Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, November 8, 2016

#1370 Me Vs The Glam, Massive Make Over

Sape pernah tengok hasil sentuhan make over oleh Rizalman ni? Tak silap aku Rizalman pernah tunjuk kat ig dia. Masa dia tunjuk tu, aku dalam hati gila-gila carut umah sape la ni lawa giler. Rumah Puan Seri mana la ni. Hebat tak tercapai dek akal aku rasanya. Mati hidup balik patbelas kali pun aku tetap takkan mampu ada umah macam ni.

Tanda tanya aku bernoktah minggu lepas, lepas muncul gambar kawan aku update gambar dia kat meja makan ni dengan sebijik kek harijadi... Rumah kawan aku sorang lagi rupanya. Siapa sangka hebat benar lifestyle kawan aku sorang lagi tu. Kalu dah tahap keluar masuk butik LV, Chanel, Ferragamo, Chopard kat oversea macam nak pegi beli bawang je, nak heran apa kan.
Gambar dapur tu confirm umah kawan aku, ruang lain ni aku syak je rumah dia sebab Rizalman post gambar-gambar ni pada hari yang sama tak silap aku. See stalking skill aku ;p Kalu salah, aku tak tau. 

Benda material macam ni yang buat aku rasa makin rendah diri nak jumpa kawan-kawan bila ada reunion ke apa-apa event get together.. Maklum la aku ni sape. Takde apa pun yang boleh aku banggakan pasal diri aku. Asyik bangga pasal orang je aku ni ;p Ahahaha... Orang tak bangga pun dengan aku wakakakakakaaaaaaa...




No comments: