Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, December 5, 2016

#1378 Me Vs Dubai-London

Tiba di Dubai jam 4.++ pagi. So... This is Dubai.. Tak sangka aku dah berjaya sampai halfway of my journey. Setakat Dubai ni je pun dah 1001 macam rasa tak best aku dah rasa. Dalam flight semalam tak putus-putus aku blame diri sendiri... Why did I agree to join this trip? Over and over and over duk repeat the same question dalam hati. Suffer gilos. 8 yang lain rilek pocek aje aku tengok. Ofkos, diorang bukan ada penyakit macam aku ni. Rata-rata tazzabar nak jejak kaki ke Europe je... Pegi lah jauh mana pun, cukup time sampai makanan diorang telan aje takde masalah apa pun. Aku je lah yang takleh nak makan..
These are some of our in flight meal yang team amazing race aku ni makan. Selalunya penumpang diberi 2 pilihan main course, So, pilih aje lah ikut napsu makan kau. Aku, pilih dan tengok aje lah. Nak makan tak boleh. Aku paksa jugak la makan sikit-sikit. Most of my meals memang tak habis. Macam roti atau biskut atau butter tu aku tapau to eat later la. Sumbat je dalam beg galas. Lapar aku ni bukan ikut time macam orang lain.
Syok dan jeles aku tengok 8 yang lain ni... Dalam flight selalu mintak air oren, minuman ringan lah, kopi lah etc... Mak tak berani nak minum air selain air mineral. Perut kena jaga betul-betul. Aku tengok aje lah 8 yang lain menikmati makanan kapal terbang diorang to the fullest.. Bayar mahal-mahal kan. Mintak je lah. Bukan kena maki kat akak abam peramgari/a pun.
Sebelum ni dah banyak baca pasal penyakit aku ni, para bijak pandai menyarankan orang macam aku ni minum plain water as much as we can. Sepanjang flight memang banyak kali jugak la aku ke jamban. Good for my blood circulation... Lenguh kaki berjuntai... Trip sebelum ni Korea cuma 6-7 jam. Ini kali KL-Dubai dah 7 jam and we have to continue another 6 hours to London. Kira macam pegi Korea balik hari lah. Kau mampu? Mampu duit aku tak heran. Mampu kaki menahan tarikan graviti atas flight seat tu yang aku tabik. 
Flying with Emirates memang bestlah. Layanan memang terbaek. Peramgari peramgara nak cakap dengan kau pun sambil duduk, I mean, eye level dia lebih rendah dari passenger... Punya la memuliakan penumpang. Awek mat saleh depan aku komplen skrin depan dia hanged, dia tengah main game pastu tetiba off... Dekat 2 jam dia takleh on skrin dia. Pastu dia panggil ketua steward, ketua steward tu terkejut sebab awek tu dah tunggu 2 jam tapi takde apa-apa tindakan. Punya la guilty, dia offer arak terbaek kat awek tu dengan geng-geng dia sebagai tanda apologize sebab awek tu tak dapat menikmati pengalaman manis terbang bersama Emirates... Awek tu dengan 3 orang lagi yang fly sekali dengan dia berpesta minuman keras la... Gembira sekali diorang dapat arak free.
Transit di Dubai, perfect timing untuk Solat di airport. Keluar aje kapal terbang, terus tuju ke ruang transit. Memang gah la airport negara kaya ni. Segala-galanya mewah. Lif aje seluas bilik bibik aku. 20 orang boleh masuk lenggang kangkung tak payah nak sesak napas. Selesa. Sampai je mana-mana persimpangan, akan ada staf aiport yang tunggu untuk tunjukkan arah. Maklum la airport besar gaban boleh sesat barat dalam tu. Bila tengok staf airport ni baru perasan, kat Dubai ni ramai giler pekerja luar. Muka macam India ada, macam Cina ada. Macam Melayu (Pinoi) ada.. Rojak. Yang pasti, takde local yang keje bawahan kat sini. Muka Pak Arab paling koman, pegawai. 

Jumpa surau (surau je ada berapa bijik entah dalam airport ni), kitorang ambik turn semayang. Kebetulan tunggu masuk waktu Subuh tu, jemaah umrah pun ada kat situ. Malaysia ada, Brunei ada, Singapore ada... Alahai, kena bersesak dengan macik-macik umrah la pulak. Aku siap semayang tu cari-cari serkup kepala aku tak jumpa. Hekeleh, macik umrah terambik rupanya. Nasib baik jumpa. Takkan nak naik flight seperjalanan lagi tak pakai serkup... Mana la selesa rambut serabai aku ni.

Tiba waktu boarding, masa gerak dalam boarding bridge tu entah dari mana tiba-tiba datangnya angin sejuk. Sejuk, I mean menggigil. Masa tu aku memang pakai sweater. Oh my. This is not good. Tiba-tiba keluar peluh panik aku. Ini baru kat Dubai yang negara panas ada padang pasir segala. Kejap lagi nak sampai London yang jauh lagi chill ni macam mana? How am I gonna survive the cold? Adoiii... Tapak tangan dah basah. Kaki sejuk. Badan menggigil. This is not how I imagine my trip gonna be like! 

Benci nya.

Naik flight, cari seat. Bukak beg terus makan ubat lagi. Flight semalam tidaklah 100% berjaya. Tapi takkan aku nak berpeluk tubuh biar badan aku suffer sepanjang flight kan. Ikhtiar aje lah, pastu doa dan berserah. 

Semalam pun, awal-awal flight tu bukak jugak la skrin nak tengok in flight movie apa yang best. SIL2 bagitau, Emirates ni offer movie-movie baru. Memang banyak pilihan kalu kau kaki movie. Macam-macam citer best boleh tengok. Tapi satu citer pun aku tak tengok habis. Mostly citer-citer aku dah tengok. Jiwa kacau mana lah tenang nak tengok movie. Distracted habis-habisan. Frust takleh concentrate movie, aku dengar lagu. Pun makin serabut. Last-last tutup skrin.

Macam flight semalam jugak, aku duk persoal diri sendiri kenapa aku gatal sangat nak ikut trip ni. Satu persatu wajah anak-anak muncul dalam minda. Tumpah jugak air mata. Sayu sebab teringat anak-anak. Sayu sebab tak mampu nak bawak diorang sekali. Sayu sebab aku nak ke tempat best, diorang pulak aku tinggalkan kat kampung. Tapi kampung bestlah bagi diorang wkwkwk;p 

Sepanjang nak habiskan second flight ni, masing-masing merungut kebosanan dan kelenguhan kaki. Ini ambik transit. Cuba kalu naik flight direct MAS. Mati kejung la kaki 13 jam duk dalam kapalterbang. Ini pun kejap-kejap bukak skrin tengok lokasi dan tinggal berapa jam/minit lagi nak sampai. Puas wey pejam celik tak sampai-sampai. Macam mana la Che Ta boleh gi London patlima kali setahun. Aku baru nak pegi sekali ni pun dah rasa boring. Kalu ada pintu Doraemon kan best! 

Setelah 2002 kali rasa nak mati-pitam-mati-pitam, sampai jugak aku kat Heathrow Airport. Perasaan? Takde perasaan. Cuma rasa nak cepat habiskan trip ni. Pelik sungguh rasa trip kali ni. 

Airport Heathrow ni kecik je. Tak canggih pun berbanding KLIA. Keluar dari kapalterbang terus ke tempat ambik beg. Lengang aje airport ni. Sampai kat tempat cop pasport, pegawai tu panggil 9-9 kitorang terus. Senang kan. Sebelum ni memang aku dah baca orang kata pegawai emigresen kat London ni memang akan interview a few basic questions. Jadi, kitorang memang dah ready. Dia tanya, kitorang nak stay berapa lama, bawak duit berapa, lepas ni nak gi ke mana, naik apa. Sebab ramai sangat rakyat Malaysia overstay kat sana. Pegawai pulak hensem dan ramah. Kitorang berjaya jawab dengan penuh konfiden dan santai, dia lepas je.

Touch down tadi 10.++am waktu London. Ambik beg yada-yada dah kul 11+. Aku dah checked waktu Maghrib hari ni 3.59pm. Jadinya, merasakan tak sempat nak jamak Zohor-Asar kat apartment, kitorang semayang kat aiport siap-siap lah. Surau kat airport ni sekali dengan multi faith prayer room. Surau kecik je tapi selesa la. Tempat ambik wuduk pun ada dalam tu. Tapi.... Air nya sejuk gils! Bercinta nak ambik wuduk... Masa kat surau ni kitorang disapa mesra oleh staf-staf beragama Islam terdiri dari pelbagai bangsa... Ramainya pendatang kat London ni.. Masa ni rasa best pulak terjumpa saudara-saudara Islam kat bumi asing ni.. Tapi aku jakun lagi setakat ni tengok Muslimah London ni solat pakai baju yang diorang pakai tu je. Takde telekung-telekung solat macam orang Malaysia buat. Rilek je diorang smayang dengan pakaian harian diorang. Ramai jugak pekerja airport ni yang beragama Islam masya Allah alhamdulillah.
Setel smayang, masuk toilet salin baju pakai heat tech dengan all the winter clothing. Keluar toilet je, encik Jack ajak ngetest suhu dingin kat luar. Aku nak sauk jeket pun dia tak kasi, nak cepat katanya... Memang menggigil lah kat luar tu. Paling tak tahan part jari lah... Sekejap je terdedah dah rasa menyucuk dan kering. So, this is what winter in London feels like. I think I can handle this cold. Buang karan je kan aku duk risau sebelum ni. Ye lah, masing-masing duk kata sejuk tahap itu ini... Now it's 5 degrees Celcius.. I can withstand this. In sya Allah. Aku duk imagine far worse than this. 

Dah bergambar lebih kurang (ini je kenangan kat LHR), kitorang terus tuju ke stesen Underground kat tingkat bawah. Cabaran pertama di Kota London, nak beli Oyster card tu diorang tak terima duit besar. Nak kena bayar duit kecik. Kitorang ni pulak tukar duit kat money changer kat Malaysia takde choice, duit besar-besar dibaginya. Terpaksa pegi pecah duit dulu. Staf Underground ni tua-tua berkedut, tak friendly dan muka ketat-ketat. Cakap macam nak marah orang. First day kat London lagi dah rasa unwelcomed. Dah kita baru sampai London ofkos la kita terpinga-pinga, nak tuju pun kena baca-baca signboard, label, tanya orang. Menyampah pulak... Sikit-sikit nak marah orang. Puuii.
Aku dah kata, trip kali ni aku ikut aje. Tak study apa pun. Ketua rombongan suruh turun stesen A, aku turun stesen A. Cabaran kedua hari ni, internet yang poor reception. Wifi ni kitorang sewa dari KLIA. Kata boleh share 5 devices. Haramzadai. Time nak guna cari lokasi, sorang je boleh on. 4 lagi kena off wifi. Sendu giler. I missed my Korea trip... Internet lajuuuuuu... Cabaran ketiga berkait dengan cabaran ke2 tadi. Nak cari apartment tak jumpa-jumpa. Macam mana nak jumpa, internet tak dapat on langsung. Bangunan pulak semua blok sama aje. Very confusing. Masa kitorang sampai tu dah gelap. Kul 4 tapi gelapnya macam dah kul 11 malam. Sunyi sepi lagi. Imagine lah, kitorang dengan lesu badannya, heret beg ke hulu ke hilir cari the right apartment. Sampai satu tahap semua orang dah give up. Sedih giler.
9 orang bergelandangan tepi jalan tak tahu nak tuju ke mana dah. Macam semua lorong kitorang dah try tapi tetap sesat. Nak tanya orang, yang lalu semua tak friendly and paid no attention to us. Last-last ada sorang macik macam baru balik keje, aku tegur dan mintak tolong dia search location apartment kat hp dia... Lepas tu baru jumpa.. Tu pun nyaris nak sesat 2x... Adooiiiii... 

Seriously, semua bangunan lebih kurang je... Dah jumpa, terus cari tempat owner letak kunci. Owner apartment yang kitorang sewa ni orang Malaysia. Tak pernah jumpa face-to-face, semua tru emel. Dah tu pulak, bercinta nak tunggu dia reply. Entah nape encik Jack tak cancel. Aku dah patlima kali suggest cari tempat lain. Tapi dia tak nak. Malas mak nak gaduh. Tapi bila dah jadi macam malam ni, I think each and everyone of us sure menyesal duk sini kehkeh.

Dapat je kunci, terus naik cari rumah. Nasib baik ada lif. Tapinya sendu jugak la lifnya. Jadi lah daripada nak kena ngangkut beg berat-berat kan. Badan dah memang mintak nyawa dah. Masing-masing letih nak mamps. 

Apartment kitorang ni duplex. Apartment kecik 2 tingkat. Memang sempit lah. Toilet pun 1 je, Kat atas ada 3 bilik tido. Kat bawah ruang tamu boleh buat jadi bilik tido. Ada kitchen complete dengan semua alatan. Mesin basuh/ dryer pun ada. Very convenient though. Yang tak best kat sini, jamban ada 1 je. Pastu semua paip air tak kira dalam jamban atau kat dapur, bercinta nak setkan suhu air yang sesuai. Kejap panas meletop, kejap sejuk beku. Semua 9-9 kitorang komplen benda yang sama. Tak pernah aku bayang nak basuh pinggan air sejuk sangat sampai rasa pedih macam kena hiris. Sejuk yang amat! Bila buat panas sikit, panas rentung sampai takleh nak hulur jari pulak. Air panas bila bercampur dengan sabun cuci pinggan, makan tangan la jawabnya. Tak best. Pedih jadi.

Sampai-sampai, masing-masing dah kebulur. Alhamdulillah, aku pun sama kebulur. Kalu takde rasa lapar tu yang payah. Masing-masing gali stok makanan untuk masak-masak. Alhamdulillah semua makan dengan berselera termasuklah aku. Masak nasi dengan lauk Brahim je pun. Tapi punya la lapar katakan. Lepas makan dan rehat kejap, semayang pastu diorang ajak keluar. Nak gi Emirates Cable Car.

Ikutkan, memang tak larat tapi dah semua orang keluar rasa rugi pulak kalu aku duk kat umah aje. Bukan tiap tahun dapat pegi London. Pegi je la. Unfortunately, masa kitorang sampai tu kaunter dah tutup. Huhu... Penat-penat keluar malam ni, for nothing. 
Emirates Cable Car
Suhu malam lebih chill dari tadi. Rasa macam nak merangkak balik. Letih gils. Kalu kaya boleh la tahan aje cab yang lalu. Or, panggil aje Uber. Tapi I'm sure diorang sayang nak korbankan duit peruntukan untuk shopping tu...
View dari balkoni bilik aku.
On the way balik ke apartment, sesat lagi. Aku benci betul tempat ni. No matter how many times we go thru the places, memang sesat jugak. 9-9 orang takleh nak ingat jalan ke apartment. Bad, bad place.

Bila dah jumpa tu, balik, terus tido semua. Penat berapa negara nih. Selamat malam semua. 

Salam dari Kota London yang indah khabar dari rupa.

No comments: