Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, November 20, 2016

#1376 Me Vs Budak Dua Benua

Hari ni hari membeli-belah. Ikutkan hati malas nau nak keluar. Tapi stok makanan budak-budak ni dah habis. Esok Adam sekolah, nak bawak bekal apa kalu roti takde. Zaraa cuti peristiwa esok sebab hari ni sekolah dia buat lawatan sambil belajar ke Penang. Sepatutnya dia join sekali tapi macam biasa la cik Kak kita ni, dia buat hal tak nak pegi pulak. Nasib baik dia protes awal-awal, boleh la aku bagitau cikgu dia suruh offer budak lain ganti. Cikgu pun dah cop anak aku troublemaker agaknya. Dari pementasan sampai ke lawatan budak ni macam-macam hal.

Sampai je kat Tesco, benda pertama keluar mulut cik Kak ni, nak mintak buku matematik. Sebenarnya banyak kali dah, pegi Tesco tu dok mintak beli buku. Buku coloring la. Buku baca la. Nak pensil kaler la. Nak gam la. Macam-macam. Tadi, serabutkan dia, aku ambik jugak la buku matematik for preschool. Yang pasti, buku matermatik nak bagi dia mesti nipis dan yang paling sikit sekali pages. Why? Sebab dia kalu dapat buku, balik umah mesti dia nak buat sama sedas. (buat sampai habis hari tu jugak) Kalu buat sendiri sorang-sorang tu takpe jugak... Ni, balik dari Tesco kita sibuk nak kemas masuk fridge, nak siang ayam ikan udang ketam lembu kerbau lagi. Letih weh. Kejap-kejap dia tanya. Tulis seketul, tanya lagi. Panas-panas, letih-letih, banyak keje nak setel, nak masak lagi (tapi kes tadi aku tak masak sebab dah makan kat Tesco siap-siap)... Dia duk tanya tak habis-habis. 
Orang tengah naik syeh nak belajar kita kalu buleh tak nak la potong angin dia. Tapi serius, letih badan letih emosi melayan kerenah budak sorang ni. Masa kat Tesco tadi Encik Jack tak approve beli buku ni sebab nipis sangat tak berbaloi dengan harga RM1.99... Dia suruh ambik yang tebal terus... Aku pulak sengaja ambik yang paling nipis sebab tu lah... Bila dah balik ni, memang tak menyesal la ambik yang paling nipis. Sebab yang paling nipis pun dah tersiat nipis iman aku nak ajar dia sesambil letih badan..
Yang sorang ni, asyik mintak buku. (ada jugak masanya dia minta mainan), yang sorang lagi asyik mintak kereta mainan... Dua-dua aku menyampah. Kahkahkah... Sorang nerd sangat. Sorang lagi jiwa gamer aje. Adam tadi tak puas hati dengan aku. Masa lalu rak cereal, dia mintak nak Coco Crunch. Aku ambik la kotak size sederhana. Sebab kalu beli yang paling besar, lama sangat nak habiskan. Sampai dah berubah bau kekadang. Kalu ambik kotak paling kecik, tak cukup pulak. Jadinya, ambik saiz sedang je lah... Aku dah tau, dia nak kotak paling besar sebab percuma keta mainan. Keta tu je yang dia nak. Makan tu bukan sangat pun. Moncong la dia sampai ke rumah sebab aku tak ambik yang ada mainan tu.. 

Situasi macam ni selalu jadi. Kadang-kadang aku mengalah. Kasi chan. Karang tak merasa pengalaman zaman kanak-kanak. Tapi this time aku dah fedap. Nak mainan. Bila dapat, main sepah-sepah. Tak kemas balik. Adik nak mintak main satu, tetap tak bagi walau ada 10 yang sama sekalipun. Pastu gaduh. Perang mulut. Perang fizikal. Bila lah dia nak paham kenapa aku malas sangat belikan toys kat dia... Kat umah ni dah sebakul mainan dia. Pun masih nak mintak baru lagi. Mepeh kot tepi rok la mokpok mu nok beli mene baru sokmo.

Enough about these two. Semalam kitorang dah packing and compressed baju-baju.. Sayu pulak rasa bila tengok Zaraa duk perati je kitorang packing. Dia tengok je kitorang kecoh ke sana ke mari mengutip barang yang nak bawak. (Adam dah tido masa tu) Terkesan di hati aku bila perasan Zaraa duk perati kitorang tu. Dia tau, kitorang pegi tak bawak dia... Alahaiii kesian anak aku ni. Guilty pulak rasa nak tinggal diorang. 

This ugly feeling, penatnya packing, penatnya planning (walaupun aku tak terlibat dalam planning itinerary trip ni) penat segala-segala pasal trip ni membuatkan aku rasa serik tak nak dah pegi jauh-jauh.. Yang best pasal trip ni sekejap aje. Yang tak best, yang penat tu yang suffer nak hadapi. Haaaa bukan semua trip ni indah je tau...

Talk about benda tak indah ni kan... Since RM makin jatuh merudum dari sehari ke sehari, plan trip aku pun makin hari makin menyayat hati bila bajet makin stretch.. Sakit oooooiii... Haaa banyak jenis sakit nak pegi trip jauh-jauh ni bagi kita-kita yang marhaein ni. Nak pegi kenal tempat orang sekali seumur hidup pun dah makin payah. Cik Ta tu lain la... Pegi London macam KL-Tanjung Malim je.

Belum pegi ni penat packing dah rasa. Bila sampai sana, penat packing, unpacking pulak. Sebab duk satu-satu tempat tu paling lama semalam dua aje. Bayangkan, sepanjang 2 minggu kat sana, 10 tempat penginapan nak cek in cek out. Letihnya mengangkut beg naik turun bilik hostel.

Haih... 2 minggu lagi kot nak berangkat... Sejujurnya aku rasa takde perasaan. Which is good at this point. Hopefully, perasaan takde perasaan ni berpanjanganlah sampai habis trip. Takde la aku kecut perut beranxiety bagai. So, takde perasaan tu bagus untuk situasi orang macam aku. 

Bukan macam kau.

No comments: