Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, December 7, 2016

#1381 Me Vs Brussels, Low Cost Bed Point Be

Okay, nah gambar bukti. Semalam citer aje sebab nak ambik gambar semalam memang tak la. Bulu roma asyik berdiri aje. Floor ni kalu ada guests lain, rasanya tidaklah seseram ni. 
Try walk this entryway alone at night time. Kalu tak rasa apa tu memang hati kering la.
Untuk trip Europe kali ni, semua booking penempatan kitorang book sehari dua sebelum kitorang sampai ke destinasi. Bimbang kalu booking awal, buatnya terlewat sampai keta rosak ke etc, rugi pulak duit booking tu. Disebabkan skang ni dikira low season, jadinya kemungkinan banyak hostel kosong adalah tinggi. Gamble aje lah beramai-ramai...
Teringat semalam masa mula-mula dapat kunci dan staf beredar, salah seorang dari team satu lagi tu tanya, berapa malam kita stay kat hostel ni. Wakakakaka... Gila tak seram, dapat kunci je terus tanya. Hahahaha nampak sangat tak rela nak duk lama-lama sini. Aku pun tertanya-tanya jugak berapa malam kat sini... Serius rasa tak best. Tak best sebab 'kepelikan' hostel ni la. Not physically. 
Hostel ni ok je kalu nak citer pasal function dia. Setakat nak balik tido mandi, boleh je. Kitorang booking hostel ni sebab recommended dalam internet. Harga pun murah. Gambar dalam website ofkos nampak cantik dan takde elemen seram. Tak sure la tokei diorang baru renovate jadi seram ke cane. Pokok pangkal, dalam website nampak menarik. Tengok pulak harga mampu milik, tu yang tak pikir banyak kali terus book.
Kitchen dia besar dan ada island yang sangat besar kat tengah-tengah. Sesuai benarlah dengan kitorang ber9 ni. Boleh makan besar together-gether. Peti sejuk pun besar gaban. Kat pantri ada macam-macam makanan yang guest sebelum ni tinggal agaknya. Potatoes pun ada. Elok sangat la tu boleh buat bubur nasi buh potato. Perut pun tak ok lagi.
Ni bilik aku, encik Jack dengan SIL1. Siap ada baby cot ok. Agaknya ni bilik untuk guest with toddler. Aiyarkkk tapi kan, semalam memang seram la time nak tido duk terbayang-bayang Chucky tido dalam cot tuh. Kahkahkah... Bila hari dah siang baru lah unsur seram tu berkurang.
Original Sountrack Blub-blub-blub
Dalam setiap bilik ada kamar mandi. Semalam masa nak tido, asyik dengar blub-blub-blub... Entah drainage system dia buat cemana taktau. Bila orang basuh pinggan kat dapur, air tu akan naik kat lantai dalam kamar mandi dalam bilik ni... Bilik SIL2 pun sama. Adoi kelakar seramnya. Masing-masing duk citer pasal blub-blub-blub ni... Sama-sama gelak.. 
Jadi orang kurus ni kan, yang tak bestnya bila ada babak double decker camni kau rasa sape yang kena tido kat atas? *Malas jawab
Ni dia lif paling creepy abad di abad ni. Kalu manusia kecik boleh masuk 4 orang kot. Kalu Adibah Noor, sorang.
Ini video tak sengaja terambik. Aku nak ambik gambar tapi kamera dalam video mode. Kaki pulak terpijak entah ta*k apa. Tak sure korang boleh tengok ke tak..

Bangun pagi ni mintak tolong SIL1 buatkan aku bubur. Sebab aku nak masuk dapur tak tahan loya bau diorang masak. Perut dah tahap danger dah ni kalu takleh bau-bau macam orang mengandung. Masak bubur dalam rice cooker terus. Nanti senang buh je dalam keta kat kaki, lapar je aku cedok ngap terus.
Periuk nasi berapa benua dah tu pegi.
Himnei-yo Suraya!

Bila langit dah cerah, masing-masing dah tak sabar nak keluar dari hostel ni. Alhamdulillah, selamat lagi Blog Diva.....

No comments: