Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, January 16, 2017

#1398 Me Vs Dramaland The Return

Nombor post aku KIV dulu sebab banyak post terkebelakang tengah sort tak habis-habis lagi keje editing. Bila habis, bila publish aku pun tatau. So, in the meantime just enjoy whatever I post here. Kalau ada lah! Kira oklah ni mak ngah. Most of my fellow bloggers dah 5 tahun tak updates ok... 
Hari ni serba tak kena. Masak nasik, nasi lembik. Masak kari, kari masin. Sape suruh tengok citer sedih sebelum masak kan. Terbawak-bawak emosi sampai ke dapur. Yang masin tu entah lebih garam entah terlebih linangan air mata. Puuiiii...

Dah lama tak tengok citer Korea. Lepas Descendant Of The Sun, tercari-cari drama yang bagus. Memang tak jumpa ler. Nak jumpa balik, kena tunggu 4,5 tahun la pulak... Skang ni citer Korea terlampau banyak yang release sampai takde kualiti. Citer balik-balik pasal benda yang sama. Kalu 90an, asyik-asyik pasal terminal ill disease.  Kalu zaman skang ni, asyik pasal anak jutawan, berebut harta. Kasi aku citer lain lah!

Sape tengok citer ni ending episod 13 nangis macam telaga pecah, I feel you. Kahkahkah.. Adoiii... Sape la tulis cerita ni.. Sedih-sedih sedap. Tapi tak romantik. Tok Ram tu 800 tahun pun tak romantik. Yang ni 939 tahun, lagi tua dari Tok Ram. Ko rasa? Mesti la tak reti nak skinship-skinship ni..

Trend drama Korea skang ni kalau rasa rating dah tinggi, time nak hujung-hujung episod ni suka la release special episode. Saje nak kasi orang saspen lebih dan ternanti-nanti the next episode. Menyampah! Special episode ni biasanya diorang selit the making, behind the scenes, best scenes benda-benda gitu la. Huk aloh, special episod ni bagi aku boleh letak lepas final episode. Untuk yang tak boleh move on, especially.

Aku mula-mula tengok citer ni menguap je.. Macam boring sebab tak berapa paham. Dekat-dekat nak habis citer ni baru la makin exciting. Tapi sebab tak romantik tu jadi kurang sedaplah pada aku. Ke sebab hero tua tak tahu lah.

Bila dah start buat hal balik ni, part gardening pun kureng lah skang. Tak tahu la... My japanese roses tak berapa menjadi kali ni. Masa tinggal nak pegi Europe baru ni lagi, dah nampak tak berapa cantik. Daun makin hari makin kerinting dan mengecil. Batang cepat reput. Lepas satu, satu pokok jangkit. Terkena penyakit ke ros jepun aku? Ke sebab selalu kena kencing dengan kucing jantan jiran... Hadoiii putus angin dah rasa. I tried to revive them so many times.  Tapi tetap mengecewakan. Kali ni aku nak biar je mati semua. Pastu bila datang angin mood elok sikit, I'll order online. Kat nursery payah nak jumpa ros jepun ni. 

Aku sekarang ni asyik mengantuk siang malam. Jetlag relapse ke? Ahahahaaa... Sungguh wei. Letih aku mata asek nak tutup je. Jangkit dengan si Aulo la ni. 24 jam tido mak buyung tu.

Ngantuk lah pulak.......

No comments: