Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, November 16, 2016

#1374 Me Vs Bootsie, Arrived

Gatal sangat pegi skroll kat Lazada kan... Hambek. Terbeli boots murah. TER lah sangat kan. Sape tak tempting kalu harga tak sampai RM30.. Serius! Saje je aku nak cabar diri, nak tengok setara mana boots harga mampu milik ni. Dalam gambar ofkos la menarik kan... Kita tengok live cemana sebenarnya..
Aku place my order 2 minggu lepas kot.. Tak plan pun nak beli.. Nafsu sedikit goyang hari tu. TERbeli dengan restu Encik Jack. Hari ni sampai. Nama takde kat parcel. Posmen teragak-agak nak serah kat aku. Bila sampai ke tangan aku, terkejut dengan keringanan kasut ni... Ni kasut betul ke kasut mainan ni? Hehehe... Sebelum ni dah niat dah, kalu indah khabar dari rupa kena redha la... Nak expect apa kalu dah tahu harga dia murah sangat ni.
Rupa sekali tengok adalah sangat smart... Tapi bila pakai, alamek ketat sikit la... Ni try kaki ayam je, belum pakai wool socks yang tebal tu lagi... Alaaaaaaa.... Aku dah ikut ukuran kasut sport aku. (37) Tapi kasut ni bulu lining kat dalam dia tebal dan keras... Jadinya, sendat la belah dalam. Not sure aku boleh (bearable) pakai kasut ni ke tak... Keselesaan kaki adalah keutamaan aku sebab there'll be a lot of walking especially kat London-Calais. Lepas tu dah sewa keta mungkin banyak habiskan masa dalam kereta. Oh my... Sekarang ada 3 kasut yang menagih keputusan aku nak bawak yang mana. Haih!
Dah harga pun murah, material pun kodi lah sikit. Tapak kasut ni Encik Jack kata macam tapak selipar Bata kahkah. Memang pun! Sekali pikir, tahan ke tapak kasut ni kat sana nanti. Kalu gam tak kuat, terkoyak, or pakai sehari dah haus tapak cane... Ayyoyo...
Lawa pulak dia pakai..
Berbelah bagi lah pulak... Kasut ni cantik di mata aku... Cuma durability tak tahu setara mana.. Nak bawak boleh. Berat tak menjadi masalah sebab kasut ni tak sampai 100g kot... Ringan napung! Cumanya space la takut tak muat.. Space. It'a always about space.. Bila tengok Che Ta susun luggage dia 20 buah sederet, mmmmm patut la dia style je sepanjang holiday dia... Aku ni nak bawak 3 pasang pun rohok doh 40 kali pikir takleh nak decide lagi.

Kasut mana nak bawak ni?

Kasut A?

Or kasur B?

Or kasut C?

Or selipar sekali?

Eh tertambah pilihan pulek.

1 comment:

jie @ azie said...

teh, napok mace licin jah kasut boot tu.. tapok dio mace gitew etek, tp tak tahu la mugo aku pun tok ajin gi obersi tmpt sejok2 ni...huuhu