Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, May 15, 2017

#1412 Me Vs Makanananananan

Nah, makanan lagi 😁😁😁😁😁😁

10 Mei yang lalu birthday Puan Menteri tapi aku pulak yang sweet tooth. Been eyeing on Starbuck's Lemon Loaf recipe. Tapi bila buat, gila-gila gagal. Apa kes jadi macam kek sarang semut. Cara penyelesaian? Buang. Hahahaha daripada ada depan mata sakit pulak hati ni. Tapi bila buang tu kecewa di hati tak hilang-hilang jugek. Ahahahaha... Malah, makin terpancar-pancar di wajah ni. Encik Jack dengan baik hati offer nak belikan kek (sebab dia nak pegi makan kat luar, lauk aku masak kat rumah tak sedap).... Dia tanya nak kek apa... So, aku order la White Chocolate Macadamia ni.. Ni kira kek rasmi aku la untuk apa-apa special occasion. So, si pengidam dah dapat habuan alhamdulillah..
Kelmarin lepas balik dari pasar dengan Tesco, ada request nak makan lontong.. Sigh... Mengingatkan penat membeli-belah barang dapur, sampai umah nak bersilat menyiang ayam dengan cili kering... Owh malasnya! Kalau boleh, balik ni nak berguling je... Letih sangat. Tapi kelmarin dah makan nasi arab kambing sekilo... Hari ni takleh la nak ngengada beli lagi... Tanya menu lain, senyap. So, takde pilihan penat walau masak sambil merangkak pun kena buat jugak. Not that Encik Jack insist nak makan lontong, tak nak makan benda lain. Dia ok je kalu aku malas buat lontong. Tapi aku tak tahu nak masak apa dah. Tanya dia pun dia tak bagitau jugak. Sudahnya, masaklah lontong separuh nyawa ni. Kelmarin memang aku penat, tak tipu. Sebelum turun ke pasar aku duk sental tiles kat dinding dapur... Siap menyental pegi pasar, pastu pegi Tesco, balik masak pulak... 
Nah. Alhamdulillah nasib baik tak mati sebelum siap lontong ni. Hahahaha.. Siap masak ni, alaaaaa Adam nak makan apa pulak. Dia tak makan lontong. Makaroni dah siap rebus ada dalam fridge, dia kata nak makan makaroni sup. Yang ni masak suku hati. Super penat dah. Tapi kalu tak buat, nanti dia nak makan apa. Tumis bodo-bodo, buh chicken cube sikit, buh kaki ayam seketul, udang 2 ekor. Dah siap. Sayur tak payah, kalu bubuh pun dia suruh tapis. Maka, siaplah mari makan everybody... Gambar sup makaroni dia tak ambil. Nak suap makan pun penat, takde ati nak pegang henpon untuk ambik gambar. Huhu.
Lepas makan tu sakit kepala nyutnyutnyut... makan panadol tido dulu. Bangun nak smayang Zohor dekat kul 4. Lepas siap smayang teringat roti jumbo tu expired 3 hari dah tapi kulat tak naik lagi. Kalu aku tak usahakan, sayang pulak kat roti banyak tu. Buat puding pulak. Ikut ati nak je terbongkang depan tv....
Pakai resepi Nik Nadimah. Dah siap semua nak bakar tengok-tengok suhu aku tak tulis. Hekeleh... Google dulu resepi orang lain. Macam-macam lah pulak. Ada 200, ada 180. Ada yang buat pakai magic grill atas dapur je.... Last-last aku ambik yang 180. Lantak situ.
Jadi jugak lah puding roti suka-suki aku. Bila siap ni, anak-anak sibuk nak ratah sos kastad dia je.. Puding tersebek kat situ lah. Huh, timbul rasa sesal pulak. Semata-mata nak selamatkan roti dari berkulat, besar modal la pulak. Next time lantak dia berkulat lah. Bagi makan burung. Tak pun, buat baja roti. Or kompos. Tak penat aku. Hahahaha... Cenggini punya seksi pun takde yang nak makan... Meh sini aku makan. Kita stock up lemak dan kalori bagi menghadapi puasa yang dijangka akan mengkuruskan aku lagi.
Frangipani aku depan belakang rumah tengah berbunga... Happy sangat-sangat... Pagi petang rasa semangat nak keluar rumah.. Tapi sayang, bunga lawa-lawa sekali kena hempap dengan hujan terus gugur... Aku kutip yang gugur, baunya mak aih.... Manis macam bunga ros kampung! Didn't expect them to bloom this soon. Baru berapa bulan aku kutip 'kayu api' ni bawak balik.. Tengok jiran buang.. Hihi.. They survived in minimal care. Aku baru ingat nak tebang buang... Tetiba berbunga tak jadi lah. Selalu tengok dalam ig Chef Wan sebelum kena removed dulu (tak sangka dia remove aku sobsob) banyak jenis frangipani yang dia tanam... Macam-macam kaler. Umah dia kat Cyberjaya tu luas tanahnya boleh tahan nak tanam lah... Aku ni tanam dalam pasu aje.
Aktiviti hujung minggu kitorang. Basuh tingkap dapur. Ya ampun... Duduk sini dah 6 tahun tapi sekali pun tak pernah cuci🙈🙈🙈🙈🙈 Memang sengaja malas cuci! Tingkap umah fasa taman aku ni tingginya ya ampun. Tak tahu cemana orang lain cuci. Aku memang tak sanggup nak panjat. Sebab tu aku sengaja malas nak buat... Dengan harapan satu hari nanti agak-agak bila mata dah tak sanggup nak tengok tingkap dah kelabu, boss bagi green light la panggil maid cleaning service.. Dari dulu lagi aku bising cakap kat boss tapi boss tak approved. Aku dah bilang aku malas. Sampai la ke hari ni...
Banyak minggu dah aku berbulu mata tengok cermin tingkap aku ni. Bertahun-tahun sebenarnya ;p So Sabtu tu aku suruh Encik Jack angkat tangga letak kat belakang... Memang niat nak panjat sendiri la... Tengok-tengok dia yang buat... Owh.... Yay tak payah panjat!!! Aku cukup tak suka keje panjat-panjat ni.. Appreciate sangat-sangat bantuan yang aku dapat ni... Bukan selalu tau, 11 tahun sekali ok! Miahahahaha... Tapi kan, bagus jugak dia buat. Kalu guna otak karat surirumah aku ni lambat la siapnya.. Kalu dah otak engineer tu, memang bernas lah. Tak terfikir pulak aku lepas cuci basah-basah tu nak keringkan cermin tu guna wiper keta. Wakakakaka... Water scraper yang ada ni dah cacat, takleh guna... So dia dapat idea guna wiper spare. (kalau kau nak cabut wiper kat keta kau pun buatlah, haha)... Hasilnya memang tiptop lah...
Lepas 2 hari cuci tingkap tu kan..... Masuk dapur rasa silau pulak.... Wakakakakaka... Tebal mana lah habuk kat tingkap selama 6 tahun tu sampai cahaya pun tak dapat penerate.. Dah silau ni sakitlah pulak kepala aku... Agaknya power silau aku dah makin naik gamaknya... Sensitif benar aku dengan cahaya semenjak dua menjak ni.. Selalu sakit kepala...
Minggu ni 2 beradik ni start exam. Si adik sangat lah rajin. Dan sangatlah suka buat matematik! Anak sapa niiiieeeeeyyyy???? Si abang pulak puas suruh mengomel-ngomel buat sebab terpaksa. Encik Jack belikan dia banyak la buku latihan BM, BI, Sains, Matematik... Kesian budak-budak zaman skang ni. Kita duk marah-marah dia sebab tak score.. Sedangkan bila dilihat, silibus yang gila sebenarnya. Bagi budak yang memang slow macam Adam ni, lagi la dia tak minat nak belajar.

Si adik ni pulak, rajin sampai serabut kita nak melayan. Hahahaha... Rajin sangat pun komplen. Malas sangat pun komplen jugak. Si adik ni, kau tengok la gambar tu. Dia sambil duduk tak siap tu pun boleh jawab soalan math. Ada sekali tu aku tengok dia duk depan buku math dia, mata pejam rapat-rapat macam tengah fokus/bertafakur.... Aku tanya dia buat apa tu, tengah kira dalam otak katanya... Wakakakaka kelakar nak mampos budak ni. Tulis jawapan pun pakai pen je sebab konpiden betul semua. Orang suruh pakai pensel tak nak. Tapi mostly memang betul la jawapan dia. Dia ni matematik ok, tapi English lah pulak sakit... Terbalik dengan si abang. 


No comments: