Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, December 13, 2016

#1388 Me Vs Venice, Italy.

To tell you the truth sebelum datang trip ni, aku mempunyai high expectations terhadap Paris, Venice and Jungfraujoch. Bila nak tuju ke Venice ni, hati berdebar-debar. Maklum la, Venice ni terkenal seantero dunia sebagai salah satu destinasi cinta. Movie pun banyak yang aku dah tengok berlakon kat situ. Selalu nampak cantik je kan Venice tu. Teruja la hati nak tengok dengan mata kepala sendiri.
Dari Bled tadi ambik masa 3 jam nak ke Venice. Kitorang singgah solat dan makan bekal somewhere in Italy... Kat stesen minyak la, macam biasa. Senang, boleh guna jamban terus. Kat sini kitorang solat aje tepi keta. Kat oversea ni takde masalah nak solat kat mana. Sebab kat mana-mana pun bersih! Setakat hari ni kitorang yang pompuan dah biasakan diri solat tanpa telekung solat. Best pulak rasa solat je dengan pakaian yang ada. 
Datang time winter ni aurat memang tercover sempurna. Hahaha... Ni tips, kalu nak beli jeket winter, beli yang labuh. Senang nak solat tidaklah rasa canggung. Jeket Bos IBM yang merah tu selalu jugak dipinjam diorang untuk solat. Kalu beli jeket yang stylish ni, muat-muat tu memang nampak cantik. Tapi, bila nak solat time rukuk sujud kang terselak nampak pinggang pulak. Tudung pulak, pilih yang elastik kat muka. Senang nak tarik tutup tang dagu. Kalu pakai tudung berpelapik dagu yang terbaik. Tapi berapa kerat aje yang sanggup membelakangkan fesyen? Krik..krik..krik...
The boys bagus. Sepanjang trip ni, tiap kali stop solat kat stesen minyak diorang solat jemaah. Abang ipar encik Jack yang jadi imam. Good, good. Inilah yang dikatakan mengembara sambil beramal hahaha...
Tadi kat villa kitorang masak nasi impit. Bawak bekal nasi impit makan dengan kuah kacang Brahim's... Lapar-lapar tu semua pun sedap. Ada yang beli coffee. Ada yang beli chips. Semua pakat bukak dan makan sama-sama. Asiiikkkk...
Google image.
Kitorang tiba di Venice hampir senja. Malam ni menginap di Casa Sant'Andrea Venice. Keta park kat tempat parking tertutup. Kat Venice ni keta ada limit dia. Kira hotel aku dekat sangat la, jalan kaki je dengan tempat parking. Keta takleh masuk sebab memang takde jalan pun. Diorang guna pengangkutan air je kat sini. Dulu tak tahu pun Venice ni cemana. Duk ingatkan bersambung dengan mainland. Rupanya, Venice ni macam kepulauan la. Nak sampai ke sini ada satu jambatan. Lepas jambatan tu ada tempat parking. Situ je lah last keta boleh pegi. Lepas tu dah takde jalan dah. Nak gi memana pulau kecik kat situ kena naik water taxi atau feri. Atau kalau kaya, boleh beli bot sendiri pakai.

Bilik aku kat sini macam gambar kat atas tapi belah kanan ada satu lagi katil single untuk SIL1. Other than that semua almost the same. SIL2 dengan husband dia duk bilik sebelah bilik aku.  1 bathroom share dengan 3 bilik. The other team book bilik yang bathroom ensuite. Mahal la sket dari bilik kitorang dan bilik pun sempit sikit. Bilik kitorang luas sebab takde bilik air dalam bilik. Hotel ni wifi nya sangat la siput. 
Ni je lah yang boleh makan.
Kat hotel ni breakfast included. Tapi takde apa sangat pun. Roti keras, bacon, croissant, jem, cheese, butter, and yogurt. Beverage pulak, coffee, tea, latte, mocha, and juice sejenis dua. Pastu cereal dengan susu. Itu aje. Alhamdulillah aje lah. Susah nau nak jumpa roti lembut kat sini. Kalu hotel kat Malaysia serve breakfast macam ni dah lama kaya kan.
Google Image
Hari ni plan nak naik feri pusing tempat-tempat yang tersohor kat sini. Yang mana sempat la. Sebab kat sini ada baaaaaaaanyak pulau dan hentian feri. Yang komannya pelancong akan turun di hentian San Zaccaria untuk ke Rialto Bridge. Kat sini ada baaaaaaanyak bridge, tapi Rialto Bridge ni la yang paling femes. Kita ambik syarat je la. Nak jalan serata pulau memang tak sempat la.
Suhu hari ni 0 degree. Sejuklah. Tiap tempat yang aku pegi, sejuknya lain-lain. Ikut keadaan berangin, lembap ke tidak etc. Entah. Dia punya sejuk lain macam ni memang potong la sket mood nak berjalan. Kaki aku pun sakit giler hari ni. Terhencot-hencot kat Venice tak style langsung.
Cuaca kat Venice tak menyebelahi kitorang hari ni. Berkabus start dari pagi sampai ke tengahari kitorang kat sini tak surut-surut kabusnya. Tak cantik la gambar kat sini nantiiiiii... Huhu.. 
Hentian feri depan hotel kitorang je.
Ambiklah gambar angle macam mana pun, tetap nampak kabus. Sedey... Bila pulak nak datang Venice tak tau. Rasa macam tak tertarik pun nak datang balik. Kitorang pusing-pusing cari kedai halal tak jumpa-jumpa.. Last-last balik bilik makan megi dengan bubur segera je... Itulah megi tersedap dalam dunia aku rasa hahahahaha...
Jejaka-jejaka Itali yang keje tukang tambat tali feri, waiter, jurujual souvenirs semua handsome-handsome. Pandai bersenandung pulak tu. Muka handsome, pandai nyanyi, tapi keje tak glam la pulak. 
So, semua gambar-gambar di Venice nampak menyedihkan. Please come in summer. Panaslah pulak nak bergondola tour.

Burung merpati kat Venice ni huii gemok kemain! Makin sejuk makin gemok kot haiwan kat negara pat musim ni. Tak takut tak orang langsung. Mentang-mentang la dia gemuk dari aku.
Add caption
Ingatkan makin tengahari makin cerah dan clear la langit Venice. Selalunya kat Malaysia camtu kan. Pagi je berkabus. Tapi lain tempat lain ragamnya. Kat sini, makin lama makin tak nampak apa. Frussssttttt sangat!!!
Alang-alang datang Venice kena la naik gondola. Tambangnya tak murah. Tapi pejam mata je lah. Bukan nak naik setahun sekali pun. Once in a lifetime baby. Kitorang ni ramai, jadi bila share-share tak la terasa sangat. Tambangnya dicaj per gondola, bukan per person. Satu gondola buleh naik maksimum 6 orang tak silap aku. Kitorang 9 orang, dia bagi special price plus laluan jauh. 
Maka lalulah kitorang kat celah-celah canals kat sini. Pokcik Gondola akan cerita lah apa-apa pasal bangunan yang kitorang lalu.. Yang mana prison zaman dulu, yang mana rumah pelukis terkenal, etc. 
Kat sini semua aktiviti menggunakan pengangkutan air. Ada nampak diorang edarkan bungkusan pos dengan bot. Pelik pulak aku tengok. Posmen atas bot. Selalu kat Malaysia tengok posmen lalu dengan motor atau van je. Segala-gala kat sini guna bot.
Buleh imagine tak kalu kita tinggal kat umah macam ni? Bukak tingkap kiri kanan air. Nak gi jauh memana pun nak kena naik bot/feri dulu. Shopping apa pun, nak balik ke rumah kena naik feri instead of lrt/teksi/buses. Diorang kat sini dah biasa semua tu. Dengan luggage besar-besar, dengan anjing besar-besar selamba je heret naik feri. Duk diam pulak tu anjing diorang.
Aku perasan kan masa naik feri, jarang sangat nampak budak. Kebanyakan yang tinggal kat sini golongan dewasa dan warga emas je. Dah tak nak beranak kot diorang kat sini.
Yang kaya-kaya ni ada la private dock untuk private boat diorang sendiri. 
Courier service?
Kat Itali ni aku tengok semua style tingkap macam ni. Tingkap 2 lapis. Hihi aku tak tahu istilah apa bebudak HBP pakai.
Pokcik Gondola aku ni tak banyak cakap. Aku selisih dengan gondola lain, pokcik gondola diorang siap nyanyi-nyanyi lagi. Sedap pulak tu suara. Huh. Kitorang pun bayar jugak. Bukan naik pree.
Kat Venice ni kan, nak cari sign WC (toilet) memang payah nak jumpa. Jumpa 1 je, tapi mak aiii... 1.50 Euro sekali masuk... Terus terkemut tak jadi masuk. Balik kencing kat hotel je la selagi boleh tahan. Haramzadai betul. Lima ringgit lebih sekali masuk melepas hajat. 
Ni lah Rialto Bridge, tapi kelabu asap je kan tak nampak apa.
Puas pusing-pusing, cek out terus ke parking keta. Terperanjat tengok resit parking. Ingatkan parking kat situ per entry. Rupanya per hour! Matilanaaaaaakkkk 70 Euro terbang melayang ... Terkulat-kulat lah kitorang. Hahaha... Padahal parking murah kat tempat terbuka pun ada luar tu. Bezanya, tempat terbuka tu tak secure la. Kalu takdir keta kena curi, putih mata la 9-9 kitorang ni. Hoho... Nak parking kat Itali ni kena baca TNC betul-betul okay... Nasib baik ada duit lebih...

No comments: