Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, December 11, 2016

#1385 Me Vs Munich

Wow. Masa tiba di hotel kelmarin hari dah gelap. Keluar aje dari kereta it was bitterly cold. Like, really, really, really COLD. Tengok forecast kat henpon, memang suhu bawah 0 la... Memang patut lah pun. Perit kulit muka dengan jari yang terdedah walau sesaat dua.. Hotel ni tempat parkingnya kat area luar sikit. Jadinya, proses mengheret beg berlaku dengan sengsara sekali di dalam suhu bawah paras beku ni. Semua jalan cepat-cepat sebab SEJOOKKKKK... Masuk je kat entrance lobi, semua tarik napas lega.
A1 Business Hotel by Google Image
Cek in procedures berjalan lancar. Dapat je kunci terus cari bilik. Nasib baik hotel ni ada lif. Badan penat-penat ni bila nampak lif rasa nak peluk je lif tu punya la tinggi rasa gratitude. Moralnya, kalu di peringkat study trip, jangan cakap besar kata oh aku tak kisah hotel takde lif, angkut je lah pakai tangga apa susah... Haaaaa bila sampai waktunya, nanges lah kau sorang-sorang. Ada orang tu, dulu duk kata oh aku tak kisah kalu hostel katil double decker... Tido je pon... Haaaaa bila betul-betul jadi, mengomel jugak nak panjat naik turun sebab kena tido kat katil atas hahahaha.... 
Google Image
Gambar kat hotel ni satu pun aku tak ambik. Ingatkan kakak ipar ada ambik... Hihi.. Semua yang aku ambik dari google image ni sebijik dengan apa yang aku tengok depan mata. So, hope these will do.
By Google Image
By Google Image
Masuk je dalam bilik, semua mandi manda, solat, masak nasi dan makan. Semenjak datang Europe ni, duduk hotel mana-mana pun tak tertengok tvnya. Tengok tu tengok. Tapi tak paham agagagagaga... Semua bahasa ikut negara yang aku pegi. Kat Brussels memang tak tengok tv lah, dah ngeri sangat hotelnya takde sape yang berani nak melepak kat ruang tv. Kat Amsterdam malas sebab bilik tvnya kat luar bilik. Kat Koln, bukak dan nganga je sebab tv cakap Jerman mana lah nak paham. Senang citer, walau ada tv pun, masing-masing sibuk dengan henpon, update status fb, edit koleksi gambar. Takde masa tengok tv. Tv kat hotel cuma sebagai perhiasan dalam bilik semata-mata. 
Lepas makan-makan, tengok jam masih awal lagi. Haih, bila ke negara yang malamnya panjang di musim macam ni, ginilah rasanya. Puas tengok jam. Kitorang decide nak keluar jalan-jalan. Mana yang boleh pegi malam, sekali harung lah. Esoknya boleh save masa. Kat Munich ni banyak jugak tarikan pelancong. Kalu nak rilek-rilek, boleh duk 2,3 hari lenggang kangkung pegi tempat menarik tu setempat sehari. Tapi kitorang cannot afford that. Kena pilih-pilih  satu, dua tempat aje.
Disebabkan lawatan wajib adalah Hard Rock Cafe Munich dan tarikan yang paling hampir dengannya adalah Marienplatz, so ke situlah kita semalam. 
Semalam ada football match kat Stadium Arena Munich ni. Bercahaya dari jauh dah nampak. Kitorang tengok dari jauh aje sebab nanti hari ni nak pegi jugak situ.
Malam ni bergambar depan Marienplatz ni lebih kurang je... Sejuk. Masa diorang shopping kat HRC adalah waktu yang paling sengsara. Nak tunggu kat dalam, sedaplah ada heater tapi takde tempat duduk. Bahagian cafenya penuh sebab ramai diorang makan-makan sambil tengok match bola tu la. Macam kalu kat Malaysia ni, cam kedai mamak la time ada perlawanan bola tu. Full house. Serabut lak dengan orang yang dalam kedai nak belek-belek barang. Kitorang yang tak beli apa ni, terpaksa la tunggu kat luar je... Sambil berdiri. Dalam beku. Sesekali terdengar suara pelanggan berteriak dan bersorak... Pastu diorang pakat celebrate ramai-ramai... Munich menang besar kot malam ni.
Setel shopping, bercinta pulak nak kembali ke tempat parking. Jauh ya amat. Europe ni memang leceh la if you travel by car. Parking area always full. Susah nak cari parking kosong. Patutlah dalam citer omputih diorang banyak jalan kaki. And lots of subway scenes.
Pemandangan di bandar biasa-biasa saje. Aku cuma terpesona bila tengok kehalusan senibina diorang. Specially part kerawang-kerawit tuh... Sabar sungguh tukang buatnya. Salute!
Bangunan ni lawa. Tapi mencacatkan pemandangan bila kereta sorong, stall-stall barangan cenderahati di letakkan di depan bangunan ni. Nak ambik shot payah la kalu tak diphotobomb oleh gerai penjual souvenir nih.
Pagi ni kitorang breakfast dalam bilik je. Pastu terus gerak ke acara untuk hari ni; Muzium BMW dengan Arena Stadium yang kitorang lalu je semalam tu. Jommmm....
Sepanjang Autobahn ni kan, boleh tengok semua pengguna dia sangat-sangat berhemah walau pun sini kau boleh speedy speedy gonzales takat mana kau suka. Kat sini, pemandu kan left hand side. Jadinya, lane belah kiri khas untuk laluan memecut. Belah kanan untuk kenderaan berat macam treler dengan bas. Kat sini, memang takde kenderaan berat memandu kat lane kiri. Semua tertib duk kat lane kanan. Laju ke, slow ke, semua kat kanan. Takkan masuk ke lane kiri. Wah... Terkagum semua dalam keta ni. Sungguh berdisiplin diorang kat sini. Cuba kat Malaysia. Huhu.
The boys seronok betul boleh tekan minyak sampai rapat kat Autobahn ni... Banyak jugak tengok eksiden kat highway sini. Dah laju sangat kan. Memang high impact lah. Bila tengok keta yang eksiden tu, kemeknya bukan main lah. 
Jalan raya kat sini smooth je... Takde lubang-lubang. Kenapa ek? Tol pun takde sepanjang-panjang jalan. Kita kat Malaysia keje bayar tol je nak ke mana-mana tapi jalan macam harom jugak. Hai lah Malaysiaku, Malaysiaku.
Okay dah sampai BMW Museum. Meraba-raba baca signboard dia nak cari tempat parking. Semua dalam bahasa Jerman. Jumpa perkataan PARKHAUS tu kitorang masuk je lah... Nasib baik betul hahahaha...
This remind me of Namsan Tower. I missed Korea ;(
Kat sini jangan tanya la apa-apa kat aku. Datang semata-mata mengikut aje. Keta-keta ni bukan minat aku pun. Kalu Adam ada ni, jenuh la tengok dia gawking all over the collections.
Nak citer apa tak tau. Hahahaha... Aku round and tengok macam tengok alien. Nampak tapi tak tahu apa yang aku tengok. What to be amazed, and what not to be amazed, I absolutely have no idea.
Aku takde lesen, dan takleh drive. Tapi ni keta idaman aku

Okay dah. Jom ke Arena Stadium pulak. Ke sini pun atas dasar ikutan jugak. Hahaha.. Melopong lagi la aku.
Menurut Google, Stadium ni merupakan stadium pertama di dunia yang boleh berubah warna panel luarannya. Tengok gambar kat atas ni, banyak kan kaler dia boleh tukar-tukar... Malam la depa pasang. Pasang siang mana nampak. Rasanya semalam masa lalu tu nampak merah je..
Kitorang ke sini bukan nak tengok match. Nak melilau selpi je... Alang-alang lalu Munich kan. SIL2 dengan laki dia kata nak join tour kat sini. Tapi tak sure tour dia pukul berapa. And how much it will cost. Aku tak kisah pun. Kalu encik Jack masuk, aku masuk la. But I would prefer tak masuk. Hahaha... Bola-bola pun bukan aku minat... Bukan aku tau apa pun. Nik Pareh siap pesan suruh aku beli jersi lagi...
Waktu untuk touring lambat lagi. Mulanya diorang kata nak join pastu ramai yang malas nak tunggu kat luar je... Tak jadi join lah.
Masa kitorang tengah cari Megastore dia, nampak orang masuk ke stadium. Kitorang ikut la... Ingatkan legal la... Ahahaha... Tadi malas nak join tour stadium sebab mahal depa caj. Bila tengok orang masuk free ikut celah rekahan pagar ni, seronok la kitorang... Masuk la semua sekali... Bangga giler takleh nak story... Cheapskate katanya... Bergambar la masing-masing bagai nak rak kat sini... Sekali, tengok the locals yang kitorang ikut tadi tu, tergesa-gesa berkejaran lari dari something or someone... Kecoh giler... Berdebar la bila tengok diorang umpil pagar nak lolos keluar cepat-cepat. Kitorang pun tak tunggu lama, tengok orang lari, kitorang pun ikut la lari... Kang kena tangkap menceroboh (which what we're doing right now) stadium, tak ke naya berbackpacker dalam lokap.. Huhu... Nasib baik the boys ada... Diorang yang umpilkan pagar and let us the girls menyusup keluar dulu and then kitorang pulak umpilkan pagar untuk diorang keluar... Masya Allah takut giler... Sipi-sipi lagi dah nak kena tangkap. Alhamdulillah semua selamat keluar... 
Aku pun tak sedar macam mana aku boleh lari dan masuk bawah pagar kawat besi tu. Tetiba je dah ada belah luar. Bila keadaan dah ok baru sedar bila tengok permukaan jacket aku bergalur sebab geseran dengan lantai konkrit masa nak meloloskan diri tadi. Pheeeewwwww!!!! We're just this close nak kena arrest tadi... Gilos.
Masuk Megastore tak beli apa pun. Mahal nak mampos semua bila convert. Nik Pareh pun tak nak. Ok, tak nak kita keluar je la...
Adoi la... Kelakar seram pengalaman kat Stadium Munich ni. Kalau ada orang sebut pasal stadium ni kat korang, ingat-ingat la citer aku ni hahahahaha... Kau jangan buat apa aku buat ni. Kitorang ni nasib baik je tau.. 


'Calm before the storm'.


Dah. Selamat keluar masing-masing ketawa bergegar-gegar... Tak sangka terbabit dengan keje gila ni. Don't do this in Munich okay guys?!
Salzburg next.


No comments: