari ni Encik Jack ada conference kat Park Royal Ferringhi... Jadinya Adam tak pegi sekolah la. Hantar sempat tapi nak ambik tak sempat sebab Encik Jack habis program petang. Zaraa pun aku cutikan sekali. Saje. Boleh je nak hantar ambik... Tapinya, kalu dibuatnya tengahari ni hujan, cane nak gi ambik dia nanti. Makanya meh la kita cutikan dua-dua budak ni. Exam pun dah habis kan. 
Citer sayur free aku ni tak habis-habis lagi nampaknya. Kelmarin jiran Cina aku tu singgah bagi sayur ni pulak. Sesambil datang hantar 4 pasu bekas kecik nak suruh aku semai lagi ros jepun tu kat dia... Boss dia pulak nak katanya. Haha.. Ramai betul minat ros jepun ni. I don't mind sharing. Lagipun dah lama tak clear kebun aku. Dah overgrown pun, nak kena buang separuh.. Ros jepun ni senang hidup. Tapi nak jumpa kat neseri pokok kekadang payah nak jumpa. Kalu jumpa pun, rasa macam tak berbaloi nak bayar dekat sepuloh ringgit hanya untuk dapat pokok picisan ni. Selagi pokok aku ni ok, sape nak aku willing aje nak bagi free.. Sesambil nak clear kebun, boleh memanjangkan ukhwah.. 
Pagi kelmarin dah buat nasi lemak. Pagi ni kita buat sandwich salmon aje lah... Salmon ni aku beli kekonon nak buat salmon oreganato-sejenis grilled salmon yang aku makan kat Dalmiral's Grill suatu ketika dulu. Sedap. Tapi banyak bahan takde kat dapur. Tahu beli je, bahan lain aku tak beli. Malas lah pulak rasa nak buat salmon grill dengan sos orange butter bersama bayam celur tuh... Aduhai, bila teringat tu kecur air liur. Tapi nak buat, malas lah dah banyak benda takde dalam pantry. 
Kita grill bodo buat sandwich je lah.. Baguette ada lagi separuh. 2 hari dah duk makan garlic bread dengan baguette tu. Boleh je nak guna roti biasa, tapi aku nak feeling-feeling macam beli sandwich kat Subway... Kahkahkah... Subway pakai baguette ke? Ahahaha nampak sangat la tak pernah membeli...
2 keping je pun aku beli kat Tesco baru ni. Selalunya salmon RM30+ per kg. Tapi baru ni ada less. Aku sauk la. Saje. Jadi surirumah ni kena ada time ngengada camni. Sebab kesan ngengadaan ni akan memberikan benefits pada ahli rumah yang lain. Haaa... Boleh ler sesekali ubah selera. Asyik sardin tuna je bosan pulak. Meh kita up sikit pakai salmon pulak.
Nah resepi kalu berminat

Grilled Salmon Sandwich
PERAPAN IKAN
Ikan salmon(block/fillet)-cuci dgn air asam jawa utk hilangkan hanyir
Garlic salt
Lemon pepper
Olive oil
Satukan semua bahan dan lumurkan pada ikan salmon. Perap seketika. Lagi lama lagi sedap meresap sekata. Panggang atas pemanggang ajaib/bakar dlm oven pun boleh. (Sape takde lemon pepper dgn garlic salt tu boleh je guna salt and crushed peppercorns). Dah masak ikan, sejukkan seketika.
BAHAN UNTUK SANDWICH
baguette (roti biasa pun boleh no hal)
Mayonis
Carrot-parut
Iceberg salad
Tomato-dadu kecil
Garlic-cincang/parut
Butter
1.Garlic dicampur dengan butter kemudian sapu pada roti. Grill roti atas magic grill. Bila perang, tutup api dan angkat roti buh dlm pggn. Ikut mu lah nok buh dlm gapo pun.
2.Sapu mayonis manja-manja.
3. Buh isi ikan salmon panggang tadi..cincang boleh, letak sekeping pun boleh.
4.Pastu buh la sayur mayur layer by layer ikut sedap mata memandang.
5.Last sekali tutup la balik dgn roti...takkan nak biar ternganga sandwich mu ni..
6. Ok siap. Ready to eat. Kecuali mu buat untuk tengok je... kahkahkah..
Alang-alang cuaca begini indah ni, marilah kita syok-syok berkebun. Lama dah takleh gardening asyik hujan je. Planter yang jiran aku bagi suruh semai ros jepun ni dah banyak hari tersebek kat porch. Hari ni kita setelkan semua permintaan orang. One thing about gardening, it is truly a happy pill. I am happy whenever I'm gardening. Tanam bukan banyak pun.. Kawasan pun secoet aje.. Tapi utilized la to the max. Sebab aku takde keje kot. Sebab tu aku seronok. Bagi orang yang memang tak panas punggung kat rumah mana mungkin nak terjebak dengan pokok-pokok ni.
Okay, 1 planter panjang dengan 4 small pots ni dah setel. Ready to be collected. Yang panjang tu jiran aku suruh aku bela dulu. Takut mati kot. Pokok cili yang aku bagi dia minggu lepas dah mati hoho... Dia kata dia buh baja agaknya sebab panas baja tu yang pokok tu mati. Haha.. Siap pulangkan pasu aku baru ni, suruh aku tanam yang lain... Layan je la.. Cili takde hal. Sebab benih dia kot mana-mana memang aku buang jugak. Tak rugi apa pun di pihak aku. Apa la sangat setakat tolong semaikan anak cili api. Aku tolong semai je, nak hidup, tak hidup tu bukan kuasa aku.
Banyak jugak ros jepun yang dah overgrown tu aku nak buang. Tapi jiran aku tu suruh simpankan nanti dia datang ambik.. Suka hati la dia nak buat apa. Nak bagi orang ke, nak tanam sendiri ke.. Ada juga manfaat kat orang lain. Dapat gak pahala kat aku yang tabung pahala mungkin dah nazak merah menyala ni kihkihkih...
Bila dah siap semaikan kat orang ni, sekali tengok rasa macam tak nak bagi pulak... Ahahahaha... Apa hal santek sangat ni? Menyampahs tau.


No comments: