Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, November 5, 2016

#1368 Me Vs From Tepen With Love

Kau pernah baca ruangan From Taiping With Love dalam majalah Gila-Gila akhir tahun 80an dulu? Aku pernah. (krik..krik..kriiiiikk)

Pagi-pagi lagi dah gerak ke Tepen. Singgah breakfast roti canai kat Subaidah dulu sepukol. Sepanjang jalan cuaca redup je... Sesekali disimbah hujan gerimis.. Uih nak berarak paluan kompang hujan-hujan ni choii lah sikit.. Hopefully sampai sana nanti hujan dah stop. 

This is my first time masuk Taiping secara real. Selalunya lalu aje kat highway. Tak pernah sampai ke Zoo Tepen and Maxwell Hill tu... Kali ni atas asbab nak datang akad nikah sepupu aku, dapat la kenal tempat yang direkodkan sebagai tempat yang menerima taburan hujan paling tinggi di Malaysia. Memang lembab aje la kat sini. Nak-nak pulak time hujung tahun yang sememangnya musim hujan ni.

Disebabkan aku sampai almost sejam lebih awal (akad nikah kul 10.30am), pakcik aku suruh aku join diorang kat tempat penginapan diorang di Flemington Hotel dulu. Okeh, kita bertindak mengikut arahan. Bila semua dah ready, kitorang pun gerak ke Backyard Garden, Sentosa Villa.

Pening pulak aku tengok layout tempat dia nak nikah ni.. Sebab kitorang masuk ikut pintu belakang. Selalunya kita pegi hotel mesti lalu ikut reception area bagai dulu kan. Ni masuk-masuk je tengok hutan rimba dengan deruan air sungai kat belakang.. Macam dalam pagar rumah orang tapi bukan. Macam masuk compound resort, tapi bukan. Entah. Aku takleh nak brain. Tempat lawa la. Nature gitu. Budak-budak boleh gerak freely... City kids macam anak-anak aku ni suka benar la dapat tengok air sungai (streams) depan mata... How many of us dapat akad nikah tepi air terjun? Syok kan....
Sampai-sampai terus tuju ke pondok/astaka tempat nikah... Nasib baik tak hujan. Thank you Allah! Majlis nikah sepupu aku ni memang simple aje.. Jemputan pun tak ramai. A very close and meaningful event for the immediate families and friends... Aku suka majlis macam ni. Tak serabut. Takde protokol. Pengantin pun will have plenty of times to mingle dengan tetamu. Tetamu sesama tetamu pun boleh sembang puas-puas... I did enjoy myself here, chatting, gossiping and meeting my relatives yang dah lama tak jumpa. Segala-galanya simple hari ni. Dari hantaran, makanan, jemputan, hiasan, doorgifts. Semuanya simple. Tapi meaningful. Doorgift diorang bagi coklat Ferero Roche tu 3 bijik sorang. Cool la kan. Daripada kau bagi tuala kecik la, gula-gula cap ayam la,bekas telur la... Aku selalu buang je semua tu. Dapat coklat mahal ni gelojoh pulak. *monyet tutup mata
Berkenan kat cincin. Tapi tak lawa dengan jari aku yang kempis ni.
Sepupu aku (the groom) baru habis study kat Adelaide. Bini dia ada setahun lagi pengajian kat Brisbane. Lain-lain course. Kenal bercinta dari zaman sekolah lagi. 18hb ni diorang akan kembali berangkat ke Australia. Sepupu aku akan keje sana la sementara tunggu bini dia habiskan study dia.. Sweet je kan kisah kawin muda pastu duk oversea ni.. 
Pihak perempuan memang understanding sangat. Tak membebankan dengan permintaan yang bukan-bukan. Sporting kan mak bapak pengantin perempuan. Janji, sah aje. Lepas ni pandai-pandai la diorang... Eh teringat pulak kisah kawin aku dulu... Aku pun kawin masa laki aku masih study jugak.. Bezanya, laki aku sambung master ada la elaun bulanan ciput yang cukup-cukup la untuk kitorang hidup. Alhamdulillah, after 10 years dah makin lega dan rezeki makin terbuka. Syukur.
Makcik aku ni kata pihak kitorang nak pakai baju tema biru... Alamak... Baju ni je yang ada kaler biru. Lantak la... Haha.. Zaraa sorang je takde baju biru. Belasah je la dress lilac ni.. Tudung aku pulak, first time try pashmina shawl yang aku beli konon-konon nak pakai/ lilit kat leher jadi muffler kat Europe nanti. Sampai hari ni belum boleh decide lagi nak bawak tudung mana. Pompuan! Nice jugak pakai pashmina kat tempat sejuk-sejuk hari ni. Selesa tak ketar leher aku. Ada chan nak bawak trip ni...
Chalet dengan bawah rumah ada keta antik.
Akad nikah bawah pondok bersalut pokok bunga ni la.
Gambar semua gelap sebab mengadap cahaya matahari.. Takpe la gambar tak lawa sikit pun. Bukan nak tengok gambar kawin ni hari-hari. Ahahaha... Bila last time kau tengok gambar kawin kau agak-agak? Senyap-senyap sudah. Ahahahahaaaa...
Selamat pengantin baru to Irfan and Alya... Good luck in your new journey/diary.... Semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Bunyi macam cliche je kan.. Tapi aku benar-benar ikhlas... Sepupu aku ni memang budak baik. Dengar cakap mak bapak. Hormat orang tua. Tak berpeleseran. What else do you need in search for a good husband? Hopefully, diorang kekal comel-comel to each other macam zaman bercinta... Amiiinnn... I mean it.
One thing aku suka pasal wedding kat Perak ni... Lepas Zohor dah 'basuh kawah' dah... Meaning, jemputan cuma datang sampai waktu Zohor aje. Lepas tu dah takde. Pihak tuan rumah dah boleh kemas-kemas dan rilek. Pengantin tak perlu tertinggal solat hanya sebab nak entertain tetamu. Bagus kan? Kalu kat Kelantan, walau kau tok agong sekalipun, cop siap-siap kat kad kawin kata majlis sampai kul 5 petang pun, tetamu kau akan tetap datang ikut suka hati dia sampai kul 9 malam. Penat tuan rumah. Lauk pauk dah siap kemas, bila ada tetamu yang datang malam, nak tak nak, nak kena hidang makan jugak... Jamuan kawin di Kelantan adalah sangat memenatkan! Dah la lauk banyak jenis! Hahahahaha...

Okey... Dah siap makan-makan, sembang-sembang dengan sanak saudara yang join berlarok hari ni, kitorang mintak diri untuk pulang ke Penang... Balik la. Takkan nak menyemak dalam bilik pengantin pulak....

2 comments:

jie @ azie said...

Muko mu nok samo nga mokcik mu.. samo2 comeiii

Blog Diva said...

aku huduh banga loni jie! kuruh kering. nok wak gano xtau doh nok bui lalu mkn biar berisi sikik.