Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, February 22, 2017

#1403 Me Vs Bila Tak Lalu Tapi Hidup Mesti Terus

Kitorang laki bini tengah tak lalu makan. Hasil keluar dating ke market pagi tadi, Encik Jack order nak makan laksam. Ok sayang. Tengok harga ikan kat pasar, sangat menakutkan. Ridiculously pricey. Tiap minggu harga makin naik.

Aku tanya Apek jual ikan tu apasal harga ikan mahal sangat skang ni. Pelalin sampai RM16 sekilo. Lebar 3 jari aku yang kurus mulus ni je. Bukan saiz L pun. Apek tu jawab, skang ni ikan takde. Nelayan yang pergi ke laut tu berhabis duit minyak sampai RM400 tapi yang dapat hasil tangkapan 10kg aje. Patut la ikan kecik-kecik skang ni. Dah nak pupus ke apa tak sempat besar orang dah tangkap. Penjual ikan pun merungut, jual ikan skang ni untung seringgit dua aje sekilo... Everyone dalam lapisan marhaien ni suffer.

Allah nak uji negara kita. Banyak sangat kemungkaran agaknya. Terfikir sejenak, apa akan jadi lepas ni kalau ikan-ikan kat laut tak dapat ditangkap nelayan, nak beralih ke ayam tapi ayam pulak kena virus selema burung, semua stok ayam kena lupus, nak beralih ke daging merah, ternakan lembu kambing kena penyakit kuku dan mulut ke pebenda, pun takleh nak makan... Tanaman pun tak menjadi akibat kemarau/banjir/serangan perosak.... So, macam mana kita nak survive?

Jangan dicabar kuasa yang di atas sana...  
Back to the story. Masih menggunakan resepi yang sama, cuma steamer aje yang baru. Beli dah lama tapi duk terperap dalam stor apa kes kan. Malas sebenarnya nak mengangkut keluar. Steamer lama saiz 25 tuh pun dah cukup kalu ikutkan. Tapi sesaje tergelenya nak guna yang baru. Yang besar ni buleh buh tudung periuk yang besar lagi cepat setel fikirku. Bila dah bawak keluar letak atas stove ni baru nampak. Ya Allah, besaqnyaaaa... Ahahahaha...
Memang bestlah pakai steamer besar ni. Memang cepat siap satu batch. Dapatlah 7,8 gulung kot. Tak bilang pulak sebab terlebih eksaited sudah. Tak pernah kan jadi licin permukaan macam ni. Satu hal yang menarik bila guna tudung periuk yang lebih besar ni, gulungan akan jadi makin banyak lapisan. Bila potong nampak cantik la. Sebelum ni duk guna steamer kecik tu, tudung periuk pun kecik la jugak. Bila gulung not nice to see la sebab takleh nak jadi banyak layer sebab diameter dia kecik.
This time, puas hati senyum sampai telinga. Terloncat-loncat kat dapur. Nasib baik tak buat tarian YMCA sorang-sorang kikiki.. Orang benok macam ni la. Punya la susah nak jadi. Bila jadi punya la happy takleh nak habaq.
Alahai..indah nian kejadiannya... Kau kasi chan la Blog Diva nak lompat bintang kat blog sendiri ni... Kahkahkahkahkah.

Petang, siapkan budak ni ingatkan ada latihan bola jaring.. (WTH la budak tadika skang ni sukan pun nak suruh main game orang dewasa. Budak tu treat as budak la. Main isi air dalam botol, tiup belon sampai pecah sudah la) Sampai-sampai sekolah tengok takde orang.. Halaarrrhhhhh.... Dah la panas-panas ni... Takleh ke sukan tu main game biasa-biasa je. Ini nak suruh budak main netball, nak kena training bagai... Kecik-kecik dah dibebankan dengan macam-macam... Seminggu berapa kali kena buat latihan. Sukan 5 Mac ni. Halarhhhhhh...  
Aku kan, kalu cikgu tanya memang aku tak nak bagi dia masuk. Tapi kesian kat cikgu sebab dalam kelas dia, dia antara yang bertubuh besar sikit. Yang lain-lain aku tengok kecik-kecik je tubuh. Jadi, cikgu takde pilihan. Aku memang tak ikhlas bagi budak ni masuk. Lagipun aku bajet nanti last minute sure dia buat hal macam nasyid tahun lepas tu. Frust aku. Nak je bagitau cikgu, aku tak izin anak aku join sukan ni.
Dua tu sibuk nak masuk rumah sekali.
Pasal cucu bulus pulak... Cage diorang ni aku letak ngadap sliding door. So, we can see pretty much of what they are doing everyday and night. Observation deck gitu... Orang yang buat PhD kat umah ni pun, penat-penat menaip tesis dia, ni lah pengubat stress dia. Kejap-kejap selak curtain intai cucu.
Budak ni nama TOPI. Pembeli jiwa aku.
Anak kucing ni progres dia macam anak manusia juga rupanya. Tiap hari ada aje benda baru yang diorang belajar. Subhanallah... Dengan tak langsung kitorang yang observe ni pun pada masa yang sama dapat ilmu pasal kucing. Dulu masa kecik-kecik memang biasa bela kucing tapi tidaklah aku perati penuh curious. Tahu gitu-gitu je lah. Nama pun budak kecik, bukan aku ambik port sangat pun. Tahu nak main dengan anak kucing je la.
Budak ni nama Tatih
Disebabkan cucu-cucu bulu ni dah pandai keluar cage, terloncat-loncat bergurau sesama sendiri, buat sepah kasut selipar orang kat rak, aku rasa dah sampai masa untuk aku introduce dia dengan solid food. Sebab pernah nampak dia makan pasir/ anak batu. Dia ingat tu makanan agaknya. So, aku ambik mak dia punya dedak (catfood lah, aku saje panggil dedak. Bukan dedak ayam tu). Try feed dia catfood versi crushed halus. Topi aje yang eagerly makan. Tatih tak mau. Patut lah makin kurus si Tatih ni. Cerewet makan menurun mak dia si Putih tu.
Tiap hari ada je aku dengan Tuk dia buat eksperimen kat bebudak kaki empat ni. In the name of science and curiosity. The harmful one. So, ujikaji solid food dah pass untuk si Topi. I'm pretty much impressed dengan Topi. Tatih ni tau nak main je. Makan tak nak. Patutlah body tak besar-besar.

Kelmarin try ujikaji potty train pulak. Apa kau ingat anak orang je nak kena ajar kencing berak kat jamban. Tuan dia ajar suruh bawak bebudak ni gi dekat pasir, bagi dia hidu-hidu pasir untuk dia biasa-biasakan diri. Nanti lama-lama dia tau la apa fungsi pasir tu.

Aku letak pasir dekat cage dia. Nak train anak, tapi mak dia pulak yang excited terlebih sudah. Aku baru letak, terus si Putih terkam dan overly excited buat sepah pasir tu. Anak-anak dia tengok je mak diorang meroyan tak habis-habis Hahahaha...

Tapi kan... Subhanallah... Agaknya dah memang fitrah Allah jadikan, kucing jambannya kat pasir. Bebudak 2 ekor ni terus tahu apa nak buat. Aku letak 2 beradik tu atas pasir, otomatik diorang kais-kais pasir... Masya Allah pandainya makhluk Allah yang satu ni... Rasa tak percaya pulak tengok.

2 bulan usia diorang ni aku tak pernah tengok najis lagi. Agaknya selama ni najis sikit-sikit tu mak dia yang bersihkan. That's why aku neves takut-takut diorang terkantoi sebelum sempat aku introduce pasir ni. But alhamdulillah, today seem to be the right time.

Balik dari ambik Zaraa tengahari tu, tengok-tengok dah ada seketul atas pasir tatau sape yang punye ahahahahahaaaaaa.... Bising aku bersorak panggil Tuk dia datang tengok. This is big news ok! Yang pasti bukan mak dia punya la. Sebab saiz cinonet aje... Yay!!!!! Sukses! Sukses! Syukur alhamdulillah... Can't imagine how miserable it can be if they keep dumping their cheques everywhere, anywhere they like. Jangan la weyyy....

So, basically, hari ni banyak hal yang menggembirakan aku. Laksam menjadi. Kucing dah pandai makan solid. Dah pandai minum air. Dah berjaya potty train. Alhamdulillah. I am blessed.

We'll see how it goes from here. Kalu tak berdisipin jugak, aku nak bagitau tuan dia aku tak nak dah bela diorang ni. Will consider sending them to the market. Tapi kan, market sini dah overpopulated dah kucing. Kurus-kurus pulak tu. Kesian pulak. Encik Jack suggest aku iklan kat mudah. Bukan nak jual sangat pun, just nak cari orang yang betul-betul nak jaga and feed them. At least kebajikan terjaga sikit dari buang kat pasar kan.  Takde lah persaingan sengit untuk makan tu. Yang penting, they'll be well taken care of. 

Doakan agar aku tabah hati nak bela diorang ni hingga ke akhir hayat... Hahahaha... Aku ni bukan setia sangat benda-benda camni. 

Pecah rahsia.🙈

No comments: