Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, December 9, 2016

#1383 Me Vs Amsterdam

Dutchies Hostel Amsterdam nama hostel kitorang kat Amsterdam. Semalam kitorang cek in. Receptionist lelaki Muslim dari Turki. Wah, staf kat Brussels creepy hostel tu pun Muslim dari Turki jugak... Ramai betul keturunan diorang kat Eropah ni. 

Semalam sampai je kat hostel masing-masing muka berseri tengok hostel indah nian takde pelik-pelik macam semalam. Ni bangunan baru. Satu building entah berapa belas tingkat semua hostel. Memang highly recommended la dalam internet pasal hostel ni.

Aku soka hostel ni. Bersih, kemas, baru, wangi, functional, staff friendly, banyak free goodies dalam jamban (sila skrol bawah tengok apa yang free tu) ada reading area, laki pompuan asing. Cuma yang tak bestnya hostel ni katil double decker. Ingat tak aku cakap bila ada scene double decker, sape yang kena duk atas tu? ** mihmihmih...
Gambar pintu bilik yang aku duk, ihsan Google.
Masa cek in semalam lagi, staf tu dah bagitau siap-siap boys and girls takleh trespass wing antara satu sama lain. Kalu nak jumpa, kena jumpa kat lounge area kat luar. Huahua.. Laki bini semua terpisah kat sini kakakkakakakaka... Kat wing aku tu, tiap bilik diberi nama. Selalunya bilik kan diorang buh nombor. Kat sini tiap bilik diberi nama lain-lain. Bilik aku nama Fashionista. Lupa pulak bilik sebelah nama apa.. Thumbelina ke apa dah.. Lupa. Nama tiap bilik comei-comei. Tiap bilik pun hiasan lain-lain, ikut tema nama bilik tu. Yang bawah ni bukan bilik kitorang. Just nak tepek sini untuk tunjuk kat korang yang hiasan tiap bilik tu berbeza. 
Bilik lain, by Google.
Google.
Kat sini takde locker/almari disediakan. Cuma ada locker bawah katil ni je. Boleh dikunci sesedap rasa kalu kau nak keluar. Kat bawah ni bilik aku. Fashionista sangat kan wallpaper? Gambar ni aku google, taktau kenapa aku tak ambik gambar bilik ni. 

Bilik ni ada 4 bijik double decker. 8 orang la satu bilik. Kat tengah-tengah ruang ada kerusi meja kalu kau nak buat keje/surf laptop. Lantai kayu with heating system. Suka sangat lantai yang warm macam kat sini. Musim sejuk ni memang sakit hati kalu cecah kaki atas lantai yang beku. Not good untuk pesakit saraf macam aku ni. Surprisingly kat bilik ni extra warm dia sampai aku rasa macam duk dalam sauna... Kat sini heater centralized. Takleh nak kontrol up and down temperature sesuka hati kau. Pelik pulak rasa bila duk tempat yang 'warm' macam ni. Eh I tak biasa pulak panas-panas ni!

Masa kitorang ber5 masuk bilik ni, dah ada 3 orang dalam bilik ni. Dua orang budak pompuan 20s dari Brazil and sorang lagi dari US. Banyak jugak sembang dengan budak Brazil tu. English diorang boleh tahan jugak. Dengan budak US tak jumpa-jumpa. Time kitorang keluar, dia tak balik lagi. Time kitorang nak keluar, dia tak bangun lagi. Gitu.

Sembang dengan budak Brazil tu, diorang tengah cuti semester skang. Diorang plan nak tour Europe sebulan ke gitu la... Imagine, umur 20an macam tu dah independent keliling dunia mengembara tengok negara orang. Rilek pocek je makbapak orang putih ni lepaskan anak-anak dara diorang mengembara. Money doesn't seem to be the problem. Best pulak aku tengok bebudak ni. Jeles pun ada. Aku masa umur diorang ni kat mana? -Pulau Pinang sajok. Huhu.
Semua gambar-gambar bilik dengan jamban hostel ni aku ambik dari Google. Lawa tak patut kan angle yang professional photographer ni snap. Hahahahaha... Cuba kalu aku yang ambik. Ahahaha hancus.
Reading area. Banyak buku tepi tu tak nampak.
Jamban dengan bilik mandi kat luar bilik. Luas dan bersih dan baru. Tak seram macam semalam. Boleh la mandi dan mencebok tanpa rasa chilling effect hahahaha... 
Shower area.
Tampon percuma untuk adik kakak. Please take one ;
Kat dalam shower area ni ada diletakkan meja lipat tu. Sape yang nak wakafkan toiletries diorang, boleh tinggalkan kat atas meja tu. Sape-sape pun boleh guna. Ada ubat gigi, shower cream, etc.. Baiknya!
The kitchen, by Google.
Semalam dinner dengan breakfast pagi ni sempat masak guna dapur ni. Kena gilir-gilir la dengan mat saleh lain kat sini. Mat saleh ni semangat diorang masak breakfast tu lain macam sket... Kemain buat omelet pun siap buh capsicum 3 kaler.. Malu akak dik. Kitorang masak nasik dengan perangat lauk Brahim je. Bersesak-sesak dengan abam-abam hensem mat saleh masak. Dah la hensem, rajin masak pulak tu. Nik Ema mesti suka ni! ;p
Kat pintu masuk ni ada macam-macam map, risalah pasal attractions kat Amsterdam ni. Yang nampak kertas kecik-kecik tu kupon diskaun tiap attractions. Unfortunately, mostly tempat macam museum, gallery, etc tempat yang kitorang tak pegi. Huk aloh.
Pagi ni lounge area penuh dengan guests yang nak breakfast. Hostel ni tak provide free breakfast. Tengok la kitorang orang Malaysia ni. Meja yang paling meriah pinggan mangkuk dengan rice cooker siap. Pagi ni masak nasi lemak. Sambal ofkos by Brahim. Nasi putih pun ada for those yang nak makan dengan lauk kurma. Meriah, meriah. Aku pun dah boleh makan pagi ni. See, kena duduk tempat cantik-cantik kalu nak aku sihat. Ngeeeee..
Hostel ni dekat dengan mini market. Yang nampak bercahaya tu kedai mini market la tu. Dekat je kan, jalan kaki je. Aku sempat la terjah supermarket kecik ni beli telur untuk masak malam ni kat destinasi berikutnya. Yes, duk sini 1 malam je. Kedai ni nampak je kecik tapi ada basement kat bawah tu, kira 2 floor la kedai ni. Serba lengkap. Sayur, daging, bunga semua ada. Suka, suka. Sape nak datang amsterdam ala backpacker yang tak kisah katil double decker, meh aku rekemen hostel ni. Terbaek. *cuma pintu bilik dia berat giler nak tutup bukak. Pakai code pulak tu. Kunci-kunci yilek.
Parking hostel. Nak sewa basikal pun boleh sini.
Dapat telur tu masing-masing punya la gembira macam dapat jongkong mas sorang satu. Telur kat sini punya la murah. 10 bijik camtu baru 1.99 euro... Giler... Malam ni rasa nak buat 10 lauk berasaskan telur. Boring giler makan lauk Brahim. Punya la dari Brussels cari telur tak jumpa-jumpa, dapat kat sini terus borong. Nak borong banyak payah sebab nak berangkut sana sini takut pecah pulak telur. Now we have eggs. We're the happiest alive.
Dapat telur, roti pulak tak jumpa. Mat saleh ni kan, nama je pemakan roti tegar tapi serata Europe yang aku dah lalu ni tak jumpa lagi white bread loaf macam Gardenia tuh. Yang ada cuma roti keras-keras macam baguette or chiabatta tu je. Mungkin kalu gi pasaraya besar macam Tesco or Carrefour tu ada la kot white bread loaf yang lembut-lembut macam yang orang Asia makan tu. Kitorang dari Malaysia ni tak bawak la roti keping tu sebab pikir ala, pegi negara orang makan roti kot. Sure senang cari. Rupanya... Berhuhu aje lah... Setakat hari ni tak jumpa lagi.. Ye lah, kitorang pun bukan buat lawatan ke pasaraya pun. Takat singgah R&R  dengan kedai serbaneka di stesen minyak tu je. Memang takde la. Tak macam kat negara kita ok dimana Gardenia boleh didapati dimana-mana sahaja. Makanya, sardin tuna semua masih tersimpan rapi lah. Mana best makan dengan roti keras.
Destinasi pertama lepas cek out hostel tadi adalah nak naik Lovers Canal Cruise. Kitorang takde banyak masa nak strolling along the canals. Cara yang paling tamak dan save sekali, naik cruise ni lah. Duk je dalam boat tu, dia bawak kita round almost semua terusan kat sini. Kira boleh cover banyak canals tersohor jugak la. Kalu nak menapak ke satu-satu canals tu makan masa jugak. The boys tengahari ni nak kejar ke Masjid pulak untuk semayang Jumaat. Amazing race, amazing race. 
Time sampai tu sedang elok timing boat tengah loading penumpang. Kalu tak, nak kena tunggu the next boat pulak. Beratur beli tiket dekat kaunter tiket, tapi nak naik cruise ni kena naik jambatan cross sungai ni. Dapat je tiket semua terus berlarian ke seberang sungai sana untuk naik cruise. Naik je, tak tunggu lama terus berlepas. Kapten dia explain la pasal tempat-tempat kat situ yang significant dalam bahasa Inggeris. Setiap penumpang disediakan earphone untuk cucuk kat lubang dia incase kalau tak paham English, boleh dengar recorded briefing pasal tempat-tempat yang kitorang lalu tu dalam macam-macam bahasa yang available. Aku tak guna earphone tu sebab nak dengar Kapten tu sendiri cakap. Kapten boat ni taklah sehensem Kapten Barbosa, ehem.. Tapi ok la boleh dengar dia buat lawak. Mesti dia dah hafal lawak dia tu. Tiap kali bawak pelancong, cakap je benda yang sama over and over again kan.
Basically, Kapten banyak share pasal rumah-rumah sepanjang canal ni. Rumah yang paling kecik, rumah paling mahal harga tak masuk akal, rumah kembar saling berhadapan canal, rumah dengan pintu utama paling kecik, rumah paling lama, rumah Anne Frank etc..
Masa lalu satu canal tu, Kapten suruh tengok kiri kanan canal. Belah kiri tempat parking keta ada palang untuk halang keta jatuh dalam canal, belah kanan takde. Sebab, banyak kes dah keta jatuh dalam air sebab licin/kecuaian/etc.. Setahun ada la statistiknya berapa bijik keta or orang yang jatuh dalam air tu.. Syarikat insurans terpaksa cover banyak sangat kes. Jadi, untuk elak kerugian syarikat, diorang bina la palang so that lepas ni takde lagi kes keta jatuh dalam air. Hmm macam ni pun ada ke.
Rumah the famous Anne Frank.
Rumah paling kecik. Yang tengah tu. Nampak? Rumah merah 1 unit. umah tengah tu 1 unit. Umah hijau kat kanan tu 1 unit. 
Sejam jugak kot naik cruise ni. Okey lah boleh cover most of the tempats. Nak jalan memang mintak nyawa jugak ni. Kembali aje ke darat, kami terus berkejaran ke tempat parking keta tadi. Ambik keta terus tuju ke masjid. Pakai GPS keta ni asyik sesat terlepas jalan aje. Jalan kat Amsterdam ni ya ampuuunnnn... Kiri kanan depan belakang bawah keta semua nak kena perati. Kat sini kan ramai cyclist macam-macam rupa basikal ada. Diorang ni kebal. Datang dari semua arah. Tension tukang bawak keta sebab asyik nak terlanggar basikal yang tiba-tiba muncul ni. Kita kan tak biasa kat negara kita mana ada cyclist bersimpang siur tengah-tengah bandar camni. Serabut la cyclists ni. Laju-laju pulak tu diorang ni. Macam takde undang-undang untuk diorang lalu, ikut dan je la nak masuk lane mana-mana pun boleh. Kesian driver kat sini terpaksa mengalah dengan cyclists. Banyak kali jugak la nak terlanggar cyclist kat sini...

Bila kat traffic lights, lagi kompius nak masuk lane mana. Sebab jalan diorang bukan keta lori aje yang guna. Tram pun guna jalan yang sama keta lalu. So, masa lampu merah kalau keta tengah stop atas laluan tram, ada harapan la keta kau nak kena parut dengan tram. Scarry giler. Kitorang tengok the locals pun bawak keta main belasah je. Sampai panjat keta atas divider selamba jer pun ada. Careless or they simply didn't care. Main bawak ikut suka je. Time keta benti atas lane tram tu yang aku paling tak senang duduk sekali. Macam ternampak-nampak je tram memecut kat belakang... Eiiiiii...
Sampai masjid, tengok lengang je. Takde nampak manusia pun. Khutbah pun tak dengar. Sunyi je. Agaknya Islam kan agama minoriti kat sini jadi diorang takleh la pasang speaker azan or khutbah. Buat senyap-senyap je la dalam tu.
Parking keta memang satu masalah la kat sini. Patut la rakyat dia ramai guna basikal. Jauh nun parking keta. Menapak nak sampai ke masjid ni. The boys masuk cepat-cepat takut khutbah dah start. Mulanya diorang teragak-agak nak masuk sebab takut solat Jumaat dah habis or tak buat kat sini. Tanya orang yang baru sampai, dia cakap ada kat dalam. The girls pun masuk semayanng sekali. Rupanya ada je jemaah pompuan yang lain dalam tu. Tapi tak ramai la. Mungkin yang tunggu suami jugak kot macam kitorang ni. Masa the girls masuk kat ruang solat muslimat tu, semua muslimat yang ada kat situ pandang team kitorang. Pelik agaknya tengok kitorang solat pakai telekung solat. Diorang solat pakai baju yang diorang pakai aje.

Aku kebetulannya uzur. Sorang-sorang la tunggu diorang kat luar ni. Mak aku kata pompuan uzur takleh masuk masjid. Hadoiii... Sejam lebih kesejukan kat luar ni. Takde bangku whatsoever pun. Berdiri la aku terketar-ketar. Time letih aku cangkung je mana-mana. Nak duduk atas pasu-pasu situ, basah. Hadoiii kenapa lah diorang tak sedia tempat duduk... Penat aku tunggu sorang-sorang kat luar ni. Kalu orang kidnap pun takde sape tahu. 
Habis semayang Jumaat, sorang demi sorang keluar dari pintu masjid. Hahaha kelakar pulak aku tengok sebab sepanjang khutbah dengan solat Jumaat tu keadaan sunyi sepi kat luar ni. Tiba-tiba je manusia pakat keluar menandakan solat Jumaat is over. Okey, semua dah ada moh kita ke Zaanse Schans pulak.
Trip Europe ni memang banyak masa dalam keta je aku rasa hahahaha... No wonder kaki asyik crammed aje. Darah takleh circulate macam normal la kot.
Zaanse Schans ni perkampungan yang femes ada kincir angin dengan terompah kayu tu la. Masuk sini ada entrance fee dia. Kat sini memang betul-betul kawasan penempatan. Bukan kedai la maksudnya. Memang orang tu duk kat situ. Tiap rumah ada specialty dia. Ada yang buat cheese, ada yang buat teropah. Ada yang kisar bijirin. Ada yang jual bulu bebiri buat hamparan. Yang buat coklat pun ada. Macam-macam lah. Tapi kitorang takde la terjah semua rumah/pembuatan. Pegi yang mana sempat aje lah. Tak kosa mak sejoookkkkk... Anginnya ya Rabbi, tak adil untuk si kerempeng macam aku. Nak terbang melayang ok!
Hari ni agak berkabus. Visibility takat macam ni je la. Kalu langit cerah alangkah cantiknya gambar aku hahaha...
Kau tengok la setakat yang boleh tengok ni. Allah izin takat ni je nak buat cemana.
Tabik spring kat kamben sebab tak sejuk. Haih, fuhfahfuhfah aku kat sini sejoknyaaaaaa......
Jamban cantik giler. Tapi mahal kalu nak masuk pikir 10x selagi boleh tahan, TAHAN!

Nice giler rumah-rumah orang kat sini... Menyampah pulak ingatkan kampung halaman di tanah air yang banyak sampah tu. Sini very cleannnnn. Mokcik bagi 5 bintangggg
Souvenir ada dijual di mana-mana sahaja dalam ni... Sejujurnya aku terliur kat tulip bulbs ni. Ini yang betul tau, bukan plastik palsu tu tau. Tergaru-garu tangan nak ambik 3 peket ni.. Tapi mengingatkan perjalanan aku masih jauh, terpaksa aku pendamkan saje. Kang tak pasal-pasal berbunga dalam luggage wak luuuu..
Semalam lupa nak citer,kitorang ada keluar jalan-jalan kat dataran yang ada perkataan I amsterdam tu. Apa nama tatau tempat ni. Kan aku dah kata aku datang tak study apa pun. Haha... The other team tu nak hunting HRC sini malam ni. Sesambil tu singgah la selpi sepukol kat sini. Ramai jugak tourist malam ni. Kena take turn ambik gambar kat huruf-huruf ni.
HRC Amsterdam, tumpang heater, sejokkk...
Aku tak beli apa pun kat HRC, sekadar masuk sebab nak tumpang heater dalam ni je. Sejok nak mampos kat luar nun. Tak kosa. Lepas diorang beli-belah kat sini, Encik Jack baik hati hantarkan the girls balik ke Dutchies Hostel. The boys yang lain sibuk nak pegi Red Light District, kawasan pelacuran dan sex-oriented business yang tersohor kat sini. Nasib baik Pak Aji aku ni tak ikut hahahaha... Mind you, kat sini semua yang berkaitan pelacuran dan seumpamanya adalah legal. Kat Red Light District tu, pelacur-pelacur bebas display diri kat cermin kedai sambil beraksi untuk tarik perhatian pelanggan. Ahahahaha aku google je ni, entah betul entah tak hahahaha...

Dengar citer abam-abam yang semalam kata nak pegi RLD tu tak jadi masuk. Sebab masa nak masuk tu diorang kena tahan dengan group raja dadah mana ntah. Geng dadah tu offer nak jual kanabis tapi abam-abam team ni refuse. Terus geng dadah sekat tak bagi masuk. Okey abam-abam terus balik. Kahkahkah...  

Jangan buat hal kat Amsterdam ye adik-adik.

No comments: