Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, February 18, 2017

#1402 Me Vs Ordering The Kiddos

Anak-anak aku dah besar. Aku je yang tak besar-besar. Hoh.
Kurusnya mak budak tu.
Seminggu dua ni anak-anak saling berlumba nak tolong dengan house chores. Berlumba nak perhatian or nak pujian tatau lah. Time diorang nak tolong ni kita go with the flow aje lah. Bukan selalu pun diorang ni ringan tangan. Bila datang angin M diorang, suruh lah apa pun, ketap bibir je lah kau sorang-sorang. Gitu.
Kalu kerajinan ni dibawa sampai ke besar, alhamdulillah syukur tak terkira la. Bila tengok diorang rajin-rajin ni part of me rasa tak percaya. Part of me rasa cepatnya masa berlalu. Rasa tak bersedia nak jadi mak budak yang dah besar.
Bila tengok gambar atas ni, dari belakang nampak dia macam remaja dah... Tu tengah cuci bunga pelesu. Orang tengah spring clean, dia sibuk nak tolong. Hah, padang bola UiTM aku tadahkan. Kalu boleh semua keje umah ni nak sub kan kat diorang. Boleh la aku bermalasan hahahaha...
Orang sibuk nak operasi desert storm, dia pun sibuk nak mengemas jugak. Tapi pandai jugak dia mengemas. Aku kasi 5 bintang. Kalu hari-hari rajin macam ni memang spotless clean umah aku. Tolong jangan terpedaya, ni time bulan mengambang aje ni. Selalunya aku yang menyinga suruh kemas mainan and hasil arts dia. 
Dengan Adam ni I have to be extra careful of what I ask. Kekadang tu suruh dia tapi adik yang cepat buat sikit dari dia, hah habislah dia meroyan satu hari duk ulang tak puas hati benda yang sama. Takleh nak undo dah. Kekadang faktor ni la yang bosan jugak nak suruh-suruh. Elok-elok kita nak mintak tolong nak suruh cepat, jadi lain pulak. Adam ni dia baran sket dengan adik dia. Lagi-lagi kalu adik dia mendahului dia in certain field. Lemah betul kalu tercetus provokasi 2 beradik ni.
Letih gilo nulung mommy
Sedih pulak anak dah besar tahu macam-macam ni. Tak lama lagi dia kawin lagi sedih... Wuuuuu... Kejap je masa berlalu. Time baby tak sabar nak dia besar sebab tak larat nak jaga malam dan time tak sihat. Bila besar rasa tak puas jaga dia masa baby pulak. Humans are forever insatiable.

Time takde buat apa tu, ada suruh Zaraa cabut uban... Sebenarnya saje nak suruh dia main kepala aku.. Sometimes, bila orang sentuh-sentuh kepala, aku rasa sangat mudah nak mengantuk. So, tak pikir apa la, saje nak bully dia. Dalam kepala, ala, bukannya aku ada uban, saje nak buy some time nak bagi dia ralit lama sikit.

Tak sampai 10 minit, belas-belas helai dia cabut uban aku. Nak nanges rasa. SATU, sebab sakit gils! DUA, rasa diri dah tua sangat dah, Umur 30an rambut dah uban. I did not expect to be this soon. So soon! Banyak pulak tu. Kenapa aku tak pernah tahu pun kepala aku ni banyak uban. Wuuuu...

Mandom dua tiga hari. Cuba bagitau aku, ada tak orang yang tengok uban banyak atas kepala dia tanpa terdetik sikit pun pasal mati? 

Mula-mula tengok dia cabut selai, aku in denial... Oh ni bukan uban, ni rambut blonde... Kahkahkah.. Selang 2,3 minit lepas selai, selai rambut silver aku dicabutnya... Korok mu rambut blonde.

No comments: