Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, May 17, 2017

#1413 Me Vs A Cook, A Mom, A Gardener & A Cat Feeder

Rakyat Meleisia suka sangat tengok gambar makanan. Aku tengah baik hati ni kau cuci lah mata puas-puas while it lasts... Hari ni ni brekpes goreng nugget aje, malas aku nak tunjuk. Menu sedih! Kahkahkah. Tunjuk menu kelmarin lah. Aku kukus pulut nyior ikan kering. Gu dengan kopi panas. Dalam gambar belum buh susu manis. Ingatkan encik Jack nak minum kopi O. For ikan kering, aku guna gelama masam. Tak jumpa ikan kering yang descent macam ikan-ikan kering kat Kelantan. 
Tengahari budak gedaf-gedaf tu balik sekolah melantak pulut ni tak hengat. Suka benar ikan gelama masam, selera mengalahkan bapak dia. Sementara dia makan, aku siapkan menu lunch pulak. Adam takde tasmik minggu exam ni, so dia balik kul 1 pastu kul 3 gi Kafa pulak. Hai lah penat sungguh bebudak skolah skang ni. 
Ini menu ulangan... Rasa macam baru je buat entry pasal siakap stim ni kan.. Kalu dah takde idea tu, kita rotate je lah menu patbelas kali pun. Ini pun nasib baik aku baik. Kalu aku badass stay at home wife/mom, lama dah gantung kuali periuk belanga kan. Ada idea ke, takde idea ke, masak je lah. Kalu orang nak makan, makan. Kalu tak nak makan pun takpe. At least aku dah tolong tunaikan tanggungjawab orang lain yang sebenarnya ni.
Lama dah tak beli brokoli pasal isi rumah ni semua tak minat brokoli. Tapi housewife ni kalu pegi Tesco tengok yellow tag, sawan tak tentu pasal terus grab. Aku tak tau strategi marketing tu cemana dan kenapa brokoli tu murah sangat. Tapi bila bawak balik nak guna untuk masak, mata duk nampak celah florets dia tu ada sejutanam ulat yang mini-mini size... Huh... I'm not saying diorang jual murah sebab banyak ulat.. No! Tapi I certainly tak suka terbeli benda camni. Dah rendam dengan cuka sekali, ulang bilas pastu rendam dengan air garam pun, tak semua yang keluar... Urrrrrhhhhh👎👎👎
Puas makan siakap... Siakap stim saiz besar ni kat kedai berapa ringgit sepinggan? Benda-benda yang aku biasa masak sendiri kat rumah ni memang aku jarang order kat luar. Sambil makan sambil sembang dengan si cinta hati, agaknya kalu macam kes kitorang ni makan kat kedai atau masak sendiri yang lagi jimat? What say you? Aku takde jawapan betul atau salah, just nak tahu. Sebab masak beriya ni, yang makannya aku dengan Encik Jack aje. So, mana lagi jimat; beli atau masak sendiri? Nak masak sendiri pun, beli bahan mentah lagi mahal rasanya. Contohnya, pari bakar. Aku beli yang mentah sekeping RM6 (lepas timbang).. Kalu makan kat kedai yang dah siap bakar sekali dengan pencicah + nasi putih RM5-6 jugak... Aku kalu teringin nak makan pari, memang beli siap masak je. Lebih worth. 

Siap sedia aje lah bulan posa ni. Skang pun dah ada yang naikkan harga dah. Cemana lah harga dan kualiti jualan makanan kat bazar Ramadan nanti... Dilema jugak bagi orang macam aku. Nak masak sendiri tak berbaloi sebab 2 orang je makan. Nak beli, takde yang sedap, takde yang murah. Pegi bazar Ramadan lalu depan penjual asyik pandang diorang kecik-besar-kecik-besar je.
Ini semua menu-menu throwback. Gigih aku godek balik arkib nak jamu mata korang. Colek cuka betik ni aku makan masa Boss IBM ada kat sini bulan 1 aritu kot, tak ingat... Lebih betik ni lah letak atas kek harijadi dia nak tutup crack aritu. Hahahaha... Pecah rahsia. Dapat colek macam ni, duduk pulak atas pangkin kat laman bukak kelab gossip petang-petang syoknye!
Ada satu kedai mi sup tersohor kat Jerteh, Mi Haji Jusoh ke pebenda namanya.. SIL aku kalu balik mesti pegi makan situ. Tapi laki aku tak pernah nak bawak aku makan situ. Huh. Ye lah, ye lah tak nak bawak aku masak je lah sendiri... Ni mi Haji Jusoh aku versi merajuk. Eh takde lah. Malam sebelumnya tu aku buat sup daging, ada belen. Esok pagi tu duk garu kepala nak brekpes apa. Jadi, aku modified la jadi mi sup kekonon mi sup Hj Jusoh yang aku selalu tak kesampaian tu lah. Kahkah. Susah jugak bila kau tahu masak segala ni. Chewah segala katanya. Ye lah.. Nak beli, tak sedap lah, tak bersih lah, ada je isu berbangkit.. Last-last kena buat sendiri. *sedap pulak tu wakakakaaaaa..
Dalam entry sebelum ni aku ada mintak recommendation pasal sambal hitam Pahang kan... One thing about my silent reader... Ratus-ratus orang yang terbaca ni takde sorang pun yang menyahut. Takpe lah... Merajuk lagi... Buat sendiri je lah sambal merah ikan bilis. Huh. Nasib badan lah, menceceh  free-free beribu entries pun takde sape nak reply. Biasalah, manusia ni tak appreciate kalu benda-benda free nih.. Bila dah takde baru nak terasa kehilangan. 
Okeylah, biarlah.... Mari ubati rasa menyampah dengan bunga-bunga cinta... Cheeeeeiiiii.....
Time pokok tengah menggila keluar bunga ni, racun siput pulak nak habis... Tempat-tempat yang aku selalu beli pulak kehabisan stok. Menyampahnyeeeeee!!!! Ada seller online tapi malaslah pulak nak order, kena caj postage lagi. Aku tengok macam dah start ada kesan serangan siput lagi... Nak letak garam, skang ni hari-hari hujan. Kang larut pulak garam tu. Wargggghhhhhh anak cili aku pun tetiba tinggal tunggul je.. Habis daun, pucuk yang baru keluar tu dibedal. Sometimes aku terpikir sorang-sorang, setara aku yang tanam sara diri ni pun macam ni punya hebat serangan perosak kat tanaman aku. Yang tanam secara komersial tu sebanyak mana racun diorang sembur untuk keep the crops safe from the pests? Pernah terfikir tak sayur yang kita beli kat kedai tu, yang nampak perfect dan cantik tanpa gigitan serangga tu, apa yang dibuatnya? Nak beli sayur organik, harga mampu tilik je.
Ada sape tau tak bunga kuning ni nama apa? (as usual, aku rasa takde yang akan jawab hahaha). Geram kat Bukit Bendera lagi ha. Cantik sangat bunganya. Jumpa kat Tesco, lepas berminggu-minggu duk berkira-kira nak beli ke idok, last-last this plant came home with me.😄 So far masih hidup dan akan terus panjang umur, harapnya.
Kakak Cina aku tu selalu tak puas hati pokok aku berbunga lebat. Yang aku bagi kat dia semua mandul katanya bahahahaha... You see, pokok ni kita kena selalu bercakap dengan dia, kena selalu belai-belai... Baru la dia seronok nak berbunga..  Tapi tak dinafikan ada jugek pokok-pokok yang sombong kau bubuh la baja taik kau sekalipun dia tetap tak nak keluar bunga/buah. Itu namanya rezeki lah. Kalau Tuhan tak izin, tak keluar lah dia, Simple. Aku pun simple jugek, kalu dah putus asa buat macam-macam tapi pokok tak produktif jugek, aku buang miahahahahaha.. Tak payah sakit ati sakit kepala. Easy.

Budak 2 beradik ni kan exam minggu ni... Adam ni, tiap kali ajar dia buat latihan dalam buku latihan, rasa nak nangis. Tanya itu tak tahu, tanya ini, nak kena pikir dulu. Padahal yang orang tanya ni semua common sense. Nape la otak menurun aku sangat nih.. Makin mengajar, makin aku takut nak berdepan realiti. I know I'm in denial. The world my kids are living in now is really scary. Ajar pastu suruh buat 5, 5-5 salah. Suruh buat balik, semua salah lagi. Tukang ajar pun givap jugek macam mana. Punya lah dia tak minat belajar. Kalaulah aku boleh tutup sebelah mata dan pretend everything is good kan bagus. 
Anak laki dah macam gitu, rasa givap dengan aku-aku sekali. La ni duk harap kat anak pompuan je lah. Pun begitu, aku duk latih Adam ni benda-benda hands on.. Tangan dia tu aku risau betul. Kalau dia malas belajar pun, at least biar lah tangan tu berkebolehan nak buat apa-apa. Skang ni aku tau ramai lelaki-lelaki bujang berkecimpung jadi online bakers.. Atau tak kisah la apa-apa keje pun yang boleh buat tanpa perlukan segulung diploma. At least you can use your hands.. Ni nak lipat selimut pun rohok cemana. Hari-hari paksa dia lipat selimut. Lipat baju. Basuh pinggan. Basuh kasut sekolah. Angkat kain. Jemur kain. Dengan harapan boleh train tangan dia bergerak macam-macam selain dari gelek keta dia. He needs to learn somehow. Risau wey. Dia tu lelaki. Nak kena jadi ketua keluarga. Time kitorang ada lagi ni takpe la.. Kalu kitorang dah takde nanti cemana? Mak-mak sangat kan pemikiran skang ni. 10 tahun dulu takpe la. Paling-paling pun risau dia lambat bercakap,lambat berjalan. Tu je. Skang ni umur dah banyak tahun, tapi communication tak pass lagi cemano? 

Banyak berlaku frustation 2 pihak kalu cakap pasal communication ni. Kita tanya pasal A, dia jawab melencong pasal B. Or memang tak paham terus dia cakap pasal apa. Macam-macam tau. Jadi parents ni macam-macam Allah uji. Sometimes it ends well. Sometimes with a freaking bad ending. 

It hurts me. Pendam aje lah entah sampai bila. Nak cakap pun tak terluah. Kalu boleh luah pun takut tersakiti hati dia. Tau-tau saje lah mulut aku ni 2000 Celsius. Kita bila jadi mak ni, bila frust apa yang kita expect tak berhasil, kita sedih sorang-sorang, dalam hati. Masakan tidak, ni anak yang kita kandung ke hulu ke hilir 9 bulan (my case, tak sampai 9 bulan), dari dalam perut lagi kita risaukan dia. Bila orang marah dia pun kita yang terasa. So, everything about them, mak lah yang rasa lebih. 

Ok, stoplah. Takleh nak citer lebih-lebih. The wall can listen now.👂 
Yassin recitation. Spot Adam on the right side wearing green shirt.
Gambar atas bertarikh 23 April 2017. Baru je buang Putih, ada pulak passer-by ni... We call this female cat, Kuning. Tak tahu kucing sape. Datang-datang kat belakang dapur aku mengiau kelaparan. Badan ada kesan cedera, banyak kutu dan kurus kering sampai nampak tulang belakang. Arrrgghhh I'm not ready for another cat-people relationship. Patah hati teringat kat Putih tak sembuh-sembuh lagi datang pulak yang lain. Dari pagi duk mengiau mintak makan. Mulanya aku malas nak bagi sebab tahu, once bagi memang dia akan duk sini la sampai bila-bila.

Tapi sampai petang dia duk tunggu kat pintu dapur aku. Tak sampai hati pulak biarkan dia kelaparan camtu. Kang kena soal kat akhirat pulek. So, bagi lah dia makan pastu taruk ubat kat luka dia... And sampai ke hari ni lah Si Kuning ni ada sini. Tak tahu nak kata menyesal ke apa. If I can say, I may say that aku nyesal bagi makan kat dia. Tapi mana boleh menyesal selamatkan nyawa sesama makhluk kan. Apakah tandanya ni. Dulu lepas Kitty yang aku kidnap kat pasar tu, lepas dia balik ke pasar, Putih pulak datang, buang Putih, Kuning pulak datang.

And you know what, minggu lepas aku dah pegi buang Kuning ni kat pasar. Guess what, dia balik semula! Pening aku mikir cemana dia boleh balik semula. Berapa batang jalan nak kena cross untuk balik sini. 2km kot. Aku duk sedap hati dah balik tu kekonon hidup bebas kucing lah. Tetiba Zaraa tegur, kata Kuning lapar.(anak-anak aku tak tahu project buang kucing aku tu) Waaarggghhhhh.... Aku macam tak percaya bila Zaraa kata Kuning lapar. Intai-intai tengok terjengok muka dia kat belakang. Cilakak kucing ke hantu ni. 

I'm planning another project buang kucing.. This time kena relocate, cari tempat yang jauh lagi. Kalu balik jugak pengsan aku. Giler determined kucing ni nak duk dengan aku. Alaaarrrghhhh orang bagi makan tak nak bagi mati je... Pastu pegi la tempat lain. Tu nampak macam bunting pulak tu.. Tak mau tak mau tak mauuuuuuu

Sejak ada dia ni, stress pulak time dia mintak makan. Kekadang kita bukan makan nasi. Ada masa makan burger je.. Ada masa makan spegeti.. Mana ada benda yang dia boleh makan. Kalu orang gaul nasi dengan kicap tahu pulak tak nak layan nasi Bersamamu nih. Huh... Baru ni dia panjat masuk dalam rumah.. Aku marah betul. Bagi betis nak paha Kuning nih. Tiap kali aku keluar nak ambik serai atau buang sampah kat belakang ni, dia ada la duk tunggu.. Trauma aku dengan kucing ni. Satu keje pulak tiap hari nak kena sediakan makan dia. Padahal dia bukan kucing aku. Entah dari mana datang tak pernah nampak sebelum ni.
Bila ada kucing betina, lazimnya kucing jantan akan datang menyusul. Nah, musim mengawan dah bermula. Ni pulak male cat orang lorong belakang punya kot. Aku pernah nampak masa Putih ada dulu. Nak kenen Putih kot, tapi Putih cengei nak mampos. Orang dalam pantang mu kenen memang wrong timing lah. Ni dia datang lagi bila Kuning ada sini... Aku namakan dia Chaplin, sebab dia ada kaler hitam macam misai Charlie Chaplin kat atas mulut tu. Petang-petang aku tinggal nasi kat Kuning, dia ni lah tukang makan. Banyak hari dah tak nampak Chaplin. Kuning reject jugak kot.

Sampai hari ni aku duk pikir lagi, betul ke salah tindakan aku bagi makan masa hari mula-mula Kuning datang tu... Rasa diri betul-betul inhumane kalu tak bagi makan. Tapi tu lah, bila bagi, sedaplah dia berkampung kat sini. Lepas ni beranak, nak angkut anak ke mana?

As long as we have boundary, aku akan cuba sabar. By boundary, I mean dia tahu respect, takleh masuk rumah orang, takleh panjat tingkap, takleh skinship dengan aku, takleh paksa orang bagi dia makan, takleh berak dalam pasu bunga aku....

Kesian Kuning... Kalu bulu kaler Putih sepenuhnya aku rasa lain lah citernya. Bias?

Urghh aku baru nak move on.. Group pencinta kucing pun aku dah left.. Malas dah nak ingat pasal kucing ni... Putih left me scarred badly. I don't want another cat relationship. Dah datang pulak sekor ni halau, buang pun dia datang balik. 

Apa lah nasib.

No comments: