Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, November 18, 2016

#1375 Me Vs Photogray Mishap

😱

Dah 4 hari pakai baru perasan yang spek aku ni tersilap lens. Kisahnya aku pegi tukar lens cermin mata aku ni minggu lepas lagi. Masa tu aku nak buat spek hitam yang ada power. Tanya staf kedai spek tu untuk rekemen spek hitam mana yang boleh buh power. Sebab dia kata tak semua spek hitam boleh buh power. Bila orang suruh rekemen, dia jawab susah nak cakap. Kena tengok jenis spek yada yada. Dah tu, baik cakap semua tak boleh buh power terus. Orang tanya yang mana boleh, yang mana tak boleh, pun dia jawab tak tentu. Gilo apo. 

Staf tu rekemen suruh aku tukar photogray lens aje. Awal-awal aku cakap aku tak suka photogray. And memang tak nak photogray. Aku kata aku nak lens biasa macam lens asal aku tu. Nak tukar bukan sebab power naik pun, just sebab calar balar je. Konon nak puas hati tengok pemandangan kat Europe nanti... Potong stim la kan nak tengok asyik nampak calar-calar kat spek je. 

Encik Jack pun dengar aku cakap aku tak nak photogray lens kat staf tu... Ya Allah... Lepas 4 hari, baru hari ni aku perasan spek aku photogray! Down rasa. Masa pakai memang la takde beza rasa. Rasa macam pakai spek lama je.... Cumanya, kalu ambik gambar, dalam gambar nampak macam pancasitara je lah... Aku prefer spek hitam macam artis pakai tu daripada spek kejap gelap kejap cerah ikut tahap pancaran matahari ni. Huuuuu dah tu cemana ni? Sakit pulak hati... Orang dah cakap awal-awal tak nak photogray, photogray jugak dia buat... Budak tu silap paham ke... Maklum la masuk-masuk kedai nak cari spek hitam nak buh power...

Encik Jack ajak pegi report/tukar je.. Aku confirm la kedai tu tak nak bagi tukar free-free walaupun salah dia. Nak kena tambah duit lagi. And, for sure nak kena tunggu seminggu lagi kalu stok lens saiz spek aku ni takde... Buang masa, buang duit... Huh... No choice lah... Tak suka pun terpaksa bertahan la sampai power naik/turun lagi baru buleh tukar lens... Tak santek la gambar kat Europe nanti... Macam orang buta je...

Dari dulu lagi aku paling pantang dengan spek photogray ni.. Tapi ni lah jugak yang aku dapat... Hadoiii... Down down down.... Sebak weh! Seminggu lagi dah nak balik KB... Terus rasa tak seronok... Dulu kemain dalam kepala dok imagine kat Europe nanti nak melaram spek hitam besar camni ha. Sekali dapat spek hitam pancasitara adoiiiiiii.... Tak bestnyerrrrr..😭😭
Kalu tahu camni, rela aku gi Europe pakai spek lens calar. At least ambik gambar orang tak nampak tang calar tu. Huhu. Entah cemana boleh silap ni. Seingat aku, aku dah cakap nak lens biasa, tak nak photogray. Bila dia cakap total nak kena bayar tu dah rasa pelik kenapa mahal dari buat aritu. Padahal jenis lens sama yang nak tukar. Tapi both of us tak kata apa la ingatkan multicoated punya ke apa... Mesti mahal sket. Lepas 4 hari baru sedar!

Time pakai memang tak rasa beza. Tapi bila tengok gambar selfie dengan bila dok depan cermin baru perasan apahal spek aku ni kelabu sikit.... Cilakak.. Menyesal sudah tidak berguna. 


Dalam tak best, ada juga yang best berlaku kat rumah ni 2,3 hari ni. Kucing jiran aku asyik datang mintak makanan aje.. Mulanya tak tahu kucing sape. Aku bagi je la makan. Baru ni pegi umah jiran aku, tengok si putih ni ada kat situ. Gelak je tuan dia bila aku kata kucing ni datang makan kat umah aku. Dia kata kalu aku nak bela, ambik la... Umah dia dah banyak kucing.
Mula-mula sekali dia datang minggu lepas. Datang makan. Lepas makan, blah entah ke mana. Jual mahal plus takut-takut nak dekat orang. Orang ajak masuk dalam rumah pun dia jual mahal jugak. Aku pun malas lah nak layan dia.
Makin hari makin kerap dia datang mintak makan. Time ada nasi dengan lauk tu aku bagi la. Lepas makan dia lepak-lepak kejap... Skang ni dah jinak. Dah boleh usap-usap. Dah pandai gesel-gesel kat kaki orang... Dah berani keluar masuk umah aku.. Kelmarin dia datang dekat maghrib. Duk dalam rumah siap naik tido atas sofa dalam ekon... Kemain kau ek...
Yang best dengan kucing ni, owner dia dah train dia kencing kareb kat luar... Aku tak kecut perut sangat la tiap kali dia masuk umah aku. Kalu dia nak keluar (time orang dah tutup pintu kemas), dia akan pegi kat pintu sambil mengiau... Bukak pintu terus dia keluar. Eh macam mimpi pulak dapat kucing warna putih salju ni... Skang ni musim mengawan agaknya... Asyik memanggil jantan je.. Balik dari Europe nanti bunting la dia agaknya hihi...
Asyik tutup je mata time orang nak ambik gambar dia.. Nak tunjuk mata dia... Lawa sangat... Sebelah biru, sebelah hijau.. Macam mata Wentworth Miller. Super handsome, tapi gay. Huk aloh.
Macam yang dijangka la, tiap kali Putih ni ada, budak gedaf-gedaf ni la yang paling excited. Kesian pulak aku kat kucing ni... Pasrah je muka kena usung sana sini dek cik kak ni. Serabut-serabut pun dia tak gigit...
Skang ni malam kitorang kurung dia kejap... Antara maghrib-isyak gitu.. Pastu lepas kat luar la sebab dia nak keluar menjalang haha.. Takpe la, bagi dia biasa-biasakan diri.. Kot-kot dia rasa ngam disayangi, boleh la dia usya-usya bilik maternity dia nanti kehkeh... Tolak tuah la kucing ni kalu dia tak nak dok sini... Kat umah tuan dia, kucing banyak nak kena berbagi kasih.. Kat sini, Zaraa treat her like a princess la... Hari-hari tolong berus bulu... Belum kira nak tolong mandikan lagi. Aku tak bagi mandikan dia sebab kucing ni tak setia lagi dengan umah ni. Mandikan pagi ni, tengahari dia keluar berguling dalam pasir kat mana-mana entah, balik malam dah busuk balik... Biaq pi lah dia...
Nukilan hati Cik Kak.
Not until she decides nak duduk permanently dengan sape. Quite a wrong timing jugak dia mai skang. Minggu depan dah nak balik... Tinggal berminggu-minggu agaknya balik Penang semula dia dah tak kenal dah umah ni..

To be honest, aku suka dengan keadaan skang ni. She comes and goes ikut suka hati dia. No confinement. No compromised. No commitment. No strings attached. Lebih senang begitu. Kalu dia datang dengan muka lapar, aku bagi makan. Dia nak masuk rumah, aku bukak pintu. Kalu dia nak pegi mana-mana, aku tak halang. Cukuplah anak-anak aku dapat main sekali-sekala dengan dia. Dapat tumpang kasih sekali sehari jadi lah.. 

Haih... Agak-agak lepas balik dari Europe nanti, dia datang lagi ke rumah ni...

No comments: