Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, May 3, 2017

#1410 Me Vs 10th Year Being A Badass Mother

Okay apa-apa hal kita brekpes dulu y'all... Pagi ni lepas hantar anak-anak ke sekolah, ni je sarapan pagi aku. Roti bakar (pan toast), melted cheese gu dengan teh Lipton Ekstra Kaw. Tak lalu macam mana pun, takde benda nak makan macam mana pun, dah boring makan roti macam mana sekalipun, perut perlu diisi bila cukup time. Pejam mata telan aje lah janji perut kenyang. I've learnt so much during my sick days..

Hari ni birthday Adam. Dah sploh tahun dah anak aku ni. 10 tahun dulu, baby ni lah yang doktor panggil face to face dengan muka bersalah dan suram, kata baby aku ni chances untuk hidup 50-50. Masya Allah, siapa sangka umurnya panjang sampai ke hari ni alhamdulillah...

Tak plan pun nak buat kek. Tahu sangat dah anak aku ni kalu kek yang aku buat bukan dia nak jamah let alone makan. Dalam pikiran asyik duk teringin nak buat kek lemon... Tapi kek jenis rasa buah-buah ni biasanya dia tak minat. Kalu kek coklat tu ada kemungkinan jugak. Kalu kek choc indulgence kat Secret Recipe dia melantak tak hengat. Makanya kita buat kek coklat je lah. Demi dia. Kan birthday dia. Kek lemon aku tu later-later lah.. Kena dahulukan yang dia makan lah.
Kat atas ni antara bahan-bahan yang aku guna. Ini moist choc cake, tak pakai butter. Kali ni beradong aku buh minyak jagung. Selalunya pakai minyak masak je. Saje gatal tangan beli minyak jagung untuk buat apa dah tak ingat aku hari tu... Ni belen la... Nak buat eksperimen lah, orang duk kata kalu kek buh minyak jagung instead of minyak masak, nanti kek jadi gebu. Gebu ke tidak? Meh la kita sesama tengok hasilnya nanti. Kalu tak gebu, aku back to basic guna minyak masak ler munah pasni. Jimat sket kan.

Okay, disebabkan resepi sape ntah yang aku duk guna dari dulu ni jenis dump everything in one go (which I prefer very much), makanya senang dan cepatlah keje aku buat kek ni. Campak-campak-campak, kacau pakai whisk aje... Dah gaul semua baru buh air panas. Dah. Humban dalam oven. Next!

Sementara kek cekelat aku menghitamkan diri dalam oven, moh la prepare apa nak masak...
Petang kelmarin pegi pasar malam. Dah lama tak shopping lauk kat pasar malam. Geram nak beli semua yang basah-basah sebab semua nampak fressss.. Udang RM40 sekilo ni aku nak buat-buat tak nampak dah. Tapi mengenangkan Adam duk kenen aku suruh beli, beli la sikit untuk dia. RM10 semangkuk cinonet ni. Hmmm... Dia dah order Kafa hari ni nak makan nasi dengan udang popcorn. (udang celup tepung lerr) Okay, sedia berkhidmat untuk anakku.
Dengan kulit nampak dah sikit... Lepas buang kulit, alaaaahaii, makin cinonet... Apa nak buat nasib rakyat-rakyat marhaien skang ni... Bertabah lah ye. Sape suruh pangkah yang itu
Kerisi pun jarang-jarang beli sebab kat pasar pagi yang aku selalu pegi tu payah nak jumpa yang segar macam baru mati ni. Jumpa kat pasar malam yang segar macam ni haruslah aku tak lepaskan walaupun Encik Jack bukan minat sangat pun ikan ni. Dia tak nak makan takpe, aku makan. Aku suka ikan kerisi fress.. Goreng bodo je pun dah sedap! 
Tapi tak goreng bodo lah sebab ikan ni biasanya MIL aku perap dengan cili kering camni. Buat je lah. Mana tahu dia suka sebab ada sipi-sipi air tangan mak dia. Tengok ikan je k... Jangan duk mengata bekas aku yang kelihatan keji itu hahahahaaa... Aku memang spesifik bekas ni untuk perap garam kunyit... Tak suka banyak bekas berwarna oren (kunyit stain)... Nak sental, nak rendam air sabun aku malas nak tunggu, cuci biasa bilas biasa je lah.. Memang opkos la tak tanggal kesan kunyit tu. Bila datang angin kus-kus baru aku cuci betul-betul. Ada Encik Jack kesah aku sental ke idok.
Sotong pun macam baru lepas mati jugak. Hoi kalu pasar pagi yang aku selalu pegi tu hari-hari bahan masak fress macam ni, bahagia aku. Lagi bahagia kalu berumah tepi market boleh jalan kaki je. Tak cukup apa-apa nak masak, sauk tudung ekspres, pakai stokin zasss ke market beli-beli-beli balik masak. Indahnyaaaaaaaa.... Tu lah sape suruh tak reti drive
Sotong ni Encik Jack suruh buat rebus ketuk serai tu. Baiklah sayam! Senyum sampai ke telinga kalu ada order mudah-mudah macam ni. Serai aku tanam kat belakang. Tapi alahai sama kurus macam tukang tanam. Nak marah pun tak boleh lantak situ lah. Dah banyak kali dah alih pasu, alih tempat pun duk setara tu jugak. Asal dia hidup dan aku boleh hambik sesuka hati aku anytime aku nak masak udah. Nak ambik serai pulak, aku kena pakai golve rempit aku. Kulit nipis macam kulit bawang ni (iman taktau la nipis cemana pulak), cepat je nak terkelar time bergesel dengan daun serai tu... Not nice ok. Makanya pakai la glove rempit kau jangan cakap banyak. Janji kesihatan kulit tangan kekal terpelihara.
Cuci udang, ikan, sotong, ambik serai tetiba terbau kek... Pada pirasat aku yang tak banyak pengalaman mana ni, kalu dah bau kek/biskut tu maknanya dah masak la tu. Tengok time ada belen 10 minit lagi... Ambik lidi sate, cucuk tengok clear... Yay!! Betul kan dah masak! (bosan pulak tiap kali buat kek sure guna loaf pan ni... lepas ni nak cari baking pan bulat atau bentuk naga lah pulak. Baru rare) Gambar ni kek dah kecut.. Masa tengah panas-panas tadi cantik 'bentuk pelangi' nyer (bentuk pelangi tu = bentuk arch bak kata Mowgli aku ni) Maklum la busy mencuci bahan masak sampai lupa nak snap time kek panas-panas...
Masya Allah cantik sangat kejadiannya semua dengan izin Allah Taala... Alhamdulillah baru la kompiden nak present kat birthday boy. Gebu weyy... Memang terbukti benar lah buh minyak jagung menggebukan kek.. Gi buat nuh sebijik tengok cane jadi.. Kek aku ni aku lupa pulak nak kopek kertas alas masa bakar tu... Hihok... Nak terlangkup balik tak berani dah since the cake is sooooo fluffyyy... Takut hancur. Lantak situ lah. Nanti potong kau kopek sendiri la kertas minyak tu..
Kemain kek harijadi orang tu aku siap buat topping lagi. Nak suruh ada iras-iras kedai punya pasal. Grand ler tu bagi aku. Tak nak makan lagi tak tahu lah mak. Kemain mak curi masa buat kek in between cuci udang sotong ikan wahai anak.
K, dah siap mekap tu sejukkan kejap dalam fridge nak kasi topping keras..
Lebihan topping dah ada peminatnya tersendiri. Senang keje mak tak payah sental kuat-kuat.
Encik Jack balik tengahari tu aku ubah pikiran. Tapau je lah lunch... Lauk yang aku prepare tadi tu buat dinner malam karang. Nak keluar makan malam-malam hari sekolah ni tak syok pulak rasa. Birthday boy pulak tido awal. Jadinya lunch diorang tapau maktonglong.. Nasib baik kuah sotong tu aku just buat kuah je, tak masukkan sotong lagi. Ikan pun tak goreng lagi... Nasi je dah terlanjur masak.
So, macam ni je lah majlis harijadi anak aku. Takde invite sape-sape... Takde goody bags.. Takde lilin... Takde nyanyi-nyanyi.. Takde belon... Takde hadiah letop-letop. Dapat maktonglong tu langsung tak endah dah kat kek mabeles aku. Kecewa mak mu nih baking beria kat mu. Tahun depan kita beli kek SR sekeping sudah. 
Ni je hadiah dari mak mu yang broke. Beli kat pasar malam kelmarin. Hahahaha.. Beli ni kompem bahagia anak-anak aku main boleh buat sampah kat porch... Mak mu la nanti nanges nak sapu.

Happy birthday Adam. May the force be with you.

No comments: