Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, December 12, 2016

#1387 Me Vs Kransjka Gora, Slovenia.

Encik Jack selaku tukang booking penginapan, kata kat Slovenia ni sewa apartment. Lokasinya kat kawasan pergunungan. Apartment dikelilingi gunung ganang la gitu. Makin la tak sabar nak tengok! Cemana lah rupa Slovenia ni kan. Tak pernah terpikir nak jejak kaki ke Slovenia. Nama pun jarang didengari.
Memang kena redah hutan belantara, gunung ganang gaung rabung dengan jalan bagai ular dipalu... Jalannya sempit, kiri kanan jalan kalu tak gaung, pokok krismas. Pokok tumbang pun banyak. On the way ke sini dah boleh nampak salji kiri kanan jalan. Terjerit-jerit masing-masing dalam keta!

Sebelum sampai ke kawasan hotel, kitorang kena lalu depo imigresen diorang dulu. Siap ada tentera beruniform lengkap bersenjata lagi... Standard la... Tapi tengah-tengah hutan tengah malam ni, kecut jugak perut. Dia lepas je tak cakap banyak. Tapi kat situ teramatlah sunyi... Rasa macam Chernobyl. Tahu tak Chernobyl tu apa? Gi Google cepat. Ce-pat!

Macam abandoned area je... Kat sebelah tu ada kedai duty free, pun spooky giler. Bila masuk dalam kedai, happening je. Was-was aku nak masuk tadi. Kang yang jaga kedai tu zombie cemana? Huhu... Seriau kat luar kedai ni... Kat dalam tu nasib baik orang normal yang jaga... And very friendly. (jangan makan aku tau, tak kenyang).

Dari depo imigresen tu ingatkan dah dekat nak sampai ke apartment... Rupanya.. Bercinta lagi. Jalannya gelap takde lampu jalan. Selekohnya, huhu aku pejam mata tiap kali ada kenderaan lalu dari arah bertentangan.. Laju pulak tu... Semua senyap je dalam keta... Masing-masing concentrate kat jalan depan... Aku pulak yang berdebar. Padahal bawak keta pun tak reti!
Drive punya drive akhirnya tiba jugak lepas sesat sedas dua. Sunyi betul kat sini... Kalu keluar zombie pun tak pelik. Sampai je, semua turun keta menuju ke apartment yang dimaksudkan. Bukak je pintu keta, sejuk dia memang tak main-main lah. Menggigil terus. Nak cakap pun rahang tak berapa buleh nak bukak. Tengok kat henpon, -2 degrees. Patut lah. Landlord pulak tak duk sini, nak kena call tunggu dia datang dulu... Haih... Tak tahan menggigil sejuk. Melompat-lompat, lari setempat sesambil tunggu landlord mai. Kulit muka ni kejap je kejung dan cekang rasa...

Dalam 5 minit pastu Landlord sampai. Ceria dan peramah sekali. Dapat kunci, dapat password wifi, terus angkut naik beg. Sini takde lif. Tangganya tinggi-tinggi... Beg aku lah tu yang paling besar huhu... 
Katil depan toilet yang takde heater.
Villa kat sini ada banyak bilik dan apartment dalam satu banglo ni. Tapi esok kan orang dah start keje, jadi deserted la. Kitorang 9 orang je duk dalam villa ni.. I don't have a good feeling about this villa. Sebab takde orang.. Apocalyptic sangat-sangat ok!? The same feeling masa sampai kat creepy hostel kat Brussels haritu. Tapi sebab sini cantik rumahnya, perasaan tak sedap aku tu aku pendamkan aje... Lagipun, excited okay nak tengok gunung ganang esoknya.

Apartment aku ni ada satu je bilik bertutup. Tapi kat dapur ada sofa bed, depan bilik air pun ada katil jugak. Tapi yang depan bilik air ni takde heater... Mati beku la kalu nak tido sini. Aku ajak Encik Jack tido dalam bilik sekali dengan aku dengan SIL1. SIL2 dengan husband dia tido kat sofa bed dapur tu. Kitchen kat sini complete. Dan sangat-sangat comel dan bersih. Peralatan pinggan mangkuk etc semua mostly by Ikea... Ikea kat Europe ni bersepah. Sebab tu agaknya most hostels pakai pinggan cawan Ikea. Kelas...
Katil dalam bilik.
Bilik air 1 je. Pepandai la share 5 orang. The other team 4 orang duk apartment sebelah. Bilik air sini design style lama tapi semua functional. See, dalam bilik air ni ada 2 heater kat dinding... Hangat je tepi toilet bowl... Tapi toilet bowl sejuk menggigil nak letak bontot. Huhu... Tadi masa sembang dengan landlord, dia kata kawasan sini pernah sejuk sampai minus 20 degrees.. Wow.. Minus 2 degrees pun aku dah sengsara. Inikan pulak negatif 20. Malam ni aku tak nak mandi. Lantak la. Datang tempat orang putih kena perangai macam orang putih la ngehngeh... 
Shower ada, tub ada. Tapi aku tak mandi. Sejoookkk..
Bawah ni sofa bed kat dapur. SIL2 dengan husband dia tido sini. Aku pilih untuk tido dalam sebab aku pikir it's best that way. Terpelihara sikit aurat aku dengan SIL1 kalu tido kat dalam. SIL2 takpe, dengan semua lelaki dalam apartment ni dia tak perlu tutup aurat. So, diorang la kena tido luar :)
Katil depan toilet tu sebenarnya port yang paling cantik kalu bangun dari tido... Sebab mengadap ke pintu balkoni yang juga menghadap ke mountain view. Subhanallah cantik agaknya... Semua gelap kat luar... Kena tunggu esok baru boleh tengok. Malam ni sebab takde heater kat situ, takde sape nak tido atas katil tu huhu. Sejookkkkk!

Jengjengjeng... Lepas Subuh... Makan bekpes dan tunggu terang tanah.... Subhanallah!!!! Memang view world class! Apartment aku ni ada 2 balkoni. 1 kat dapur, 1 kat depan katil yang aku cakap tadi tu... Dua-dua boleh tengok view lawa.... Masya Allah... Untung the locals kat sini hari-hari boleh tengok pemandangan macam dalam poskad ni.... Terlopong masing-masing kekaguman tengok gunung bersalji depan mata. This is my first time seeing one. Tak tahu macam mana nak kenang semua yang aku nampak ni dalam kepala aku. Kalu boleh nak pause the moment. And rewind. Again and again... Tak puas.
Ni tingkap dalam bilik aku. Cantik kan... Orkid betul tu.
Terang je tanah, bertebaran lah kitorang turun camwhoring serata tempat... Kat belakang ni ada waterfall and stream... Rasa nak bertempik sebab cantik sangat. Ni pun aku datang masa winter. Kalu datang masa spring lagi la lawa masya Allah....
Pandangan sisi villa.
Spot the waterfall...
Ni kat belakang villa... Alalalalaaaaaa.... Cantiknya... Tak terungkap dengan kata-kata. Rasa tak percaya lagi yang semua ni betul-betul depan mata. Ye lah, selalu tengok dalam tv je kan...
Posse romantik tercekik
Tak berani aku nak test air kat sini. Tengok je pun dah tahu betapa sejuknya air sini. Bersih sangat-sangat. Takde jumpa sampah langsung kat sini. Hari ni, kat sini kitorang nature-bonding.
Geli hati aku tengok 2 beradik ni kucar-kacir nak turun bergambar kat bawah tu hahahahaha... Aku gelak jauh-jauh aci la. Kat sini aku duk usya jugak nak kutip pine cones. Lain pine cones sini dengan kat Korea yang aku kutip tu. Sini jenis panjang-panjang. Tapi tak jumpa yang elok. Banyak yang dah nak reput je... Seriau la pulak nak kutip souvenir kat sini. Kang ada yang nyanyi "Pulangkan...." Hohoho... I still have bad feelings on this place.
Puas jenjalan bergambar kat belakang, kitorang explore bahagian lain pulak. Alahai, terpesona tengok segala-galanya tersusun rapi dan bersih. Kat mana-mana pun BERSIH.


Sisi Villa satu lagi. 
Oven tradisional tempat bakar pizza kot?

Kolam/longkang dah beku.

Swimming pool pun frozen kat permukaan air dia. Memang sengaja dikeringkan time winter ke cane aku pun tak paham. Kalu penuh pun sape nak terjun tiruk sejuk-sejuk ni kan.
Front view of the villa.
Bilik lain yang tak dihuni.


Then kitorang jenjalan ke kawasan kejiranan.. Pun sunyi. Tengok keta ada. Orangnya senyap sunyi dalam rumah. Musim sejuk ni semua orang dengan haiwan berhibernasi aje kot sepanjang musim hahaha...
Terserempak dengan kucing jiran sini... Laarghhh gemoknyaaaa!!!! Sejuk-sejuk ni lemak tebal kot. Nyampah kucing ni jinak-jinak merpati. Datang dekat saje nak buat orang terliur je. Nak pegang dia lari.
Another shot yang buat aku rasa tergeletek jiwa. Nak buat shot melompat tu. tapi yang jeket hijau tak padan kurus kering, lompatan 2 inci je. Berat sungguh badan skang ni... Bila entah nak detox and exercise. Serious, aku takleh lompat. 

Waterfall again.


Jiran-jiran.

Setel berkemas, jom teruskan penjelajahan ke Tasik Bled. Idea ni hasil cadangan dari Bos IBM. Kalu dia tak suggest, memang terlepas pandang dah attraction ni. Rugi lah. Tengkiu Bos IBM sebab cadangkan gi ke sini. Sat lagi kitorang nak gi...
Keluar aje dari villa, dalam perjalanan menuju ke Tasik Bled nampak what we thought 'salji' kat tepi jalan. Sepanjang anak sungai nampak memutih kiri kanan tebing... Apa lagi, driver terus pull over. Masing-masing meloncat keluar nak main 'salji'... Tengok dari jauh ingatkan salji, or so as I thought. Tapi bila pegi dekat, ini bukan salji. Tapi kerpasan ataupun frost. Sebab kalu salji lagi halus aku rasa. Ini bila pijak boleh rasa semua yang bergerigi kat bawah tapak kasut. Keras. 
Kerpasan pun kerpasan lah. Janji adik beradik salji yang memang soheh takde kat Malaysia kecuali kat puncak Gunung Kinabalu tuh. Masing-masing sibuk nak buat shot lambung salji. Layan aje lah. Bila lagi kan nak jumpa.
Air yang mengalir kat anak sungai ni masya Allah crystal clear kaler turquoise... Uiii geram tengok airnya yang jernih. 
Frosted grass.
Okey dah-dah ler tu. Kang lari timing pulak. Jauh lagi nak sampai ke Venice nih. Nak singgah bergambar kat Lake Bled lagi nih. Macam biasa, sebelum jalan jauh kena isi minyak dulu. Tiap kali isi minyak mesti kena beli anti frost liquid. Pastu tiap kali masuk convenience store dia, wajib lah beli buah and jajan untuk mengudap dalam keta andai kelaparan.
Kalu tak epal, pisang lah yang selalu kitorang beli. Kat Europe ni diorang jual pisang in small portion.. 2 bijik pun diorang jual. Comel je kan.. Jadi lah tu. Takkan nak beli sesikat... Eh tapi kan, pisang kat sini tak cepat lembik macam kat negara kita. Mungkin sebab sejuk kot. Sesuai sangat la kat aku ni. Kekadang beli bukan nak makan terus.
Berpandukan Google Maps macam biasa, sampailah kitorang ke Lake Bled. Dari tempat yang apocalyptic takde orang sunyi je, tetiba kat sini boleh tengok ramai manusia. Pelancong lah kot. Semua nak pegi ke Tasik Bled. Jommmm... Masalahnya nak parking keta la takde kosong. Menyampah. Parking berbayar pulak tu. Tak bayar kena clamp.  
Tengah-tengah tasik ada pulau kecil (islet) yang ada gereja. Kena naik bot untuk ke pulau ni. Takde jambatan atau jalan darat yang menghubungi pulau dengan daratan. Nak ke gereja tu ada tangga macam Batu Cave. Banyak couple yang kawin kat sini. Diorang percaya, kalu pengantin lelaki dukung pengantin pompuan naik tangga tu sampai ke pintu gereja, jodoh diorang akan berkekalan or something like that la. Selamat berdukunglah. Terjelir jugak aku tengok bilangan anak tangganya walau tak sebanyak Batu Caves.
Google Image
Kat puncak bukit pulak ada Bled Castle. Tapi nak masuk ke dalam istana ada bayaran masuknya. Kitorang malas nak masuk. Parking keta kat tepi istana, panjat sampai depan gate dia je... Ambik gambar pastu blah.
Google Image
Di luar istana Bled ni ada laluan untuk turun ke Tasik. Kitorang kekonon nak turun la jenjalan kat Tasik. Tapi turun halfway aje sebab rasa macam tak sampai-sampai je. Ahahaha aku dah cakap dah tadi diorang tak nak dengar. 
Pandangan dari atas ada, dari bawah pun ada. Tak percaya jugak tak tahu la nak cakap.
Kalu ada masa, memang berbaloi nak naik turun tangga ni. Tapi kitorang kan rushing nak gi Venice pulak pasni... Jangan buat hal. Kalu aku jadi driver, awal-awal lagi aku tak turun. Hahahaha.... Suicidal ni.
Terjelir penat di situ.
Bila masing-masing dah dapat kumpul nyawa ke dua, jom gerak ke Venice... Bye-bye Slovenia... You've been wonderful to me. Tak puas weh.
Kalu lah buleh bungkus bawak balik Malaysia.....

No comments: