Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, January 11, 2017

#1397 Me Vs How Are You

Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2017 pada semua yang terbaca post ni. Kitorang balik Penang on 26th December lagi. Melemau aje sejak jejak kaki kat Penang ni. Tak sabar nak balik ke rumah sendiri. Tinggal pun dah lama. Jiran wasap gambar pokok-pokok bunga mintak nyawa. Huhu. Belum citer rindu kat Aulo ni lagi. 

Masa nak bertolak balik, dalam hati tertanya-tanya Aulo ada tak bila sampai nanti. Dia masih setia menanti atau dah berpaling tadah cari tuan lain... Bila keluar aje kereta, dengar bunyi kucing tapi tak nampak rupa duk kat mana. Cari punya cari rupanya dia duk tidur umah jiran Cina aku. Oh my... Bila kitorang panggil-panggil terus dia datang... Jejak kasih sungguh. Rasa nak menitik air mata terharu. Agaknya hari-hari dia tunggu kitorang balik. (tapi mealtime pegi makan kat umah owner asal since kitorang takde ni)... 
Awal-awal tu dia macam merajuk... Ala-ala jinak merpati gitu. Datang dekat tapi bila kita nak usap dia menjauhkan diri. Alalalalalalalaaaaaa~~~~ Aulo merajuk mommy tinggal sebulan ye... Encik Jack kata atas seat motor penuh bulu putih-putih.. Hihi... 
As expected, she's expecting. Dah nampak dah baby bump dia. Huh, kalu anak Boboi (nama male cat yang owner dia bela), memang tak lawa lah.. Semua belang-belang. Aku rasa satu taman kucing betina kat sini dapat tender kat dia. Ramai betul kucing belang-belang kat sini. 
Now it's been almost 2 weeks of schooling. How did you guys survive these past two weeks? Kitorang entah tahun ni memang lagha gils la... 2 hari sebelum orientasi sekolah baru teringat nak tanya orang bila sekolah buka. Sehari sebelum orientasi baru beli baju sekolah. (Beg sekolah dan alatan persekolahan yang masih ok memang tak beli baru pun, guna aje mana yang ada). Baju beli baru sebab dah senteng. Hari orientasi pulak pegi sekolah lenggang-kangkung bawak beg skolah aje. Apa dokumen pun tak bawak. (mungkin last day of school tahun lepas Adam tak pegi sekolah kot, aku lupa sebab kat blog pun tak citer haha).. Kucar-kacir encik Jack keluar pegi fotostat IC kitorang. Tak paham aku. Tiap tahun mintak salinan IC. Apasal, tiap tahun ke orang tukar IC? And pernah dengar sistem pengkomputeran tak. Buat apa la suruh orang ulang fotostat benda sama tiap tahun. Tak runtuh ke bilik file sekolah dengan kertas-kertas dokumen maklumat peribadi pelajar. Untuk apa la dibuang masa buang duit mintak benda sama ni. Sama jugak mintak no phone. Kenapa tak create group kelas. Senang kan. Tak payah duk suruh anak-anak sampaikan pesanan yang memang takkan sampai.

Masa hari orientasi Adam tu (I just don't understand buat orientasi untuk budak darjah 4 untuk apa? kalu darjah 1 tu ye lah nak bagitau jamban kat mana, kantin kat mana, padang kat mana. Ini setakat nak bagi jadual, bayar yuran PIBG bukak sekolah ni pun boleh buat hoi buang masa sungguh)aku ada sembang dengan parent lain kat situ. Rata-rata memang komplen benda sama: Cikgu pesan kat budak suruh bagitau parents, tapi budak cakap lain. Yang patut pakai baju sukan, gi pakai baju sekolah. Oh rupanya bukan anak aku aje camtu. Akak tu lagi la, dia siap naik turun pejabat pegi komplen. Tapi biasa la, pumpang-pumpang no action was taken jugak.
Kesian cikgu-cikgu kena bantai. Aku paham diorang banyak keje. Tapi selagi takde sistem, memang kucar-barai la. Sekarang ni kan apa-apa hal buat group je senang. Cikgu nak cakap apa, tekan sekali terus send kat sekelas. Tak payah duk bagi-bagi surat. Surat sekolah pun tak cukup info jugak. Selalu buat orang tertanya-tanya macam ayat tak sudah aje.

Itu hal sekolah pagi. Sekarang Adam dah tahap 2, waktu balik pun dah lain la. Isnin-Khamis balik kul 2 petang. KAFA start 2.30 petang. How? Memang takleh balik la jawabnya. Mana sempat setengah jam tu. First day memang dia memberontak la tak nak salin baju kat sekolah. Nak balik jugak. Encik Jack bawak balik jugak la. Huru-hara la setengah jam nak makan nak smayang nak salin baju yada yada. Second day, sebelum pegi sekolah lagi aku slow talk dengan dia, cakap dia kena stay back kat sekolah dah. Kalu balik nanti huru-hara macam kelmarinnya tu. Nasib baik dia ok.

Second day tu, Encik Jack pegi hantar bekal dengan beg KAFA, selipar kat dia.  Rupanya ramai je parents lain agaknya macam kitorang yang baru nak biasa-biasakan anak tak balik. Kat kantin tu penuh mak bapak duk guide anak masing-masing. Encik Jack tunggu la sekejap dia makan. Berair jugak la mata dia kena makan sendiri kat kantin. Alahai anak mak ni... 2 hari berlalu, balik-balik KAFA aku tengok bekal nasi dia licin. Like, licin takde sebutir nasi pun tinggal dalam bekas. Aku suspicious lah. Kat umah ni, walau makan depan kitorang pun, tak pernah hayat hidup dia makan nasi licin pinggan. Mesti bersepah jugak butiran nasi tu. Tanya-tanya, dia teragak-agak aje nak jawab. Aku kenal sangat anak aku ni. Kalu dia betul, memang dia jawab all out. Nak tegaskan yang dia betul. Ni, bila tanya tu dia macam nak lari aje topik. Cam sangat la tu. Memang dia buang la tu...

Sekolah pagi dah tak bawak bekal dah sebab dia dah start nak membeli kat kantin. Positive side, baguslah kan dia dah ada keyakinan diri nak beli tu. Negative side, asyik beli keropok lekor atau benda merepek aje. Tengahari nasi bekal yang encik Jack pegi hantar kat dia tu dia makan separuh buang separuh. Entah banyak buang dari makan pun aku tak tahu. Petang KAFA pun dah tak nak bawak bekal.... Aku risau benar. Tubuh yang sedia kecil tu makin mengecil sebab tak cukup zat. Adoii la... Dia memang tak sedar lagi saiz dia dah jauh ketinggalan dari kawan-kawan sekelas dia.
Itu citer anak lelaki. Yang pompuan pun satu hal pulak. First day pegi sekolah tu ok je. Bila sampai je kat sekolah, cikgu suruh masuk kelas 6 tahun dah la. Kan dah 6 tahun, tahun ni. Dia pun mula la onar dia.. Takleh terima perubahan cik Kak kita ni. Berair mata tak nak duduk kat kelas 6 tahun. Aku pujuk-pujuk pun tak jalan jugak. Sekali cikgu kata biarlah dia masuk kelas 5 tahun dulu. Nanti later cikgu kautim la dengan dia... Aku pun tinggal je la dia... Nangis-nangis dia tak kasi aku balik. Hai lah anak mak yang ni... Ingatkan masuk 6 tahun ni ok la sikit...
Baru ni terajin terbuat kek carrot resepi dari Mat Gebu. Memang gebu sengoti lah kek nya. Kali ni aku taati setiap bahan yang dinyatakan. Turned out to be really nice... Luar dan dalam. Puas hati lah. Tercapai tekstur yang aku idamkan. First time buat kek guna minyak jagung. Selalunya kalu tuan tanah suruh buh minyak jagung/ bunga matahari/ soya aku bantai minyak masak je. Tapi someone in some blog kata kalu guna minyak jagung, kek akan jadi betul-betul gebu and lembap. Memang betul lah tu. Try jangan tak try ye pwan pwannn..
Ahahaha kemain kan cik Kak posing dengan hasil hiasan keknya... Tak lama lepas tu mommy spread evenly kehkeh...sebab nak bagi kat jiran, takkan nak bagi camni kan. Terkejut beruk orang tu nak makan nanti. Semalam jiran Cina aku yang pemurah tu bagi roti benggali...oh myyyyy this is niceeeeeeee!!!!! Aku cicah milo tengah malam pun encik Jack jeling-jeling paku kat aku. Takut tak cukup dia nak makan roti titab pagi ni... hihi...
Syok weyy makan roti ni.. Berpuluh tahun duk pulun Gardenia aje kan... Pagi ni buatlah roti titab bagai yang dimasyhurkan serata pesbuk. Tak sangka aku tergoogle resepi roti titab. Ingatkan apa benda la glemer tak patut roti titab ni. Bila makan, oh patut lah.. Sedap sungguh rupanya. Dengan telur separuh masak yang meleleh kat celah sapuan kaya and butter tu.... Yummm... Very custardy gitu.. Mak suka noks!
Ini pulak lunch hasil idea Encik Jack. Kailan tu aku tambah. Aku suka kalu time tanya nak makan apa, orang bagi jawapan macam ni. Senang keje. Hari ni ada lauk ikan, boleh la bagi kat Aulo nih... Menatang ni kan, sampai aku terfikir... Mu ni datang dari istana kerajaan mana lah... Ayam tak makan.. Daging tak makan... Nasik tak makan... Hari-hari nak ikaaaaaannn je. Payah nau bab makan. Sebijik macam aku dengan Adam. Cat food pun dia makan sikit-sikit je. Ke tak cukup mahal? 
Gambar anak-anak masa aku kat Europe. Tengs kat Nik Pareh sekeluarga dan Puan Menteri sebab jaga anak-anak aku sebaik mungkin. Tiap kali dia bawak anak-anak aku kat Aeon Mall KB ni, selalu  terjodoh dengan kawan aku. Aku kat Europe tetiba dapat mesej dari kawan aku, "Aku nampak anak-anak mu kat Aeon Mall ni".  Hehehehe... Glemernya Adam & Zaraa.... 

Lamanya tak update blog kan. Sekali update caca marba aje kejadiannya... Takpe. Nak start tu susah. Hopefully, bila dah start ni senang la nak continue lepas-lepas ni. HOPE-FUL-LY.

Bye bye.

No comments: