Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, November 12, 2016

#1372 Me Vs Irfan's Reception

Pagi-pagi lagi dah bangkit goreng mi. Kita breakfast siap-siap lah baru pegi. Nak bawak bekal pun, karang kang tuan umah bagi bawak balik semula sebab takde orang nak makan kat umah dia. Budak gedaf-gedaf ni duk usung karipap pusing frozen yang Puan Menteri bawak.. Suka betul dia makan karipap ni..  
Hajat di hati nak bertolak seawal 7 lebih nampaknya terbabas jua. Kul 8 jugak la baru terhegeh-hegeh nak turun dari rumah. Makcik aku dah pesan suruh datang awal hari ni sebab nak kena tolong buh pulut kuning dalam bekas. Kesian makcik aku, bila ada majlis kenduri kendara tapi sedara tak ramai. Terpaksa la kerah tenaga sesiapa yang available. Aku ok je, bukan ada apa nak buat pun kat umah.. Boleh je datang tolong.
Majlis Menyambut Menantu kat SP ni simple aje. Jemputan pun tak ramai. Aku enjoy small scale wedding ni. Lebih santai. Rilek pocek bak kata makcik aku.
Tugas aku kat sini takde apa pun. Tukang bubuh pulut kuning dengan standby bagi gula-gula kat bebudak je. Dah jemputan pun tak ramai, peluang cerah la aku nak mencuri tulang haha.. 

Lepas zohor tengok jemputan dah makin lengang, kitorang pun mintak diri la nak balik. Balik dari SP smayang pastu terus ke Pacific sebab nak pegi money changer.. Currency rate makin hari makin menakutkan ni baik tukar siap-siap. Kat KL tu rata-rata money changer kehabisan matawang. Masa 2014 kitorang nak gi China, duit Yuan habis. Tahun lepas nak pegi Korea, duit Won pulak habis sana sini... Giler ah rakyat Malaysia skang ni dah jadi budaya pegi oversea makan angin.
Minggu lepas masa duit pound turun semua ala-ala nak tunggu turun lagi. Nah, makin melangit naiknya.. Hoho... Tu la tamak lagi... Semua dah rugi... Kuikuikui... So, hari ni by hook or by crook kena tukar jugak duit. Dalam Pacific ni ada 3 money changer di aras dan Wing berbeza. Semua kitorang terjah sebab nak compare harga. Semua harga lain-lain. Yang paling murah tu sebelah McDonald's. Hari ni kitorang tukar duit pound dengan euro aje. Sedih tengok tebal-tebal duit RM, bila tukar dapat berapa keping je not Pound dengan Euro.. Huhu... Makin hari makin tak mampu nak pegi kenal tempat orang ni. Bukannya kita nak pegi tempat sama 4,5 kali. Nak kenal sekali pun dah makin tak mampu rasa. Bila la orang tu nak step down ye.
Pegi Pacific dengan Bos IBM aje. Zaraa tido. Puan Menteri pun tak ikut. Balik tu kitorang tapau KFC  cheesy wedges kat dia. Tengok la rambut style crumple macam tudung Dato Vida hahahahaha...

No comments: