Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, November 6, 2016

#1369 Me Vs Projek Brahim's

Kelmarin masa aku attend wedding sepupu aku, Bos IBM dengan SIL1 pegi serang kilang Brahim kat Shah Alam tu. Nak borong stok Brahim untuk trip masing-masing lah. Semua kiriman ahlil rombongan diwakilkan kat SIL1 aku. Senang sekali harung. Beli kat kilang ni murah la. Berbaloi-baloi lah kalu nak bandingkan beli kat pasaraya. Malaslah share harga kat kilang. Kang tak laku pulak kat Tesco hahahaha..

Kitorang beli 111 items kat Brahim's ni. Ada set nasi, ada kuah saje, ada kuah dengan isi. Yang 111 benda tu stok untuk 9 orang selama 2 minggu kat Europe ok. Bukan group aku je... Ni untuk 2 group la... Semua belian ni berjumlah 4 kotak. Kena bahan kat Bos IBM dari tengahari sampai ke malam. Gelak kaw-kaw sebab nak bawak 4 kotak Brahim's ni macam nak pegi buat bisnes kat sana. Huh... Ni nyawa ok. Tak boleh dijual beli.

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dalam kotak tu short 7 kotak. Tak cukup. Padahal beli kat kilang tu. Haha. Takpe la, nanti later beli sendiri-sendiri untuk cukupkan. Yang tak cukup 7 kotak, yang tersilap beli, 10 peket kuah kari ayam. Patutnya beli kuah kari ayam dengan ubi kentang yang ber'isi' tu. Yang terbeli, kuah aje tanpa isi.. Hahaha... Tukang beli pun dah pening sebab beli sampai ratus-ratus kotak. Kat sana nanti kena pandai-pandai ejas la kuah tu. Buh telur rebus ke apa-apa untuk jadikan lauk... Nak suruh tukar pun, banyak pulak keje... Halal je lah. Adat la tu bila beli secara pukal ni.

Ada risiko sebenarnya bawak banyak ni. Ada yang kata Heathrow Airport tu lenient tak strict macam epot Australia. Ada yang kata pernah kena rampas stok Brahim's yang berasaskan daging. Entah la. Atas nasib lah kot. Kalu tak kena, alhamdulillah. Kalu kena, kena ada plan B lah nampak gaya. Harap-harap kastam sana lepas la. RM600+ lebih jumlah belian ni. Kalu kena rampas or beg hilang, memang putih mata la jawabnya. Ishk nauzubillahiminzalik!

Brahim dah beli. Now pening kepala pulak cemana nak ejas sumbat semua dalam beg ni. Semua 4 kotak ni kitorang nak agih-agih la 9 orang. Sorang kena bawak purata 12 items. Berdarah hidung mengenangkan angka 12 tuh. Belum campur makanan dalam tin, mi segera, jajan, beras, tupperware, periuk nasi, extension wire, adaptor bla bla bla... Hadoi! Kalu buang kotak, nanti kastam nak tengok apa ingredients dia pulak. Seal elok cemana pun, kena ada maklumat pasal product.

Ni lah hasil tangkapan kitorang kelmarin.
Bertabah la nak packing lepas agihkan bahagian masing-masing. Macam ni la kalu nak jimat makan minum kat tempat orang. Kalu mampu travel in style macam Marion Caunter lain lah kan... Budget traveller can never travel light! This is the ugly side of travelling I must say.

Doakan yang terbaik untuk rombongan kami. Doakan jugak matawang pound, euro dengan Franc Switzerland terus menjunam. Sebab masa turun haritu ahlil rombongan nak tunggu turun lagi, melepas sebab turun sekali tu je, now dah makin mendaki pulak.. Adehhh...

No comments: