Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, December 11, 2016

#1386 Me Vs Salzburg

Sepatutnya dari Munich kitorang nak ke Hallstatt, Austria.. Sape pernah tengok Spring Waltz suatu ketika dulu? Sape masih ingat scene kat sini (rujuk gambar hasil Gugelan di bawah ni) Cantek kaaaaaannnnnn... Tapi masalahnya dari Munich ke Hallstatt sangat lah tak doable jauhnya. Lepas Hallstatt nak ke Venice pulak. Teramat jauh. Jadinya, Encik Jack sought out the alternative route. Cari punya cari punya cari, dapatlah the best route Munich-Salzburg-Slovenia-Venice...

Eh tertambah 1 negara la pulak -Slovenia.... Yang ni dah masuk Balkan. Hahaha... Who knows, our trip turn out this way! :) Since kitorang dah 1 day ahead of schedule (awal sehari dari yang dijadualkan), jadi it's okay to include Slovenia... Lagipun it's Slovenia, sape tak nak pegi!!!!! Aku nak!!!! 
Hallstatt, Austria by Google Image.
Masing-masing berat hati tak dapat ke Hallstatt... Cantik tuuuuu... Tapi apakan daya... Kita ke Salzburg ajelah Senah. Salzburg pun Salzburg lah... Salzburg ni pun lalu je, tak overnight. Lagipun takde apa sangat Salzburg yang aku tengok ni. Ke yang menarik area lain aku tak tau la. Kan dah kata aku tak study.

Kat Salzburg ni kitorang park keta pastu jalan kaki je ke attractions dia... Honestly apa attractions dia pun aku tak tahu. Kahkahkah.. Main ikut je orang.
Sampai sini dah start drizzling hujan. Potong mood jugak lah... Sejuk, berangin, gloomy, hujan gerimis, lapar. What more worse than these combo?
Tak tau sebab cuaca ke sebab apa... Rasa town ni sedih dan depressing bila lalu. Satu town semua bangunan lama-lama. Or bangunan baru tapi design lama. I mean, takde design modern like glass building langsung. Sesuai shooting citer tema Vampire.
Bila sampai kat dataran depan bangunan ni, tengok ramai pelancong bergambar. Sah ni lah bangunan yang jadi tarikan kat sini. Bila pegi makan angin, sifir dia macam tu lah. Or so I believed. Thehehe.
Lepas tu tak tahu nak jalan kaki tuju ke mana dah. Jalan je lah ikut orang ramai-ramai melangkah. Perut dah lapar. Melilau masing-masing cari kot-kot ada kedai halal. Masa lalu celah lorong-lorong ni ada jumpa sign halal... Tapi dalam menu dia yang lain ada pork.. Huk aloh.. Celah mana yang halal tak tahu la.. Macam dipermainkan je istilah halal tu. Masing-masing frust. Dah nak masuk dah tadi. Nasib baik nampak menu pork tuh. Huk aloh. Kensel.
Meh le kita kembali ke kereta. Makan lah apa yang ada dalam keta. Zuhur Asar pun dah nak habis. Nak solat kat mana tak tahu. Hujan ni semua permukaan pun basah.
Last-last kitorang solat dalam keta je. Tak tahu dah nak solat kat mana. Nak cari arah kiblat sekian hal. Puas pusing keta nak bagi ngadap ke arah yang betul tapi tak jugak jumpa. Kejap arrow tunjuk arah A, kejap arah B,C,D... Akhirnya tawakkal aje lah.. Waktu dah nak habis. Moga Allah terima solat kali ni.
Setel solat baru rasa lega sikit dah bayar hutang dengan Tuhan. Okeh jom ke Slovenia... Masing-masing excited nak pegi Slovenia. Sebab tak terfikir pun sebelum ni untuk sampai ke Slovenia. Nama pun jarang-jarang dengar. 

Jom jom jommmmmm...!!!!

No comments: