Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, February 17, 2017

#1401 Me Vs Mi Tarik

Dah lama teringin nak try Mi Tarik bila gi Mydin Mall. Tapi time aku nak makan, bebudak dengan bapak budak nak makan nan dengan tandoori. Kapitan tu kat food court, Mi Tarik ni kedai dia belah lain. Dulu Mi Tarik ni ada stall kat food court. Agaknya sambutan luar biasa tu diorang pindah ke kedai yang lebih besar. Takleh nak makan semeja lah jawabnya.

Baru ni dah tak tau nak makan apa, Encik Jack ajak makan kat Mydin. Diorang nak makan nan lah. Nan kat Kapitan Mydin Mall tu memang sedaplah gebu gebas gitu... Tapi aku duk teringin nak makan mi tarik yang dah banyak kali KIV... Kali ni aku nekad nak try lah.
Terpaksa berpecah la. Aku makan kat dalam Mi Tarik, diorang makan kat food court. Awkwardness overload. Terkulat-kulat makan sorang diri ni. Dah sedekad kan makan sambil berperang dengan anak-anak.. Hihi... Pelik lah pulak. Tak biasa makan dengan tenang sebegini kat luar. Duk imagine apa la yang diorang tengah buat. Cemana la encik Jack handle 2-2 orang tu. Hehe.. 11 tahun jadi ayah ni, laki aku tak pernah handle anak-anak walau sekali 24 jam pun dalam hidup dia. Time aku masuk wad pun, dia jaga anak aku dengan mak aku. Dengan bantuan orang lain. Hahaha...

Hopefully the kids behave well lah. I like mi tarik. Reminds me of the time aku dengan Bos IBM makan kat Shenzhen tu.. Ah, I missed our family trip. Bila lah boleh gi trip lagi... Ramai yang tanya aku tahun ni gi ke mana pulak. Jawapan, tak gi memana. Duk dendiam je kat Malaysia. RM tengah jatuh ni jangan buat hal. Encik Jack pun busy nak siapkan tesis dia. Tahun depan dah kena masuk keja. Takleh gi trip jauh-jauh dah. Sebab bila dah masuk keja, takleh nak apply cuti lelama dah. Hahaha.. Aku pun dah rasa penat jauh jauh ni. Rest lah 2,3 tahun dulu... After that anak dah besar we'll reconsider about tripping. Letih aritu tak hilang lagi rasa. 
Tadi tengok stat rasa macam tak percaya. Berkali-kali aku kelipkan mata. Ni... cane 662 orang boleh sesat kat blog aku kelmarin.. Paling tinggi lah tu. Blog aku ni hari-hari takde orang baca pun. Tetiba ratus-ratus ni datang dari mana pulak. Hihi.. Tersipu-sipu sorang-sorang. Sehari tu je pun blogoffice box office... 

Tanjat gegirl tau.. 

No comments: