Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, March 3, 2017

#1404 Me Vs Perihal Anak-Anak

Salam Jumaat buat semua yang terbaca, tersinggah kat entry ni. So, how are you guys doing these days? Me, sangat tak produktif. Lepas habis drama-rathon, terkulat-kulat tak tahu buat apa. Padahal keje bertimbun. Bila pandang atas, nampak je kipas melambai-lambai mintak dilap habuknya. Dinding jamban dah mintak ampun suruh sental. But I just pretend that I'm blindfolded... Hahaha... Selagi buleh lari, lari dari tugas.
Minggu ni keje masak-memasak tak smooth. Tuan besar asyik tak tahu dan tak lalu nak makan. Banyak kali jugak makan luar. Ada jugak lunchdate time bebudak tak balik sekolah lagi. Kalu bawak pun diorang bukan reti nak makan-makan macam orang lain. Moment-moment berdating dah nak habis dah. Tahun depan Encik Jack dah masuk keje balik dah. Tinggal la aku sorang-sorang kat rumah. Takde peluang nak dating-dating dah. Sejak ada anak ni, berapa kali je setahun boleh dating. Untung la yang ada family dekat-dekat. 
Kelmarin masa aku pegi ambik dia dari sekolah, BFF dia bagitau aku, malam semalam tu birthday dia. Dia ajak la aku dengan Zaraa pegi umah dia. Aku dengar and senyum je lah.. What would you expect from a 6 years old kid? Bila sampai je umah, Zaraa keep on begging nak pegi birthday party BFF dia tu la. Kesian dia. Aku explain la, kalu mak BFF dia tak personally invite kitorang, kita takleh pegi. What if her BFF tu yang syok sendiri? Mak dia tak tahu apa-apa pun, tetiba kitorang muncul kat rumah dia... Awkwardness overload lah pulak. Takkan nak percaya bulat-bulat apa yang budak tu cakap. Kalu betul dia jemput, sepatutnya jemputan tu datang dari mulut/mesej dari parents dia, the grown ups... Baru aku percaya. Sampai ke malam Zaraa duk plead kitorang mintak nak pegi makan kek harijadi kawan dia. Dia siap buat birthday card (guna kertas A4 je), pastu ambik stuffed sheep yang Boss IBM beli kat NZ dulu, balut dengan kertas konon nak bagi hadiah harijadi kat BFF dia... Kemain obses dengan Lisa. Nangis-nangis dia bila kitorang kata takleh pegi selagi mak kawan dia tak invite.. Apalah yang budak 6 tahun ni paham bila orang kata takleh tu... Frust benar la dia.
Lusa dia ada netball match. Skang ni dah 2,3 minggu berlatih netball kat sekolah. Sedih betul aku dengan sistem pendidikan sekarang ni. Kecik-kecik dah nak dibebankan macam orang dewasa. Umur 6 tahun pun nak suruh lawan netball. Nak kena lawan pulak 4,5 sekolah. Kalu macam stail anak aku ni, habis satu game dia dah boring dah. Kau nak suruh repeat 3,4 game lagi agak-agak budak tu tak meragam ke? Kalu dah budak tu, main isi air dalam botol cukup lah. Apa hal nak suruh main benda macam ni. Masalahnya Malaysia ni negara panas. Game macam ni nak main sampai kul 11 pun dah panas ceng. Tak kesian ke kat budak tu. I don't think the organizer akan sewa khemah whatsoever. Aku cukup menyampah benda-benda macam ni.
Serik dengan Sukaneka tahun lepas. Game sejutanam. Main kat padang yang takde pokok, takde apa.  Tengahari tak habis lagi. Panas macam apa. Budak-budak merengek kepanasan. Not to mention material pakaian sukan diorang, kalu aku pun aku tak sanggup nak pakai. Jenis tak serap air langsung. Panas pulak tu. Kesian kat budak-budak kuasa dua puluh. Kat negara omputeh buleh la nak buat sampai ke petang pun, kat sana bukannya panas. 

Pasal netball ni memang aku terkilan sangat-sangat. Cikgu seakan memaksa anak aku masuk. Honestly, aku memang keberatan nak izinkan anak aku masuk. Tapi sebab cikgu kata desperate sangat budak kelas dia semua kecik-kecik cuma dia dengan 2,3 orang je yang body size besar sikit tu yang terpaksa rela bagi jugak. Kalu tak masuk netball ni, lusa tak payah pegi pun stadium tu. Awal tahun aritu aku duk sedap hati tak nak bagi dia masuk apa-apa acara untuk sukan tahun ni. Tengok-tengok cikgu dah pilih dia senyap-senyap. Baru ingat tahun ni boleh skip hari sukan sekolah dia, tengok-tengok kena pegi jugak. Huh. 

Tu pun dia dah start drama dah. Dia pun tahu, ada banyak pusingan nak kena main. Secretly, aku harap sangat sekolah dia bila undi dapat 1st game, kalah awal-awal lagi. Kalu main kalah mati, dengan harapan buleh la chow awal. Aku dah cakap awal-awal dah kat cikgu, aku tak bertanggungjawab kalu dia nak tarik diri last minute. sebab selalu jadi kan sebelum-belum ni... Tu  pun cikgu selalu duk mintak aku pujuk dia suruh jangan tarik diri sebab takde orang dah nak ganti. Cane aku nak pujuk kalu aku sendiri pun mengharapkan dia tak masuk from the beginning? Mak kaki bangku macam ni la... Forever takkan suka sports. Game dalam henpon pun aku tak main. I am born not a gamer.
Bila rutin masak tak smooth ni kan, perut aku selalu lapar. Dah lama tak buat puding roti. Bila dah lama tak buat ni, gatal la nak mencari resepi baru. Padahal resepi yang selalu aku guna tu dah ok. Yang ni, memang failed. Tak repeat dah kot resepi ni. 
Cerita pasal cucu bulus pulak. Sejak hujung minggu lepas lagi, diorang ni dah pandai masuk main dalam enjin keta. Sebelum ni pandai main kat tayar dengan rim je. Ahad tu kitorang nak gi lunch kat Aeon Big, macam biasa la sebelum gostan keta mesti nak cari budak bulus ni dulu. Sebab diorang ni bukan tau apa. Selalunya kitorang akan kutip dan kurung diorang dalam cage tiap kali nak bawak keluar keta. Maklum la, keta umah ni jarang guna sejak encik Jack sambung belajar. Keta cuma gerak hujung minggu je. Hari biasa urusan hantar ambik Adam sekolah guna motor aje.
Jumpa si Topi je. Tatih tak jumpa-jumpa puas cari dalam rumah takde, kat porch pun takde. Last-last aku suruh encik Jack gostan keta, aku tengok dari luar incase dia ada bawah keta. Encik Jack pun undur la slow-slow. Makin undur, makin kuat bunyi si Tatih. Suara dengar, tapi tak nampak dia kat mana. Encik Jack turun keta, bukak bonet enjin. Tu diaaaaaa.. Terketar-ketar atas valve cover. Tahu pun panas. Saper suruh main kat situ cucu oiiii...
video
Sejak dari hari tu, memang diorang tak duk dah dalam cage. Tido bangun dalam enjin ni la hari-hari. Bengang je mak dia. Ye lah, panggil-panggil menetek tapi budak bertuah 2 beradik ni bukan nak menyahut. Mak dia nak masuk tak muat. Geli hati aku tengok gelagat diorang ni. Macam orang jugak la. Dari seputih gebu bulu tu now dah hitam, kelabu asap dah. Padahal hari tu Encik Jack baru je mandikan dia... Terus pegi lenjan dalam enjin. Tak terjilat dah mak dia hitam sangat bulu anaknya hahahahaha...
Si Putih dah start mating pulak dah. Anak belum cerai susu lagi dah bunting balik. Truthfully, aku rasa agak fedap. Yes, I like cat. Suka bela. Tapi tak suka bela kucing yang asek beranak je. Tu dah start riki-riki tempat nak beranak pulak tu. Pantang terbukak pintu lemari/kabinet dia nak masuk. Nak hantar neuter, pikirkan dosa pulak. Dosa yang ada ni pun bila terampun pun aku tak tahu. 

At times, terfikir nak hantar semua 3-3 beranak ni ke food court yang baru bukak dekat area ni. Nak buang diorang kat market kesian sebab kucing dah overpopulated dah kat saner. Baru ni ada orang share kat fb pasal kucing yang dibuang tuannya duk tunggu kat tempat tuan dia buang dia berhari-hari... Aku baca komen-komen kat bawah tu rata-rata mengecam tindakan tuannya buang kucing tu. Macam-macam la diorang kata. Errkkk... Terasa pulak batang hidung aku ni. Insaf sekejaps.

Yeah easy for people to say. Bila kucing tu pat lima kali setahun beranak je keje, bau busuk kencing berak kat porch, datangnya male cat asyik menanda kawasan serata porch (you know how they 'tanda' their kawasan right? Aku cukup alergi kucing jantan. My utmost hate), dapat kucing yang cerewet pasal makan, kucing yang suka rosakkan tanaman tuan rumah.... Have you ever think about these problems? Kucing tak selamanya act cute depan orang. 

Aku rasa aku dah fedap dengan kucing. I keep telling myself, sabar, sabar... Kucing datang bawak sekali rezeki yang aku tak nampak. Kucing berzikir doakan tuannya aku tak dengar. Kucing kan binatang peliharaan Nabi. Then reda lah sikit rasa fedap tu. But try telling these to myself when I see pasir litter untuk si anak tapi maknya join sekali? Try telling these 2 hari sekali time nak ganti pasir. Try telling these masa si mak kucing dah nak beranak asyik mengiau mintak nak masuk beranak dalam rumah? Ah. I should end this miseries. 

Kalu buang kucing ni, kang Adam dengan Zaraa bising pulak tanya mana kucing diorang. Arghhh bulla, bulla... I like having cat here. Tapi aku prefer dia datang dan pergi sesuka hati. Datang time lapar, time nak tido. Lepas makan, lepas tido pastu keluar... Macam masa awal-awal dia datang dulu. No string attached. 

Encik Jack kata, nanti budak bulu 2 beradik tu besar, pandailah diorang keluar jalan-jalan. Takde la terperap kat rumah je. And, bila dah besar pandailah dia kencing berak kat padang kat luar porch. Entah lah... Everyone seems to enjoy having the cats here. Aku sorang je yang dah mula fedap. 

Banyak kali jugak aku letak anak-anak kucing ni jauh-jauh dari rumah aku. Kat padang, kat belakang dewan orang ramai belakang umah aku ni, belakang dapur aku, tapi they keep coming back. Mak dia selalu pandang aku dengan pandangan yang penuh sayu. Seolah-lah cakap kat aku, Sampai hati Mommy buang anak-anak I.... Kitorang just nak tumpang dari panas dan hujan je... 

Entah. Sejujurnya aku dah rasa malas dah. Ada kucing ni, nak kena selalu basuh porch. Jiran aku yang lalu depan rumah pagi-pagi pun kata busuk. Ahahaha.. Malu seyyy... Pasir nak kena tukar selalu. Tiap kali nak keluar nak kena kutip kurung diorang dulu. Cepatlah besar kucing-kucing pastu pegi cari tuan baru. Cara ini yang terbaik dan tak kejam bagi kedua-dua pihak. Aku kalu buleh tak nak kejam dengan diorang... Kang diorang doa aku masuk neraka tak pasal-pasal tak bau sorga.

So, let's just part our ways humanely. 


No comments: