Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 9, 2017

#1411 Me Vs Jamu Mata

Spoiler Alert: Warning!!!! Entry ni banyak giler gambar. Sila jangan muntah hijau.

Hai.

Macam makin slow kan blog aku ni. Ok, entry ni aku nak tebus hutang dengan korang. Walaupun entry ni caca-marba, tapi mostly will be about food. Mesti ramai suka kan... Sebab tu laju aku pagi ni update blog. Stok gambar pun banyak, apa lagi...

Minggu ni banyak gambar makanan beralaskan daun pisang sebab beli daun pisang kat pasar setengah kilo. Nak beli 100 gram kang akak penjual tu jeling-jeling paku pulak. Serba salah kan. Beli je lah setengah kilo. Aku duk teringat kat lepat pisang dengan nasik kak wook yang ori pernah aku makan masa aku sekolah rendah dulu.. Asyiiiik!

Idea nak beli daun pisang tu bukan apa... Tiap hari nak pegi ambik Zaraa balik sekolah lalu kawasan kampung... Banyak la pokok pisang tepi jalan... Geram je nak bawak pisau dan raut daun-daun tuh.. Tapi tak tahu sape punya... Yang ada dalam pagar pulak, nak kena ketuk pintu bagi salam bagai... Orang skang ni sibuk main pesbuk dalam rumah bukannya macam zaman dulu pakat bersidang kat luar. Malas lah pulak nak bagi-bagi salam semata-mata nak mintak daun pisang orang. Kebetulan masa pegi pasar nampak ada orang jual, aku beli je lah senang... Beli setengah kilo baru singgit stengah.. Apa ada hal.. Baik ler aku beli je...
Ikan aya hitam
Beli ikan aya.. Encik Jack nak makan masak sambal yang macam MIL buat. Haih, aku kalu nak buat hidangan yang macam MIL buat, memang neves takut tak jadi. Air tangan MIL aku memang killer. Kita nak buat memang takkan jadi sama. Stres aku. Hahaha... 

Sedikit perkongsian pasal ikan aya hitam ni... Aku ingatkan aku dah tersilap beli ikan aya.. Sebab tengok kepala sama macam ikan aya kayu tu tapi kat badan dia takde corak ira kayu... Ada je ikan aya kayu tu kat kedai, tapi aku tengok tak fresh... Yang body kaler hitam kepala sama macam ikan aya kayu ni fresh.. So, aku pun memandai la ambik yang hitam ni sebab apa-apa hal, freshness is always my priority, no compromise.

Bila balik rumah cuci dan letak atas dapur baru perasan. Nape isi dia putih? Isi ikan aya kayu tu hitam sikit... Pastu isi ikan yang aku beli ni nak macam tenggiri sikit... Telan air liur aku.. Kalu tersilap beli pasrah la kena bebel dengan boss. Ahahhaha... Nampak sangat pengetahuan pasal ikan ni sangat limited. Alah boss lagi tatau pasal ikan hoho.. 

Macam biasa, kalu nak rujuk pasal masak-masak ni mesti aku wasap Iron Chef. Bukan tak nak tanya mak atau MIL aku... Tapi sebab tau dah, kalu tanya orang lain sure lambat sikit reply... Kalu tanya orang muda ni, kebarangkalian nak berjauhan dengan henpon tu tipis sikit hahaha...

Iron Chef kata ni lah ikan aya hitam... Ni ikan aya gred A... Harga pun mahal sikit... Isi kaler putih and lembut macam isi tenggiri.. Yang selalu orang guna untuk nasi berlauk ikan aya tu depa guna ikan aya kayu, gred B... Harga pun logikla murah sikit... Hohoho... Baru aku tahu... Fuuuhh nasib baik tak salah beli ikan... Dapat ilmu free lagi tu.
Aku tak pernah bungkus nasi dalam daun pisang seumur hidup aku... Bila dah terjebak ni, dapatlah aku menghalusi perasaan seorang tukang bungkus nasi kat kedai... Respek aku. Panas betol tangan nak pegang.. Tapi tengok kakak-kakak kat kedai bungkus nasi steady je... Pastu, aku duk pikir cemana diorang bungkus nasi tanpa mematahkan urat daun pisang ni. It's quite challenging tau.  Nah ni lah hasil aku bungkus nasi... Jadi lah tu... Nak makan nasi berbangkit bau daun pisang punya pasal kan...
Boss punya.
Lady Boss punya. Lupa nak buh timun pulak.
Adik punya sejemput kera.
Adam punya 2 jemput kera. No kuah. No sayur. No sambal.
Para pelakon nasi bungkus aku. (gulai kunyit lengkuas sardin, aya masak sambal, timun, sambal lada, fried chicken wings)
Minggu lepas beli pisang Cavendish. Skang ni tak beli berangan dah.. Mahal nak mampos. Ganti dengan Cavendish je lah. Pisang jugak. Kalu tak habis dah lembik, buleh buat cekodok jugak. Minggu lepas lecek pisang nak buat cekodok. Ada belen tak habis lagi tu aku modified tambah kelapa parut, gaul-gaul buat lepat.. Hihi... Payahnya nak makan lepat kat sini.. Serabai, roti jala ada la... Aku duk teringat-ingat lepat mak aku buat dulu-dulu... Ni pun lepat bidan terjun jugak ni. Tak pernah buat sendiri seumur hidup. Kucar-kacir gugel sana-sini refer resepi. 

Nak bancuh, nak masak, aku orait je... Tapi part bungkus-bungkus ni aku failed big time. Rupa ada la sipi-sipi. Tapi tak seragam la bentuk dan saiznya *monyet tutup muka. Buat biskut pun camtu jugak. Buat laksam pun camtu jugak... Kirai roti jala pun camtu jugak. Now you understand why I can't commercialized my cooking huh. 
Bungkus dengan mek zaraa. Dia semua nak try.
Boss aku ni dia nampak aku beli kelapa parut, takde benda lain mesti nak request pulut nyior ikan kering lah dia. Memang aku beli nak buat kat dia pun ngehngeh... Negara aku duk ni, hazabnya nak cari kelapa parut putih tu. Kelapa parut tua ni pun ikut rezeki jugak. Kekadang pegi, dah habis. Sebab tu jarang buat pulut-pulut ni. Bukan malas, tapi bahan yang nak guna ni payah nak jumpa. It makes me wonder, orang Penang ni tak buat kuih ke kat rumah?
Nyesal tak beli ikan gelama masam banyak-banyak. Kat pasar aritu aku nak beli tapi rasa macam ada lagi dalam fridge. Balik-balik tengok, memang ada... Sekor je huhuhuhu... Tu yang potong kecik-kecik nak suruh masing-masing jimat sket wakakakaka... 
Again, part membungkus aku failed.. Heran aku cemana orang buat jual tu comel je diorang bungkus. Aku punya, hahaha lantak situ lah. Zaraa request nak bawak bekal pulut ni. So, aku bungkus la mini size kat dia.. Yang kat atas tu bapak dia punya.
Ni balik-balik sekolah repeat makan pulut belen tadi lagi kat rumah. Nasib baik ada lebih. Yang ni memang anak boss sungguh. She enjoys her food very much. Tapi ikut time jugak.
Tengahari punya menu laksa penang. Yang ni takleh bungkus dalam daun pisang lah. Aku duduk kat Penang ni dah berbelas tahun. Ni lah satu-satunya makanan Penang yang aku suka, like madly suka dan yang aku pandai buat. (pandai tak semestinya sedap) And I prefer laksa Penang dari laksa lemak Kelantan. Kuah lemak tu aku suka makan dengan laksam je.
Malam, boss kelaparan sebab makan laksa tak kenyang... Don't worry binimu dah fikir in advance. Lunch tadi tu walaupun masak laksa, tetap kena masak nasi sebab anak jantan aku tak makan laksa. Takkan nak masak nasi segenggam je kan, masak teruslah portion macam biasa. Nanti malamnya reheat aje lah. Sebab dah tahu, laksa ni boleh makan sekali je... Takkan bertahan dari kelaparan sampai ke malam. Lauk untuk malam perangat ikan aya sambal malam sebelumnya tu je. Sambal lada pun ada lagi aku simpan sejemput (cukuplah untuk boss aje, aku tak makan sambal lada), just goreng ayam untuk anak-anak and potong timun. Dinner's ready.
Pagi ni breakfast aku modified isi ayam panggang Tesco, jadi chicken sandwich.. Roti, aku suka toasted. Boss mintak nak makan burger. Bila lah dia nak eat clean macam aku (lah sangat! hoho)...
Bila tengok kaler tomato dengan salad ni, buat aku teringat kaler sayur dan buah-buah kat Europe yang aku tengok aritu.. Memang lain dengan kat negara kita. Mungkin sebab cuaca sana yang sejuk kot... Aku suka tengok cooking show mat saleh kat astro pun bukannya nak belajar resepi baru. But more to suka nak tengok sayur buah yang diorang guna yang super fresh. Maklumla... kat tempat aku ni segala-galanya sendu.
Bubur kacang hijau ni throwback 2,3 minggu lepas. Saje buat lebih sebab nak perabis stok santan terlebih beli untuk buat kuah laksam yang BIL datang aritu. Aku makan semangkuk, boss makan semangkuk... Belen pass kat jiran sesambil pegi tengok menatang Topi tu...
Ini pun menu minum petang throwback. Kakak Cina aku bagi jagung. Rebus je lah malas aku nak buat pelik-pelik bebudak ni bukan makan. Jagung tu Adam je makan, zaraa tak. Churros tu Zaraa je makan, Adam tak. Huh. Si adik melantak churros sampai ke malam sampai muntah berjelanak... overdose dipping Nuttella. Sebab aku malas nak buat coklat sos haha.
Macam tak percaya kek coklat moist yang aku buat baru ni cuma bertahan 2 hari.. Sedap sangat. Sesambil layan movie ngap sepinggan tak sedar habis. Hoho kek apa pulak lepas ni.
This is a good news. After so many agonizing weeks complaining toothache, akhirnya gigi dia tertanggal jua... Lama giler kot duk bergoyang tak tercabut-cabut. Padahal tinggal sikit je lagi nak terlucut.. Kitorang nak tarik, dia tak bagi. So, kitorang just biar camtu je sampai dia tertanggal sendiri.. Tapi banyak minggu la berlalu dengan dia duk ngadu sakit gigi. Pelik kan. Biasanya gigi nak tercabut ni tak sakit unless ada infection. Kalu ada infection biasanya bengkak. Tapi ni tak.
Dia punya tunggul panjang nau. Patut la lama giler baru tercabut. Ni gigi first dia yang nak bersalin baru. Ada sebijik lagi gigi tengah goyang kat sebelahnya... 
Kat Penang ni hari-hari hujan. Sejuk-sejuk ni sakit urat menjadi-jadi la. Nak panggil tukang urut, takde recommendation. Tungku sendiri la kat rumah bodo-bodo. Batu tungku aku memang unik... Haha.. Ni pun syukur sangat-sangat makcik aku bagi batu-batu ni.. Jadi lah untuk ikhtiar time sakit tubuh tak terkata tu. Bakar 2-3 minit atas api, balut dengan kain pastu letak bawah kaki atau tido atas batu ni... Lega la sikit... Selalunya lepas bertungku aku akan jadi sangat mengantuk... Calming effect gitu kan...

Ok.... Cukup le takat tu. My office has been calling me.. Hari ni nak buat daging singgang, ayam goreng, kailan oyster sauce, dengan sambal kering ikan bilis... Ya Allah teringinnya nak makan sambal hitam Pahang.... Kalau ada sesiapa yang terbaca ni tahu contact number sambal hitam Pahang yang maveles, can you please let me know? Teringin sangat-sangat. Cari kat pasar dengan Tesco baru ni tak jumpa. 

Tq in advance!

No comments: