Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, December 7, 2016

#1380 Me Vs St Pancras-Calais

Pagi ni kitorang tak gi memana sebab tengahari dah nak gerak ke St Pancras Railway Station. St Pancras tu macam KL Sentral la... Kitorang nak masuk ke Calais by train (Eurostar). Speed train. Hebatnya, sebab train ni lalu bawah laut. Tapi takde la nampak ikan dan lautnya... Hahaha.. Masa di peringkat study trip, itinerary untuk hari ni lah yang paling rumit nak plan.
Ada banyak cara untuk cross border London-Calais( France) ni. You can simply cross by air, ferry, Eurostar, bus. Sukarnya adalah nak cari masa yang sesuai. Transportation kat sini tak semuanya run every hour. Ada yang 2,3 trip je sehari. So, pendek cerita, pilihan yang kitorang ada cuma via Eurostar. Tapi pricey sikitlah.. Pejam mata aje lah... Another bullet train ride to try once in my lifetime!

Dari apartment, kitorang call Uber. Tak sanggup nak seret anak-anak gajah kitorang ni naik turun train. Dah cek harga tambang. Takde la mahal sangat sebab kitorang ni kan ramai. Bila bahagi-bahagi lebih kurang je harganya dengan naik train. Better hire Uber je kan. Less fuss. Ambik 3 kereta untuk angkut body dan luggages. Aku, SIL1 dengan Encik Jack dapat driver Muslim dari Somalia. He's nice and friendly. We chat a lot about the realitites living in London. Sedih dengar kisah imigran-imigran kat sini and how they've been treated. Bersyukurlah seadanya dengan kehidupan masing-masing. Dia sorang je kat sini. Anak bini kat Norway. Berhijrah sebab hidup susah sangat kat Somalia.

Pokpekpokpek, we're the first yang sampai di Stesen St Pancras. Have to wait for the other 2 cars. Bila diorang sampai, masing-masing citer pengalaman tak best dengan driver masing-masing. Alhamdulillah nasib baik driver aku tadi tu baik dan soft spoken. Driver yang lain Muslim jugak, tapi bawak keta ntah apa-apa, lalu ikut jalan jauh, membebel sebab luggage banyak etc... Apa pun, alhamdulillah semua selamat tiba kat sini on time. Dah la kitorang semua takde internet. Nasib baik berjaya berkumpul semua orang. Back to 90s. Main janji-janji nak jumpa kat mana hahaha... Merasa lah time takde internet ni. 
Sementara tunggu 2 keta lagi tu sampai, memang tak berani nak jalan-jalan lah. Satu, sebab takut pickpocket. Dua, takut tak jumpa nak cari diorang yang lain. Berdiri lah kitorang kat kaki lima tu menahan kesejukan. Buuurrrrrr... Kat kaki lima tu dapat tengok pengemis, homeless bergelandangan tido berbungkus-bungkus tepi bangunan. Kesian. Busuk. Hancing. Oh inilah realiti kehidupan di kota gah London.
Sejokkkkkkk
Bila semua dah ada, baru masuk dalam. Sementara tunggu waktu berlepas tu sempat la beli-belah makan minum sebelum naik train. Kat sini je pakai duit pound. Nanti sampai Calais dah guna duit Euro. So, yang mana ada duit pound syiling-syiling tu, perabis kat sini la. Money changer tak terima duit syiling. Aku beli hot chocolate. Nak beli makanan macam takde yang diyakini je. SIL1 sempat beli coklat. Pastu memasing take turn jaga beg and bertebaran serata stesen, camwhoring. Hahaha..
St Pancras boarding gate, image by Google.
Cukup time, cek passport, boarding macam kat airport jugak la. Kasut pun kena bukak haih... Dah la kasut sport banyaknya tali kasut nak kena ikat.. Setel urusan imigresen London, semua kucar-kacir cari platform pulak.. Finally, berjaya jugak cari the right coach. Dapat seat saling berhadap depan dengan SILs. Biras aku kena duk dengan geng Perancis meja sebelah. Seronok diorang berpiknik tuang alkohol depan biras aku. Bertabahlah ye... Mintak nak tukar seat, selamba aje diorang kata tak nak. Lepas tu, apa-apa kitorang makan, kitorang pass aje lah atas muka diorang. Sape suruh tak nak tukar kan. Kitorang lunch bukak bekal nasi impit dengan kuah kacang/serunding. Makan je la.. Lapar kan...

The truth about this speedtrain ride, aku tak enjoy langsung. Sepanjang journey 2 jam tu aku mual... Agaknya sebab hot choc yang aku minum tadi. Dah makan ubat, tapi tetap miserable. Botol minyak angin memang kat lubang hidung aku lah. Urrrghhhh potong mood sudah. Satu apa gambar pun aku tak ambik. Seksanya ada sakit macam ni. Paksa-paksa jugak telan nasi impit takut perut masuk angin. Masalahnya perut memang dah sebu. Nyesal pulak minum hot choc tadi huhuhu...
Calais Frethun, by Google.
Sampai je stesen yang dituju, ketua rombongan ala-ala tak sure itu stesen yang sepatutnya ke tak. Tapi kitorang turun jugak. Nasib baik betul. Lengang je stesen kecik ni. Tak ramai sangat orang turun sini. Tu yang ketua rombongan teragak-agak tadi tu.. Keluar aje dari train, mak aiiii buuurrrrrr sejokkk nyaaaaaaa.... Apahal ni. Bila tengok weather forecast (kat sini memang banyak bergantung pada forecast, you have to), kata makin hari makin meningkat suhu. Tapi yang aku rasa sebaliknya pulak. Agaknya kalu tunjuk 6 degrees pun, kalu angin kuat, makin sejuk jadinya. Suhu yang ditunjuk hanyalah figura semata-mata. Suhu sebenar, kena rasa sendiri. Masuk je dalam bangunan stesen dia, masing-masing kucar-kacir cari heater... Nasib baik banyak portable heater kat sini... Bila duk dekat heater ni rasa sedaaaaaappp je...
Calais Frethun, by Google.
Sampai stesen ni, kitorang nak kena ambik teksi untuk ke Calais Port pulak. Sebab keta yang kitorang nak sewa tu kena ambik kat sana. Leceh kan. Giler tak convenient. Kalu kat Korea, kat mana-mana yang banyak tourist turun ada je tempat nak sewa keta. Europe ni memang tak pikir nak menyenangkan pelancong. Apa diorang kesah. Kalu boleh memang tak nak orang luar datang tempat diorang kot. Dah bersepah imigran sana sini katanya. Part nak transit dan transportation ni la yang ketua rombongan dengan assistantnya garu kepala nak sort di peringkat merangka itinerary dulu. Nak kena pikir pasal timing, tempoh masa diambil, nak kena naik apa, apa yang available, muat ke tidak 9 orang dengan luggage-luggagenya, ongkosnya, syarikat keta sewa tutup pukul berapa, etc... Kalu trip Korea tak pening lah part begini sebab they're more convenient. Kita sebagai pelancong ada banyak pilihan dari segi masa dan logistik yang lain. Kiranya diorang dah sedia maklum apa yang menyulitkan kita dan telah dipermudahkan demi kepuasan kita sebagai tetamu. Tapi ini cerita di benua Eropah, yang mana orangnya terkenal dengan sikap dia aje yang betul. And you're not welcome here.

Dari stesen Calais Frethun tadi, ambik 2 teksi MPV untuk ke Calais Terminal Ferry. Bukan nak naik ferry tau, nak ambik keta sewa. Dari London boleh jugak ambik train/bus turun di Dover kemudian ambik ferry cross laut terus sampai sini tapi masalahnya jadual train/bus/ferry ni takleh nak sync. Terlalu awal dan terlalu lewat. Dan terlalu membuang masa. Kitorang kena ambik keta sebelum certain time. Sebab tu kena naik Eurostar turun kat Calais-Frethun tadi. Then ambik, cab ke sini. Duuuhhhh menyusahkan sungguh. Sangat-sangat tak convenient.

Sepanjang the taxi ride, aku ralit tengok kiri kanan jalan yang dipenuhi ladang apa entah.. Sebab ni kan winter, mana ada tanamannya... Pemandangan ni sebijik macam dalam citer Mr Bean's Holiday yang dia naik basikal tepi ladang di kiri kanan jalan... Oh my, dejavu sangat! Suka tengok rumah-rumah orang Perancis di pedalaman ni... Very traditional and classic...
Okeylah, membebel tu membebel jugak. At last sampai jugak terminal feri ni. Lengang agaknya sebab takde feri yang docking sekarang. Turun cab, kumpulkan luggage, the boys pegi deal dengan company keta, the girls jaga beg. Some pegi cari toilet untuk ambik wuduk. Asar nak habis dah ni. Dah ambik wuduk, tercari-cari port baek punya nak smayang pulak.
Disebabkan Maghrib dah nak hampir approaching, terpaksa la smayang jugak kat kaki lima. Mana ada surau-surau kat sini. Ke ada tak tau la. Nak cari-cari tak sempat dah. Smayang je lah belakang tiang tu. Alhamdulillah, setel kewajipan. The boys tak sempat nak pegi toilet sebab jauh, ambik wuduk pakai wuduk spray aje.... This time the spray turn out to be handy.
Yang mana dah smayang tu, take turn jaga beg and punggah beg masuk bonet keta. We are running out of time. Apa yang penting, KERJASAMA... Hehehe... Lawa jugak keta kitorang ni. Supposedly kitorang book 2 bijik keta macam ni tapi company kata ada 1 ni je, the other team kena ambik keta sedan. Kitorang pakai petrol. Diorang pakai diesel. Sebelum start jalan jauh, the boys ambik masa dulu biasakan dengan the different features and function dalam keta ni. Ye lah, ni negara orang, lain belah driving, lain cuaca... Ada pulak tengah bawak keta tak tahu nak on heater tekan yang mana satu... Beku weii.
Bismillahirrahmanirrahim...

Mula-mula ni Encik Jack yang drive. The first 2 hours yang mendebarkan dan penuh chilling effects! Ye lah, driver tak biasa kan belah kiri. Nak ambik sight, nak bajet konar pun asyik ter off je... Habis bergalur rim keta sewa ni pakat bayar la samah seriyal sikit sorang wakakakaka... Aku duk kat belakang ni seat tengah. Kiri kanan dengan depan asyik bertekak suruh ke kiri sikit, ke kanan sikit, dengan kakak ipars terjerit-jerit warning takut terlanggar divider... Adoiii... Stress! Belum part bergaduh tunjuk jalan.

Kat sini kitorang pakai gps navigator dalam keta sebab nak jimat bateri handphone and bateri wifi router. Bila suara akak gps suruh turn left, ada 4,5 lorong left, left yang mana satu? Ha, this part la yang 3 orang tukang tunjuk jalan saling bergaduh. Last-last terlepas the right lane pastu driver pulak yang hangin. Hahahaha keta the other team memang main ikut je kitorang. Sesat together-gether gitu. Ada sekali tu terlepas keta the other team kat belakang, cemas jugak nak meeting balik. Dah la internet pulak sendu giler. Adoii sakit jantung aku. Makin la mual aku menjadi-jadi.... Cepat lah sampai hostel... Macam-macam rasa dah aku ni...

Dari Calais ke Brussels ni, banyak dalam highway. Jalan memang straight je lah. Takde tol langsung. Bila kat Brussels tu, habis highway terus ada traffic light. Gila nasib baik sempat brek. Tengah laju kot. Kalu kat Malaysia mana ada camtu. Driver aku ni laju tak kira dia drive kat benua mana. 

Exit highway, terus cari hostel. Sebelum jumpa hostel ni memang berkali-kali sesat barat jugak dengan terpisah dengan keta belakangnya... Adoiii... What an experience. Naik turun tunnel keluar masuk sebab silap lane. Bila dah masuk tunnel, internet hilang signal. GPS bisu lah. Dalam tunnel pun ada simpang siur, sesat barat dalam tu main drive je taktau arah sampai la dengar akak GPS kembali reroute dan bersuara Kalu nak citer bab bergaduh adik beradik laki bini dalam keta malam ni memang tak habes lah hahahaha... Lucu tapi stress yang amat. Itu citer stress aku sebagai penumpang. Stress tuan driver sendiri tu aku taktau la hebat tahap apa. Ofkos, just imagine you're in unknown places you never been, searching for the right path where nobody in the car have no idea which way to sought to.

Hostel yang dicari akhirnya jumpa jugak... Mula-mula bukak pintu utama lagi aku dah rasa semacam tak kena dengan hostel ni. Selalunya hotel/hostel/motel, kita bukak pintu akan nampak  reception area. Atau kalu takde sangat pun, at least ada signage tunjuk kat mana reception area. Kat Shenzhen dulu hotel aku tu reception kat tingkat 5. Tapi bila kau bukak pintu utama, kau akan rasa kau masuk bangunan hotel. Ini tak. Kau bukak pintu utama yang berkeriut, dalam tu gelap-segelap-gelapnya. Macam garaj keta. Kosong dan macam construction area. Biar betul.

Call hostel, staff dia turun jemput kitorang... Naik guna tangga yang tersembunyi berpusing-pusing.. Aku pandang kau, kau pandang aku. Bila sampai kat reception area dia, lega sikit sebab terang ada lampu dan ada manusia kat floor tu. But still, kau pernah ke register kat kaunter pendaftaran yang ada patung clown muka berdarah tu tergantung-gantung kat silingnya? Wow, this is creepy. Whatever, cepatlah nak kunci. Penat giler dengar orang gaduh dalam keta petang ni.

Dapat kunci, staf bawak kitorang naik ke floor bilik kitorang.... Sekali lagi lalu ikut tangga dan laluan yang gelap gelita... Mak this is scary. Sampai satu pintu, dia bukak dan teraba-raba cari suis lampu. Wait, kau staf sendiri pun tak tahu kat mana suis lampu? Hei, ni hostel ke slaughterhouse? Seram giler kot. Like, seriouslyyyyy...

Petik je suis lampu, muncul patung-patung tak cukup sifat depan mata. Nak terlompat memasing terperanjat. Hadoiii lepas satu, satu benda pelik pasal hostel ni. Tak sedap hati lah wei. Ye ke ni hostel. Mana tau macam House of Wax, masuk tapi takde sape yang keluar. All end up jadi patung lilin. Errrrrggggghhh...

Staf tu bagi bilik yang paling depan kat the boys and bilik yang paling belakang kat the girls. Giler apa? Dah la seram giler hostel ni. Bargain punya bargain, last-last staf tu kata nah ambik kunci segugus ni, you pilih la nak bilik mana. Bilik sorang satu pun boleh. This floor is all yours. Waaaaaakakakakakakakaka.... Winter ni kan low season, guests tak ramai. Kat floor ni semua complete dengan kitchen, toilet, bathroom, laundrettes, tv area. Semua ni kitorang yang punya harharhar...

Masuk bilik letak beg terus masak-masak sebab lapar. Nak masak air bukak kettle tengok semacam je macam ada mendakan lilin je kat dasar cerek... Lagi la seriau. Benda wax-wax ni jangan dibuat main weii... Terbayang-bayang Paris Hilton jadi patung lilin. Ayyyy.... Komplen kat staf, dia apologize kata memang kualiti air di Brussels semua macam ni. Terlebih kalsium karbonat kot. Air memang rasa pelik. And berbau.. Kat London selamba je minum air paip sebab air paip dia sedap dan safe to drink.

The boys ada issue nak parking keta kat mana sebab tempat yang kitorang park keta malam ni tu kaki lima je. Staf kata malam takpe takde polis meronda. Tapi by morning kena alih la keta tu nanti kena kompaun or kunci tayar or kena tarik. Arrghhhh... We can't afford to waste our precious time running to the compounding site... Staf tu kata else, kitorang boleh park kat basement parking, kat bawah bangunan ni.

So, dia bawak kitorang turun ke basement. Guna lif zaman 20an! Giler berkerut muka masing-masing seram naik lif antik ni. Tekan sekali, turun setingkat. Kena tekan 5,6 kali baru sampai ke basement. Lif takde dinding. Once masuk kau kena jarakkan dari tepi kang terparut badan kau kat 'dinding'... Masing-masing masuk dan duk diam behave je dalam lif kahkahakah...

Bila turun ke basement, another thrilling experience... Basement takdok lampu. Macam kawasan kuburan. The girls jalan rapat-rapat je ketakutan. Shit. Takde yang tak seram pasal hostel ni. Setel parking, ambik barang-barang yang diperlukan dan naik atas balik, using the same and only one lift kat sini. 

Despite semua yang tak best, ada yang bagus pasal hostel ni... Bedsheet dia dengan comforter, sarung bantal dia smells so nice... Teringat pulak selimut kat bilik misteri kat Korea dulu, bau air liur basi wek! Kat kitchen pun peralatan masak semua ada.

Malam ni the girls memang takut nak keluar bilik ke kitchen sekalipun kalu tak berteman. Segala-galanya aneh tentang hostel ni. Once masuk bilik memang takkan keluar dah. Satu lagi, kat hostel ni penuh dengan gambar-gambar pompuan tak berbaju. Ehemm... *monyet tutup mata

Malam ni aku tak sihat. Sisa dari atas train sampai ke malam tak ok. Tambah pulak all the drive fights petang tadi.. Asyik rasa nak muntah tapi tak keluar pun. Satu apa pun serba tak kena rasa..

Cepatlah malam berlalu... I need to get out of this place... This is too depressing for me to recuperate. I really hope that we can make our way out tomorrow...

Pain, pain go away.... Ada berapa belas hari lagi cemana nak survive kalu asyik camni je rasa.

No comments: