Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, April 22, 2017

#1409 Me Vs The Youngest Ramli Was Here

Minggu lepas BIL yang bongsu datang sini satu family kecik dia... Dulu dia pernah datang masa bujang... Lepas kawin dapat baby ni first time diorang datang umah aku. Encik Jack request laksam untuk adinda tercinta. Ececeh lepas buat jadi baru ni, terus iktiraf air tangan aku ni. Kehkeh...
Laksam aku ni double adunannya sebab bila buat ikut resipi macam tak cukup dapat 5,6 gulung je... Kang sampai kancing gigi kempunan tak kecukupan laksam sedap aku ni kang... So, dengan penuh kompiden dan baik hati aku tambah lagi satu batch adunan... Laksam aku kali ni kelakar sikit, ada gemok ada kurus, ada tebal ada nipis... Macam laksam yongtaufu pun ado.. Hahaha yang nipis tu yang penghabisan ler tu. Maklum la tudung periuk besar, bancuhan tinggal sikit je. Belasah je la... Nanti yang lembut nipis tu boleh suap kat baby Aqleema.. 

Haih, tak senang hati nak masak sebab takut tak jadi... Mokcik tak biasa masak in big portion... Selalu masak untuk 2,3 orang makan je... Yang tak kuat makan. Kali ni memang dah tahu tetamu memang suka laksam... Tu aku lebihkan tu. Tak habis takpe boleh sedekah kat jiran.

Melihatkan BIL makan berjeluk... Puas hati la tukang masak bersingsing lengan dalam wap stim laksam haha... Bersungguh BIL aku makan... Punya la aku neves mula-mula tu... Alhamdulillah, suka aku tengok masakan aku habis dibedal.. Sukses la maknanya...

Bawak diorang pegi Bukit Bendera.. Sebab biras aku ni nak pegi Lovelock kat atas tu... Hihi... Masuk kali ni dah berapa kali ek aku naik Bukit Bendera.. Next time, next guest, aku tak nak dah pegi Bukit Bendera.. Kalu nak pegi, guna je lah waze.. Hahahaha... Seriusly, banyak kali dah weyyy...

Bukit Bendera ni part paling leceh adalah nak beratur tunggu keta cable tu lah... Tak kira masa, pengunjung sentiasa ramai... Berlingkar-lingkar, berjam-jam, berpeluh-peluh... Kesian aku kat visitor with babies and toddlers. Letihnya part queue ni lah... Tapi kalu next guest nak mintak bawak ke Bukit Bendera, kena guna fast lane lah... Tak payah beratur panjang, kejap je dah sampai ke puncak. Harga 3 kali lipat lah. Tapi berbaloi-baloi trust me.
Disebabkan dah banyak kali sangat naik bukit ni, tak thrill langsung la. Orang lain sibuk selpi sana sini. Aku, naik atas ni sibuk ambik gambar bunga je... Kat hemisfera utara skang ni musin spring. Aku tengok bunga-bunga kat puncak ni berbunga meriah la jugak... Eksaited aku ambik gambar bunga tiap kali naik kat tempat-tempat highland ni. Bunganya lebih besar, lebih tebal, lebih deep warnanya.. Tak caya try perati.
Pegi Bukit Bendera banyak kali, tapi tak pernah naik ke masjid dia. Kali ni sebab memang nak smayang Zohor, kena la memanjat lagi atas ni. Hoho tak tau pulak luas lagi kat atas ni... Kahkahkah.. Selalunya aku gi paling jauh kat food court dia tu je.. And last time aku datang dengan sape entah, kat sini tengah renovation... Minggu lepas aku gi dah siap pun segala renovations dia... Ala-ala Namsan Park weyy... Dengan Love Lock segala... Tapi mangga mahal nak meninggal... RM32 sebijik... Ada banyak saiz dan bentuk... Harga pun lain-lain la.
One thing aku tak suka pasal Bukit Bendera ni kan... Nak masuk apa-apa kat atas tu nak kena bayar asing pulak dah. Huh. Aku naik sampai ke puncak Jungfrau tu pun ada berbelas stesen tarikan kat atas nun, semua pree ok... Alahai Malaysiaku.. Sikit-sikit nak caj orang. Dah la masuk pun dah bayar mahal dah.  Apo la...
Kat tanah tinggi ni kan, bunga taik ayam pun nampak cantik sangat. Bunga lagi berwarna terang, daun lagi tebal dan hijau berkilat... Sebijik ciri bunga kat negara 4 musim. Mak suka! Bila la buleh rezeki terpijak nak buat spring trip pulak ni... 
Setel bergambaran serata bukit, balik rumah.. Kesian tetamu aku... Kalu datang umah kitorang, memang selalunya kitorang tak reti nak bawak jenjalan... Sejujurnya, memang kitorang jenis duk rumah je hahahaha... Bagi laki aku, aku ni jenis yang tak fit dan tak multitasking. Tengok bini orang lain jenis semangat nak bawak anak jalan-jalan, apa pun sanggup. Aku pulak jenis mudah penat. Tu yang dia malas nak keluar tu. Apo nak buat, bini mu ini sejenis sotong kurita. Meh kita duk dendiam kat umah je lah. Wkwkwkwkwk.. Yang jadi mangsa anak-anak la.. Kesian kan ada mak macam ni, tak dapat la aktif berliburan macam orang lain. Eh okay apa jimat duit. Sorry ye tetamu... I memang tak challenging. Laki aku kata aku ni jenis tak suka bersusah payah, berpeluh etc. Ya betolllll... Mihmihmih.. 
Malamnya BIL request nak makan char kuay teow. Datang Penang tak sah kalau tak pekena char koay teow kan. Sebelum ni kitorang bawak para tetamu makan CKT belakang umah aku ni je, femes jugak. Tapi sekarang ni makin tak sedap pulak CKT tu. Kali ni bawak gi makan kat Char Koay Teow Sungai Dua. Lagi best. Tapi udang dia 2 ekor je... Ke memang skang ni standard CKT buh 2 ekor je udang tak tahu la. Dulu makan dapat la 6-7 ekor sepinggan. 
Makan kat Sungai Dua ni tak cukup sepinggan. Sebab banyak togey je.. So far, ni lah CKT tersedap pernah aku makan. Mirip-mirip CKT Sunny kat Sungai Dua depan USM dulu... Sungai Dua yang pegi malam tu kat Taman Desa Murni tu... Bukan Sungai Dua kat Pulau ok... Nape la orang namakan 2 nama tempat dengan nama yang sama ek? So confusing meh.
Pasu-pasu kat rumah aku ni dah makin banyak yang kosong. Ros jepun makin banyak yang mati. Semai biji apa pun takde yang tumbuh. Buat aku tertanya-tanya sendiri, sebenarnya dia tumbuh tapi aku tak sempat nampak dah dibedal dek siput atau memang dia tak naik-naik? Hmmm... Down sungguh rasa. Makin banyak siput ni specially lepas musim hujan. Berduyun-duyun datang kenduri memalam buta. 
Mokcik masuk antu sehari dua ni duk kutip menatang ni. Geram. Ada yang aku ketuk dengan sudu (yang aku guna khas untuk gardening la), ada yang aku pijak... ada yang aku baling atas jalan.. Mostly aku kutip buh dalam bekas pastu tabur racun siput. Yang berjaya dikutip banyak ni je. Yang datang senyap-senyap, balik senyap-senyap pun sejutanam lagi. Belum campur dengan telur berbillion dalam tanah. Pendek kata, perang dengan siput ni memang takkan setel sampai bila-bila pun. Huh... Jeles tengok orang lain bercucuk tanam dapat hasil gebu gebas.. Aku? Tanam selom pun habis depa kenduri tinggal batang aje.
Baru ni tanam mint elok dah naik. Tengok pagi elok lagi. Tengahari intai dah lesap tinggal batang aje. Grrrr... Ambik masa pulak la nak dapatkan balik semangat yang hilang tu. Meantime, kena perang dengan siput krook krok tu dulu. (siput mati, datang belalang pulak...belalang mati, datang ulat pulak) Banyak betul dugaan nak berkebun ni. Macam mana la ladang kat Keukenhof tu diorang boleh kawal perosak dalam kawasan luas macam tu. Aku yang tanam peringkat pasu je pun dah give up. 
Boring betul la takde kucing ni. Tiap hari perang dengan perasaan pasal kucing. Kejap rasa gatal tangan je nak tengok sale kucing kat group kucing.. Kejap rasa ah malas lah nak handle hal kucing ni. Time main tu memang la seronok. Datang time on heat dia cemano. Satu keje pulak nak kena advertise mating service.. Tak bagi kang, kita sebagai owner pulak yang berdosa. Tak bau syurga la kau kalau tak bagi kucing kau mengawan.
Baru ni masa naik Bukit Bendera, budak Zaraa ni sibuk nak beli bubbles. Tapi paham-paham la harga menan kat puncak bukit tu memang cekik darah sungguh-sungguh la. RM12 is too much for me.. So, pujuk dia kata nak beli kat JMS (nama pasaraya dekat umah aku)je lah... The same thing, harga murah 3 kali ganda. Kesian dia, lepas berapa hari baru aku beli. Tu pun tak tahan telinga asyik duk dengar dia kata aku penipu. Sebab tipu dia, kata nak beli bubbles tapi tak beli-beli pun. Baiklah, mak beli. Nah. Main puas-puas. 
Bila tengok anak-anak main ni dengan penuh girang... I felt so sorry for them. Kawan-kawan, sepupu-sepupu diorang ada je gajet kat tangan. Tapi not for them. Entah la, aku tak tahu sampai bila aku boleh kekalkan rules ni. Selagi boleh prolong, kitorang akan prolong. Kesian tu kesian. Tapi tak boleh lah... Terlalu banyak keburukan untuk anak-anak aku. Especially Adam. I want him to master his fingers. And I want to protect his eyes. Speaking about his eyes, minggu ni spek dia patah, kawan buat katanya. Pegi la buat baru, power mata naik lagi. Now 400+ both eyes. Hayyoh... Dah tu cemana? Baru umur 10 tahun. Nak masuk U lama lagi. 
Tak bagi anak main gajet, tetap ada 'harga'nya yang perlu dibayar. Kena rajin la bawak anak pegi playground atau teman anak main basikal etc kat luar. Kena banyak mendengar, walau kau dah tepu dengan suara anak. Tak boleh terlalu asyik dengan gajet, sedangkan anak-anak kebosanan dan mengharapkan perhatian dari kita. Kalu keluar memang jarang aku online. Sebab aku rasa tak fair untuk anak-anak aku. Kita sedap je ngadap fb, skrol-skrol-skrol tapi anak-anak kebosanan. Bila diorang buat hal, kita jugak yang naik angin.
Dah kenapa entry aku makin hari makin rojak gini.

No comments: