Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, March 5, 2017

#1405 Me Vs Match Made In Rain

Hari ni sekolah Zaraa buat Tournament Bola Jaring dengan Bola Sepak untuk pelajar 6 tahun. Buat kat Stadium MPSP, Jalan Betek. Dulu masa Adam 5 tahun, tadika dia pun buat Sukaneka kat situ. (Klik ----->>> Adam's Sports Day) Dulu Zaraa hadir sebagai penonton, kali ni dia yang akan beraksi pulak.

Kemain kali ni naik syeh semangat umi-umi sungguh aku. Semalam lagi siap masak mi goreng untuk bekal pagi ni. Ye lah, dah cikgu pesan berkali-kali suruh munculkan diri sebelum pukul 8, tak reti-reti ke. Tahu yang akan ada sesi jualan makanan kat luar stadium. Tapi let's just say makanan yang dijual tak meet my taste buds. 

Banyak pulak tu idea aku nak bawak bekal pagi ni. Pagi-pagi lagi dah paksa diri bangun nak goreng nuggets. Dah tu takkan nak goreng semalam lagi. Gigih aku bukak mata luas-luas. Dah lama tak tido nyenyak sampai ke pagi. Most of the times memang dekat nak Subuh baru nak lena, mana la tak hampir terbabas nak siapkan anak ke sekolah. Tiap malam aku sakit tubuh. Tiap malam terjaga berkali-kali takleh nak tido. Malaikat kejut suruh tahajud lah tu. Tapi hati masih keras rock and roll. Tahu rugi. Tapi no effort at all.
Bekal hari ni mi goreng perangat dalam microwave, nuggets, biskut coklat cip yang aku buat 2,3 hari lepas, and some roti pek kecik-kecik tu. Air 3 botol. Tahun lepas bawak 2 botol tak cukup since the weather was scorching hot. Tahun ni dah tengok forecast, hujan katanya. Tapi bawak je lah lebih air. No harm.  Kat rumah tadi sebelum bertolak, Zaraa dah makan mi goreng kat rumah. Semalam dia dengan encik Jack dah siap bedal mi goreng aku dekat separuh dah. Tetiba minat nak makan mi goreng balik. Lama dah dia tak buat hal dengan mi goreng.
Sampai je kat Stadium terus hantar dia ke khemah Pasti cawangan dia. Bukak bekal bagi dia makan dulu. Kesian sungguh tengok budak-budak ni. Kecik-kecik dah kena paksa main netball...
Steady anak mak hari ni. Tadi kat rumah sempat drama air mata kejaps. Duk terkilan semalam tak sempat nak 'latih' dia kata. Huh. Memang semalam kitorang buat tak tahu je. Malas nak emphasize kan sangat pasal hari ni takut dia cold feet. Sampai kat khemah ni nasib baik dia tak nanges. Semangat dia bila jumpa kawan-kawan. Cikgu-cikgu pun pakat puji dia bagus tak nanges hari ni.
Teragak-agak aku nak tinggal dia kat khemah tu. Kalu tahun lepas, dia nanges bila aku takde. Tahun ni nampak ok pulak. Aku bagitau dia aku nak gi naik kat stadium, aku tengok dia dari atas.. Dia senyum-senyum je... Pastu sembang dengan kawan-kawan dia... Awwww... Besar dah anak aku... Aku pun tinggalkan dia dengan yang lain dan naik ke tempat duduk penonton di astaka. Dia nampak aku, siap lambai-lambai seronok. Lantak kau lah anak. Jangan sedih-sedih sudah. 
video
Can you see her? Team yang pegang belon storberi hijau merah. She's the 2nd last, wearing the black shoes. Kasut Adam masa darjah berapa entah. Dia dah muat. Jimat bajet. Kalu tak, nak kena beli. Punya la skema jalan dalam barisan. Orang jerit nama dia pun, dia kalih sesaat je pastu terus pandang ke depan semula takut rosak barisan kot hahahaha...

Hari ni setelah berbelas-belas atau puluh-puluh tahun, aku kembali menyanyikan lagu Negaraku. Kali terakhir aku nyanyi mungkin masa masih bergelar pelajar... Oh my, tersentuh di hati. Lama benar tak nyanyi lagu kebangsaan. When was your last time?
Bila start majlis, start la bosannya bila kena dengar ucapan dari pengerusi majlis. Zaman sekarang ni, aku rasa kena skip part ucapan-ucapan ni... Takde sape nak dengar. Masing-masing jiwa dan raga menghadap handphone. Buang masa. Dah la langit mendung giler-giler. Anytime hujan nak turun. Duk buang masa dengan benda camni. Huh, nak kumpulkan bebudak tu ambik masa pulak, Aku dah bawak buku sakti aku ni.. Maklum la... Henpon mak ni sesungut makin hari makin pendek, kena caras dengan geng-geng S7 edge nih... Walau beza 3 generasi Samsung aje, tapi lumpuh terus kalu duk sebelah orang henpon canggih ni. Terus takleh connect. Line tak dapat tangkap langsung. Buat sakit hati je klik apa-apa, asek pusing-pusing router dia. Bateri makin menyusut tapi ape pun tak dapat. Kita duk diam-diam main bebenda oldskool camni je lah... Buku ni aku bawak gi Europe aritu, ada lagi tak habis buat.

Start je game, we were agitated nak tengok Zaraa main. Jom turun ke padang untuk tangkap video! First game langit sangat cerah, in fact sangat panas. Berpeluh jugak duk tepi padang merekod video. 
video

Dia ada 4 game hari ni. Keje aku naik turun astaka lah. Masa in between gi ke khemah offer makanan dan air kat dia. Ada gak time malas, aku duk kat seat penonton aje. Tengok dari jauh. Tapi bila cuaca tetiba bertukar rupa, tak sampai hati pulak nak biar dia main dalam hujan, sedangkan aku duduk sedap berlindungkan bumbung. Turunlah jugak dengan payung duk tepi padang.. Kesian wey bebudak kena main dalam hujan. A very disturbing eyesight. Basah kuyup anak-anak kat padang. Time macam ni aku rasa tak fair lah pada yang tak join game hari ni sedap-sedap kat rumah tak payah datang.
Alaaaa... It breaks my heart into pieces tengok anak kena duk tengah hujan. Terpinga-pinga tak paham apa yang terjadi. Macam seronok tapi tak selesa. Nasib baik bawak baju spare. Balik karang boleh tukar. Kesian dia kot kesejukan dalam ekon keta..
Game ni kalu ikut dalam surat, dijadualkan habis pukul 1. Tapi drag sampai pukul 2 bola sepak baru suku akhir pertama. Entah berapa kali suku lagi nak habis... Kesian budak-budak dah lari mood. Budak bosan, parents pun bosan. Bola jaring ada 16 cawangan Pasti ambik bahagian. Bola sepak 19. Padang ada 2 untuk netball, 2 untuk football. Adoiii... Lenkali takyah gabung semua cawangan lah. Drag mood orang je. Nak suruh budak stay kat padang dari pukul 8 pagi sampai pukul berapa baru nak habis tu? Bosan gilerrr...

Dari mood elok-elok dah kedaung jadinya. Habis bekal aku bawak, lapar wey dah pukul 2... Habis game netball, malas aku nak tunggu bagi hadiah entah kul berapa pulak tu. Makanan ada diorang sediakan tapi tak sure untuk budak je ke atau parents pun boleh makan sekali. Takde mood. Jomlah balik cari nasik. Masa keluar tu Zaraa bebel-bebel sebab balik awal tak sempat tunggu piala. Huh, malas baso aku. Orang tak minat sports ni memang silap la kalu nak suruh tunggu lama-lama. 
Berakhirlah sudah.... Tak padan dengan paksa orang suruh beli bola Zaraa ni... Dah. Lepas ni takyah masuk apa-apa. Aku malas nak pegi. Bebenda ni semua aku tak minat. Baik duk umah layan movie lagi bagus.

No comments: