Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, November 13, 2016

#1373 Me Vs Konvo Disaster

Hari ni sekolah Zaraa buat majlis Konvokesyen. Hari ni jugak seumur hidup aku baru tahu Zaraa ada stage fright. Semua pelajar terlibat kena buat persembahan. Ada yang bernasyid, ada yang berdikir, ada yang bersajak etc... Zaraa terlibat dengan nasyid.

Minggu lepas lagi dia dok cakap tak nak perform. Tapi mana boleh nak tarik diri sebab semua orang kena perform. Pagi ni, dari bersiap pakai baju sampai ke dewan dia dok nangis tak nak naik pentas.  Ingatkan Puan Menteri ikut as a supporter ni, dia nak cooperate la.. Tapi tak jalan jugak. Aku pegi jumpa cikgu, mana tau boleh escape dia sorang. Tapi dead end. Bila cikgu datang pujuk/heret dia, dia pegi jugak la. Tapi dengan linangan air mata jugak la. Haih anak aku ni.
Cikgu pun dah takleh buat apa. Tak makan pujuk langsung. Naik pentas pun bergenang air mata. Mula-mula dia duk depan sekali. Tapi tengok air mata tetap berlinang tu, cikgu tukar letak dia kat tengah.. Nasib baik jugak. Alahai kesian tengok anak aku ni. Kalu boleh memang tak nak paksa dia. Tapi nak buat macam mana, semua orang WAJIB perform.
Start dari naik stage sampai ke sudah dia membatu atas tu. Orang lain menyanyi, siap gaya dengan suara nyaringnya... Anak aku, tak bukak mulut tak bergerak geri kaki tangan kat atas tu. Macam tunggul kayu. Nangis nonstop. Orang lain rilek je atas pentas. Tak malu tak segan langsung.
Kat umah kemain prektis depan cermin nyanyi sorang-sorang siap dengan gaya... Apa lah cik Zaraa Deana ni.. Kesian Puan Menteri kena ikut serta dalam majlis boring macam ni. Kalu duk umah dengan Bos IBM lagi best boleh layan internet, boleh ngaji smayang segala. Huh, demi cucu dia datang jugak. Tapi cucu tak nak perform jugak!
Budak-budak yang cemerlang, diorang announce lewat sket. Encik Jack must be the proudest dad on planet. Tahun ni 2-2 anak dia naik stage terima award. Me? Of course I am happy. Diorang cemerlang, aku ok. Tak cemerlang pun aku ok jugak. Sebab aku sendiri pun pernah rasa both experiences.. Dua-dua aku paham rasa macam mana. So, we just go with the flow..
video



Tuan punya badan sendiri pun punya la happy dapat piala besar dari piala abangnya... She's thrilled! Dapat hadiah besar pulak tu.. Tak padan teater air mata tadi. Lupa dah kot stage fright dia tadi tu. Turun je pentas tak berhenti mulut dia duk excited dapat piala besar dengan hadiah. Tahun depan tak payah beli stationaries dah ye. 
Budak ni memang overjoyed tahap apa tak tahu lah... Dia tak sangka kot 'hard work' dia selama ni duk harass orang suruh ajar dia membuahkan hasil sebegini lumayan. Balik umah asyik gilap piala je. Punya la naik syeh. Malam Bos IBM, Puan Menteri dengan Adam dah naik tido. Dia aje duk dengan kitorang kat bawah. Aku dengan encik Jack tengok recorded movie. Dia sensorang duk berkarya penuh khusyuk tak pedulikan orang. Tengok la apa dia tulis... Kahkahkah... Layan je lah..
Kalu yang perasan kat dewan tadi sure kata, tak padan dengan nangis beriya, tapi belajar dapat nombor dua rupanya... Kihkihkih... 

1 comment:

jie @ azie said...

Tahniah Zaraa Deana buleh no 2 ;)