Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, December 8, 2016

#1382 Me Vs Brussels City Tour

Oke. Kami dah selamat dari hostel house of wax. Lepas ni kena hati-hati nak book the next stay. Malam ni dijadualkan bermalam di Amsterdam. Pagi ni diorang dah cari the next hostel. Hopefully kali ni tak terkena macam semalam dah la. Kelat rasa percutian kalu terpaksa bermalam tempat pelik-pelik camtu... 

Setel booking hostel, baru meneruskan tour. Hari ni plan nak tour bandar Brussels. Kecik je. Tarikan pun tak jauh sangat from 1 another. Kita borong aje lah yang mana sempat.
Grand Place, Brussels.
Aku takde apa nak citer pasal tempat-tempat yang aku buktikan aku dah pegi ni. Sebab memang aku tak tau apa pun pasal ni. Main ikut je orang bawak.
Europe ni banyak tour melibatkan bangunan-bangunan bersejarah. So, nak komen apa pun aku tak reti pasal architectural ni. Pada aku semua nampak buruk tapi dalam ertikata yang cantik. Hasil kerja tangan diorang ni memang halus dan berseni dan sangat-sangat detail. Kalu orang Melayu terkenal dengan kerawang awan laratnya, kat sini cara sini lah. Apa diorang panggil mana lah aku tahu.
The other team memang hunting for HRC habis-habisan. Banyak betol duit Euro diorang bawak. Time diorang memburu dalam HRC, kitorang yang tak membeli (aku dengan Encik Jack je pon) tunggu je lah. Beza pegi berilmu dengan pergi ikutan aje, bila pergi mengikut aje orang, aku tak tahu nak tujukan lensa kamera ke mana. Apa yang special pasal tempat ni? Bangunan mana yang patut ada dalam gambar aku? Hahaha no idea. Nampak orang ramai-ramai berkerumun, aku join sibuk sekali. Hahahahaha.
Satu masalah yang ketara yang dialami oleh kebanyakan ahli rombongan kali ni adalah, glove tercicir entah ke mana. Ada yang tinggal sebelah, ada yang yilek dua-dua. So far, aku masih berdisiplin. Maklum la. Kang kalu tercicir, orang marah pulak nak kena beli lain. So, kita tahu apa orang tak suka, kita usahakan untuk tak buat. Oke.
Skang ni kat sini kan tengah dalam semangat nak Krismas. Most tempat, most premis perniagaan seakan-akan saling berlumba menghasilkan display siapa yang tercantik. Pada mata aku, semuanya kreatif. Macam-macam cara diorang buat untuk tarik perhatian pembeli. 
Disebabkan Krismas nak dekat jugak la, banyak pokok-pokok krismas yang real tengah sale. Something new for me. Ye lah, kat Malaysia sape nak jual pokok Krismas yang betul kan. Kat sini selamba aje diorang bungkus pokok betul ni angkut letak atas carrier atas bumbung keta bawak balik rumah. Satu pemandangan yang biasa kalu kat sini.
Datang tempat sejuk ni, musim sejuk pulak tu memang hasrat hati nak tengok bunga-bungaan tak kesampaian lah. Semua pokok togel-togel takde daun, bunga apatah lagi. Yang ada cuma pokok-pokok kat kedai bunga macam ni je lah. Jadilah kan untuk mek bunga macam aku ni. Segar-segar, tebal-tebal kelopak bunga kat sini. Kalu duk sini, tanamlah apa pun semua cantik je kalu tumbuh.
Salah satu tarikan setompok dalam bandar Brussels ni adalah Mannekis Pis. Patung budak laki bogel yang tengah kencing. Adalah tu kot kisahnya. Ada terbaca somewhere tapi tak ingat dah. Time kitorang sampai sini, dah ramai yang berkerumun nak ambik gambar budak kencing ni. And yang aku perasan semua kedai cenderamata kat sini semua ada patung budak kencing ni. So, he must be REAL famous to be Brussels icon.
Datang Belgium kena lah try Belgian waffle yang famous tu. Kebetulan kedai waffle ni sebelah dengan tempat Mannekin Pis tu. Sesambil tunggu yang lain siap posing, kitorang masuk kedai waffle ni dulu. SIL1 beli. Aku try la semulut. Waffle dia tekstur tak sama macam waffle kat Malaysia ni. Dia punya rasa macam liat sikit. Not my cuppa tea. Nasib baik tak order. 1 euro aje satu. Diorang ni try macam-macam topping atas tu. Semua kata sedap.. Oke, mungkin perut dengan tekak aku tak berapa betul lagi. I'm not well, remember?
Kat Eropah ni nak cari public toilet adoi la... Bercinta! Tong sampah pun sama.
Pusing-pusing, dah tengahari. Tadi masa lalu ada nampak kedai kebab halal tapi macam malas masuk lagi sebab nak pusing-pusing dulu and belum lapar. Bila on the way balik ni lalu jalan lain, jumpa kedai kebab lain pulak. Terjah aje lah janji harga tak mahal dan halalan toyyiban.
Penjual ni muka ketat je. Kalu take away dia tak bagi guna toilet dalam kedai dia. Wah gitu. Strictnya. Tapi kitorang tetap makan jugak kat sini. Boleh la tumpang guna toilet dia. Imagine lah kitorang 9-9 orang guna toilet dia. Kelat je muka dia hahahha. Kata free kan. Dalam kedai ada banyak seat kosong, tapi kitorang nak feeling-feeling kat Eropah katanya... Bersejukan la makan kat luar. Feel konon kan hahahaha.. Sejuk-sejuk pekena kebab panas-panas nyakut boh! Untuk diorang la, aku macam biasa la curi-curi makan fries encik Jack sikit. Nak makan banyak takleh perut meragam. Boleh masuk sikit ni pun syukur dah. Nanti naik keta lepas ni boleh la aku sambung cedok makan bubur dalam rice cooker tu.
Kat Brussels ni ada banyak basikal untuk disewa. Bagus diorang nak kurangkan penggunaan kereta dalam bandar. Memang ramai yang naik basikal. Kereta kat sini memang kena mengalah dengan basikal.
Next place, Cinquantenaire. Nak gi Cinquantenaire ni kena naik keta la sebab jauh sikit kalu nak jalan kaki. Touring by car ni satu je yang leceh, nak kena cari tempat parking. Kekadang tu, terpaksa jalan jauh sebab parking takde kosong. 
Tanya minah Brussels sorang tu, kat mana boleh parking. Dia la yang tunjuk kat mana boleh, kat mana tak boleh. Kat mana kena ambik parking tiket. Ha, lain tempat lain sistemnya tau.
Setel hal parking, baru senang hati nak pegi liburan. Kalu tak, asyik fikir macam-macam. Giler kau kalu keta kena tarik, nak pegi dengan apa lepas ni? Oke, setel parking, letak tiket parking tu atas dashboard then terus shoot ke tempat sepatutnya. Mak aiii jauhnya akak GPS tu reroute... Sepatutnya parking keta sebelah Cinquantenaire tu je... Ni mesti sebab terlepas/tersilap lane tadi. And if you're wondering, yes, tadi dalam keta sambung bickering lagi ahahahaha...
Pintu gerbang ni la mercutanda Cinquantenaire. Dah, tu je aku tahu ahahahahaha.. Sila camwhoring sampai lebam.
Kat sini ada park tempat family, couples lepak-lepak.. Kalu datang bukan musim sejuk memang cantik la banyak pokok dan padang. Time aku kat sini semua nampak gersang sejuk je...
Sebelah Cinquantenaire Park ni ada Masjid. (Great Mosque of Brussels). Elok sangat lah tu. Lepas bergambar sana sini, kitorang singgah solat kat Masjid ni. Ingatkan ada la kedai-kedai halal tepi-tepi masjid ni. Nan hado lah.. Mungkin ada tapi kitorang je tak tau huhu.
Besar jugak kompleks masjid ni. Dari orang yang keluar masuk masjid ni nampak macam kat Brussels ni pun ramai orang Islam. Mostly muka dari Timur Tengah la. Ada sorang makcik tengah kuliah dalam tu, dia nampak aku mundar-mandir tunggu yang lain siap solat. Dia tegur aku tapi cakap bahasa Perancis kot, manalah aku paham. Sengih-sengih aje la. Cakap aku dari Malaysia, pastu dia angguk-angguk senyum. Language barrier!
Sementara tunggu yang lain-lain siap, aku pusing-pusing kat lobby masjid ni.

Oke, semua dah solat dan ke toilet (toilet kan susah jumpa kat sini, dah jumpa tu buang cukup-cukup la sebelum ke next destination)... Jom kita ke destinasi seterusnya. Nak kembali ke tempat parking kereta kena patah balik laluan tadi ler pulok.
Next destination Atomium sebelum shoot direct ke Amsterdam. Atomium ni benda ni je lah yang orang datang nak bergambar. Setompok dengan Atomium ni ada la Mini Europe, Brussels Expo, Planetarium blablabla... Tapi kitorang tak pegi la sebab nak cepat.
Dah. Jom ke Amsterdam. Banyak nau ladang kincir angin kiri kanan highway. Jakun mak-mak dalam keta ni. Nama pun nak ke negara kincir angin kan. 
Amsterdam mung tunggu aku datang!

*macam mana lah rupa hostel malam ni pulak
**gulp

No comments: