Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 30, 2017

#1400 Me Vs January Babies

Hellllpppppp!!!!~~~~

Dah berapa kali berapa hari dah aku bukak blog intentionally nak post new entry, (takpun edit 22 posts pasal Euro trip basi aku tuh) tapi harom satu keja pun tak jadi... Terkebil-kebil depan dashboard. Terklik watch drama. Tersedap. Pastu termarathon. Pastu terlupa terus nak update blog... Termiserable bila lah aku nak setel entries puluh-puluh yang aku hutang ramai orang tu... Hahaha matilanak mak pun tak tauuuuuu..

No mood, no mood...

Mood nak berdrama aje siang malam. Seminggu aku tengok 4,5 drama. Super cray-cray! Kena pulak cuti CNY ni aku tak balik. Seminggu yang indah bermarathon tak hengat donia weyyy.... Oh, lupa. Boss IBM ada datang beraya seminggu kat umah aku. Yay!!!! Hahaha... 

Kelmarin jiran aku jemput pegi kenduri kawin anak angkat dia. Nak pegi tempat kenduri tu kena lalu umah tuan Putih ni. Terus disuruhnya aku bawak balik Putih 3 beranak ni umah aku. Sebab Putih asyik attack kucing lain kat umah dia. Kesian Beto sampai nak terkeluar bijik mata dicakarnya... Aku kalu ikutkan memang malas nak ada komitmen dengan anak kucing ni. Tapi tuannya insist suruh aku ambik demi keselamatan kucing lain kat umah dia. Anak tuannya siap hantar dengan cage-cage sekali ke rumah aku. What to say?! Urrrgghhhh.... Terpaksa jugak la bela. Aku je yang tak rela. Adam dengan Zaraa lain la halnya... They're super excited ada anak kucing kat umah.  
Sejak cucu bulus aku ni ada, memang makin bertumbuh la uban aku. Serabut weyy... Si Putih ni asyik cari jalan nak pindahkan anak-anak dia. Pantang tengok pintu stor, pintu almari terbukak. Banyak kali dah dia mengangkut masuk. Pastu aku bawak keluar. Loop. Sindrom mak-mak sangat kan. Sampaikan area leher anak dia ni tak berapa tumbuh dah bulu sebab mak dia duk gonggong sana sini. Tak putus asa pulak tu. Pantang orang terleka sikit, selamatlah dia bawak anak dia masuk. Ada sekali tu aku masuk bilik nak salin baju tetiba dengar bunyi kucing. Terperanjat mak. Hisyh...
OOTD kenduri depan rumah. **Tutup mata.
Bila Bos IBM ada sini, memang berJJCM lah kitorang. Banyak tempat baru jugak yang sempat kitorang try. Ada yang sedap, ada jugak yang kureng. The most obvious thing I found about my food hunt is, never trust a nice, hipster cafe. The food sucks! Kedai huduh, most of the times offers better taste food. Ingat tu.. 
Fish N Chips
Fish N Chips ni aku makan kat kedai ala cafe hipster. Kedainya baru lagi. Bersih dan layanan yang bagus. Tapi makanannya emmm.. Ikannya tak hanyir, tapi salutannya berminyak dan berbau minyak tengik. Sos salad epalnya manis. Kismis dalam salad nampak mcm kismis lama. Sos tartar manis. Sos thousand islandnya pun manis dan pekat kental macam buh tepung jagung. Encik Jack dengan Boss IBM order chicken grill sos bbq, yang sampai sos macam sos cili Maggi tu... Gagal, gagal. Mungkin western food bukan specialty kedai ni.
Masih kedai yang sama, makanan terrible, tapi air sangat generous. Gelas ni portion untuk 2 orang. Memang kalu minum sorang 1 pun boleh kembung perut. Tak sesuai untuk seorang budak minum. Air buah kat kedai ni memang pure. Rasa buahnya. Presentation bagus. But no thanks. No repetition.
Ada satu malam, teman Boss IBM keluar jumpa kawan lama dia. Kitorang tak tahu nak jumpa kat mana kat area Sungai Dua tu. Main terjah aje kedai charkoayteow yang nampak ramai orang. Full house sey.. Sedap sungguh rupanya. Next time cerah harapan nak repeat. See, kedai buruk-buruk, hiasan tak ganas tapi makanan sedapnya aku kasi 5 bintang. Bab kari-kari kitorang memang tak tahu nak nilai how sedap is supposedly sedap. Pada aku, semua kari Penang tak sedap. Tapi bab charkoayteow ni, memang takleh kencing aku la. We've been testing in so many places, so far this one is the champion. Puas hati. Cumanya, kedai ni terlalu bising. Tak sesuai nak jadikan tempat meeting sebab everyone need to shout to talk to each other. 
Sebelum Boss IBM balik, encik Jack ajak try Pak Mat Western Cafe, area Bukit Minyak/Tengah. Tak ingat. Ni pun ramai orang recommend dalam fb. Selalu la keluar dalam feed. Kedainya sempoi aje. Kaunter tempat bayar aje nampak hispter. Tapi dining area buruk giler. Sini pun full house. Aku dengan budak-budak order chicken chop, encik Jack order set lamb chop with nasi goreng, Boss IBM order mix grill... Semua orang puas hati dengan makanan masing-masing. Sosnya tak manis. Yang ni yang susah nak cari ni. Coleslaw dia tak berapa best, aku buat lagi sedap tapi masih boleh dimaafkan. Fries dia perfectly fried, tak berminyak dan tak bau minyak recycle. 

Kedai Pak Mat ni ada buat delivery. Aku dah tanya area umah aku pun diorang hantar jugak, tapi minimum purchase about RM20 gitu la... Ok la kan. Umah aku dengan kawasan ni jauh jugak. Mak suka.. Macam ni la kalu nak bisnes. Jom sapot bisnes orang kita.
Adam takde sebab dia bad mood.

30 Januari... Happy birthday Boss IBM... Life dia baru nak bermula tahun ni... Ahahahah pecah rahsia pasal umur. Aku takde apa yang mampu beli... So I bake cake for her. Dia nak butter cake. Ok, kek Azie Kitchen aku buatkan. Tak pernah mengecewakan. Just use pure butter, and it'll turn out good. Trust me. Mak taat, dia guna cap Anchor, mak guna Anchor jugak. Nak beli Lurpak, nanti aku kaya sikit lah hahahaha...
Birthday girl intai birthday cake dia.
Masa aku baking-baking ni, Boss Ibm keje dari rumah. So, dia takleh nak tengok la apa aku buat. Bila dah tahap jiwa kacau takde mood nak keje tu dia curi tulang jugak masuk dapur ngintai apa orang buat.
Selalunya aku buat kek, aku separuhkan resepi sebab takde orang nak makan. Kali ni guna full recipe lah. Sebab Boss IBM akan bawak balik KL. Alaaaa lupa nak ambik gambar masa dia tengah kembang sempurna... Ingatkan perfect la sampai masak tu. Rupanya crack jugak kat tengah... Hari tu buat kek carrot Mat Gebu guna temperature yang sama, elok je masak tak crack. Lain kek, lain suhu, ok noted. 
Keji la sikit rupa kek butter ni. Nasib baik ada lebihan buah yang kitorang makan as dessert tadi. Boss IBM ambik tepek buat hiasan atas tu. Jangok la sikit nampak kek dia. Kemain kek harijadi ke-XX ni...
Nah. Santek tak Kak Tonnn???
Santek, santek jugak. By the time nak potong, nak kena kemas balik buah-buah tu. Ni hah rupa keratan rentas dia.. Gebu... Nasib baik jadi.. Or I'll spoil someone's XXth birthday mood!
Ada orang tu, busy bee lah dia buat kad harijadi ciklongnya... Birthday Mommy dia takde pun nak buat kemain macam ni. Jeles mak.
Hadoiii... Special sungguh birthday Boss IBM ni. Kena angkut bawak balik KL tepek kat fridge tuh. Takpun buh dalam frame. 
Sekolah dah nak bukak. Suruh Adam kapur kasut tapi adik yang sudahkan... Huh, Adam, Adam... Bila la nak berubah.


No comments: