Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, March 8, 2017

#1406 Me Vs Good Food

Hari ni aku nak share resepi siakap stim lemon yang aku buat few days ago. Resepi asal Nik Nadimah punya tapi aku rojakkan dengan resepi sifu-sifu yang lain lalu terhasillah satu resepi yang kebabom pada tekak aku. Puas hati sangat-sangat. Jimat tiga-patpuloh hinggit. Modal, cuma RM8 lebih je. 
Kenapa siakap stim lemon bukan siakap stim limau? Sebab aku lebih suka beli lemon these days. Sebab kalu beli limau nipis kekadang terkena yang takde air. Buah je besar tapi kering kat dalam. Limau kesturi pulak malas nak kutip sebijik-sebijik kecik sangat. Payah nak jumpa kesturi yang saiz gemok. Paling best, beli lemon je lah. Datang angin mat saleh nak minum lemon honey tea boleh la buat. Bagus untuk kulit dan selsema.
Aku malas nak angkut keluar periuk kukusan kat kabinet atas. Lagipun yang kat dapur ni saiz 25 tuh kecik. Nak bubuh ikan dalam apa. Kalu steamer saiz 32 tuh aku simpan dalam stor, lagi la malas nak ambik keluar semata-mata nak kukus ikan 15 minit je ni. Kita buat magic pakai penapis santan je lah. Sape kutuk periuk aku hitam meh aku sekeh kepala.
Nah sape nak try siakap stim lemon cara aku, buleh try guna resepi ni

Bahan-bahan
Siakap-aku guna sekerat je sebab sekerat lagi nak masak lain pulak
3 ulas bawang putih -ketuk
stgh bijik bawang Holland-mayang
1 inci halia-mayang/batang mancis
5 bijik cili padi-ketuk
2 batang serai-dititik
1-2 bijik lemon-ambik jus, sagat kulit sikit
1 labu bawang putih jeruk (saiz kecik)-ketuk/cincang suka ati kau lah
2 sudu besar sos ikan/nampla/kicap sotong
1 biji cili merah-potong serong
sayur mayur yang nak buh (carrot, brokoli etc)
Gula
Garam aku tak guna sebab dah guna sos ikan secukupnya.
Air sikit, kalu suka berkuah.

Cara-cara:
1) Cuci ikan dengan air hampas lemon yang telah diperah. Lumur-lumur kat ikan untuk hilangkan hanyir.
2) Satukan semua dalam bekas yang muat untuk masuk dalam pengukus, sesuaikan rasa biar manis, masam, masin tu sekata... Sumbat sikit bahan-bahan tu dalam bahagian perut ikan.. Susun sikit kat bawah ikan biar menyerap sekata ke seluruh bahagian ikan...
3)Kukus 15-20 minit atau sampai isi ikan nampak putih, masak ler tu.

Boleh je kalau kau malas guna steamer, buh je dalam kuali stail rebus bodo tu... Tapi aku tak suka stail ni sebab nanti nak kena cedok pulak ikan dan lain-lain tu masuk dalam pinggan masa nak makan. Silap cedok, ikan boleh hancur... Cara aku ni, aku kukus siap-siap guna pinggan stainless steel yang boleh hidang terus atas meja. Kalau laki kau tak kisah la. Kalau dapat laki macam anak tan sri, kena la hias macam nak masuk majalah.

Setel bab ikan kukus.

Minggu lepas mulut dan tekak duk teringin nak makan kuih bingka. Or kuih bakar. Or kuih Vietnam. Or, orang kelantan panggil bengkang. Banyak nau IC dia. Kuih ni mengingatkan aku kenangan masa zaman persekolahan. Pagi-pagi lepas mak aku balik dari solat Subuh jemaah kat masjid, selalu gak mak aku singgah beli kuih kat kedai kopi. Bengkang ni antara kuih yang aku suka. 

Entah kenapa tiba-tiba sweet tooth craving bulan ni dasar pandang ke timur. Nak kuih tradisional pulak. Faktor usia apakah. Tak pernah-pernah terfikir nak buat kuih Melayu oi. Minggu lepas lagi duk riki-riki resepi yang boleh try. Aku ni, selalunya aku akan google by Azie dengan Mat Gebu dulu. Kalu makanan Kelantan, I'll go for Azie Kitchen. Sebab dah dia pun orang Kelantan kan, mesti la aku percaya resepi dia... Memang kena selera aku lah. Someone give me Mat Gebu punya resepi bingka pandan. Aku guna je lah sebab selalunya dia guna resepi ni katanya.. Nah refer kat resepi bingka pandan Mat Gebu teruslah... Aku malas nak taip. Cara-caranya panjang benar nak taip hahaha...
Kalu aku tahu resepi dia ni extra large punya portion nescaya aku dah separuhkan resepi. Aku takde acuan bunga pecah lapan. Pakai periuk aje lah... Next time kena cari loyang yang besar lah baru senang nak tuang bancuhan kuih-kuih macam ni. Yang aku ada acuan kek yang dalam aje. Tak sesuai ok.

Kalu ikut resepi Che Mat tu, dia suruh bakar 40-50 minit. Tapi aku bakar dekat 2 jam tak keras-keras jugak. Aku duk salahkan sebab guna periuk yang dalam. Eh, kuih bingka ni orang buat tinggi ke rendah? I mean buh dalam acuan tohor ke dalam? Ingatkan lambat masak sebab aku buat tebal sangat. Lepas dekat 2 jam duk cucuk tak keras-keras aku givap, off terus oven. Lantak la makan dengan sudu je pun. Malas dah nak tunggu.

Disebabkan resepi ni sangatlah banyak hasilannya, aku isi dalam 2 periuk pun masih ada belen. Aku tengok belen tu kecik besar kecik besar. Pastu nampak tong sampah kecik besar kecik besar. 

Mek Zaraa dari tak masak lagi duk sibuk intai oven tak sabar nak makan. Bila aku off aje oven tu, tak tunggu sejuk terus cedok dengan sudu kat dia... Periuk A lembik. Periuk B firm sikit. Padahal bakar sekali side by side. Ikut mu lah kuih. Fedap dah rasa. Rupa memang keji la sikit. Tapi taste wise, sedap. Sekali telan rasa macam kuih cara. Dua kali telan rasa macam akok pandan. Mek ni kalu makanan rasa lemak manis ni dia suka sangat la. Bertambah-tambah dia makan. Siap kata esok nak bawak bekal kuih ni pegi sekolah. Errkk... Ini kuih failed anak oiii... Jatuh saham mak mu ni.
Bingka periuk B. Buleh la tunjuk kat korang.
Dalam duk fras-fras tu, baru orang yang rekemen aku resepi ni bagitau yang resepi ni lembik sikit. Selalunya dia kurangkan 100ml fluid baru pejal sikit. Tapi kalu orang yang suka lembik-lembik, ok dah resepi ni. Laaarrrhhh awat tak habaq tahun depannnn. Orang dah siap buat dah pun baru nak bagitau. Cheh. Buang karan 2 jam.

Bila dah masuk fridge ni, sedap pulak oi dia makin pejal. Masa baru masak tu wobbly jugak. Takpe, takpe... Ini semua pengalaman yang mematangkan.
Hal kucing pulak. Tatih dah makin hari makin macam mak dia. Dari segi physical appearance dengan perangai. Mata tu makin lama makin jelas perubahan warna. Dulu masa lahir dua-dua belah kaler grey... Now dah makin berubah macam mata mak dia.

Tak lama lagi nak cuti sekolah kan. Aku dah pening kepala ni nak tinggalkan diorang ni. Kelmarin dah sembang dengan owner dia.. Owner dia suggest let go aje si Putih. Sebab Putih kan bunting lagi. Biar tinggal 2 beradik ni je. Owner dia kata tinggal je la takde orang pun takpe tak matinya budak-budak ni. Nanti pandai-pandai la dia cari makan tu. 

Aku pun berat hati jugak nak tinggalkan 2 beradik ni kat owner dia. Bab makan tak jadi masalah aku boleh je tinggalkan cat food ni kat tukang jaga. Masalahnya, the kitten comes with commitment nak basuh kencing berak dia. Owner dia dah tua, takkan laratnya nak tukar pasir, cedok pasir untuk diorang ni. Kena basuh porch lagi.. Kesian orang tua tu nak jaga bebudak ni. Kucing kat umah dia lagi.

Nak tinggal seminggu kat umah ni, agak-agak balik nanti cemana la bau porch aku ni. Skang ni 2 hari sekali tukar pasir pun berbau dah. Ni nak tinggal seminggu pengsan la. Balik nanti kena standby turun keta pakai hazmat suit.

Banyak hari dah aku duk bawak bebudak 2 ekor ni pegi jauh-jauh dari rumah pastu tinggal diorang. Dengan harapan diorang biasakan diri berjamban kat padang rumput lah. Kalu hilang terus pun mak berkenan jugak. Setel satu masalah. Kot-kot ada orang berkenan nak ambik diorang bawak balik and bela, lagi aku suka. Tidaklah kejam untuk pihak aku dan dia. Yang penting, they're in good hands.

Kelmarin pagi dengan petang 2 sesi aku tinggalkan diorang kat playground. Sesi pagi lepas 2 jam reti dia balik rumah semula. Sesi petang, lepaskan diorang kat sana pukul 6.30... Sampai 10.30 tak balik-balik. Si Putih resah gelisah duk cari anak dia. Cuak jugak aku. Memang la nak eliminate dia, tapi biarlah dengan cara yang bermaruah. Sampai saat nak naik tido atas pun budak 2 tuh tak balik-balik. Susah hati pulak aku, takut jatuh longkang ke, gigit dek anjing besar ke, patuk kat ular ke... See, aku takde la kejam sangat. Dalam hati, dah plan baik dah kalu bukak pintu esoknya budak ni takde jugak, aku nak keluar pegi tengok-tengok la. Kot betul jatuh longkang, kena la tolong takkan nak biar mati dalam tu.

Subuh tadi turun kat bawah bukak pintu, terjongol 3-3 kepala kat pintu. Balik pun. Semua lapar. Tabur dedak dia semua bersungguh makan. Lega tengok diorang balik dengan selamat. Kena plan something else. Apa pun memang kena ajar jugak diorang keluar. Untuk kencing berak dan jugak untuk food hunting. Kat porch ada cicak je. Kalu hadap lah. Tapi cicak pun gemok-gemok.

Kalu nak buang 2 beradik bulu ni, perkara yang aku risau, takut dia masuk dalam enjin keta sape-sape. Mana tahu sejurus lepas aku letak dia, dia terus panjat naik dalam enjin keta orang... Mana lah orang nak tahu ada anak kucing dalam enjin. Takkan jadi habit orang setiap kali tekan suis, bukak hood enjin dulu? Hah, garinglah anak kucing setahun dalam enjin keta orang entah sampai ke mana-mana tuan keta tak sedar-sedar sampai ke sudah.

Cemana ek.. Takkan aku nak bawak dengan cage-cage sekali pegi bercuti. Bab kencing berak tu yang tak tahan. Diorang behave, selagi ada pasir diorang berak kat situ la. Cumanya, mana nak dapat supply pasir nih. Takkan nak kena bawak penyodok taik diorang sekali..

Aku tanya jiran aku tadi. Dia biasa letak anjing dia kat tempat boarding kalu terpaksa ke mana-mana outstation. Kira macam pet hotel la. Depa bagi makan, grooming, mandi, etc. RM20-30 sehari, seekor.. Dah ni 2 ekor, kalu seminggu? Mengalahkan duit minyak tuan nak pegi bercuti. Hoh. Takleh jadi ni.

Oh my... I never thought that adopting a cat would be this hard... Susah masa nak tinggal..

No comments: