Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 23, 2017

#1414 Me Vs Surprise Surprise

Selamat Tuesday to all loverlies out there...

Tak habis-habis propa pasal makanan kan. That's the only mutual language we speak baby. Kalu aku citer pasal Hallyu korang blank pulek. Nampak macam mencurah-curah je kan idea tukang tulis cum tukang masak ni kan. Dalam blog hari-hari tulis pasal masak. Hakikatnya, kering!!! Yes, you heard me right. Tukang masak ni nazak dah nak pikir idea menu. Masak tetap kena masak. Time takde idea tu lah yang masak menu repeat tu. Pastu memasing mula la panjang tekak-tekak nak menelan. Can't help it baby.
Minggu lepas buat ayam percik. Bertahun-tahun aku tak kompiden nak buat ayam percik. Sebab tu jarang buat. Nak buat tapi takut tak jadi lah, tak sedap lah, tak lemak lah.. Macam-macam.. Laki aku suka makan ni. Tapi bini dia je malas nak buat. Rasa macam susah je nak buat kasi umph effect tuh. Tapi yang aku perasan, percikan aku makin hari makin improve. Amboi bunyi macam hari-hari buat percik je. 11 tahun kot, baru nak improved.. Kahkahkah.
Dulu, kalu buat percik, mesti ada terkurang atau terlebih rasa. Terlebih rasa serai lah... termentah bawang lah, kuah cair lah, terlebih belacan lah. Tangan aku ni memang femes kalu bab jahanamkan rasa. But slowly and surely I did learn how to deal with the taste. Boleh la uduh-uduh bak kata orang Kelantan. Hidup di negara orang ni kena la belajar buat semua yang digemari sendiri. Nak beli, memang takde la yang descent. Tambah pulak zaman gawat ni semua pun mahal dan makin tak sedap. I just don't know how this Ramadan gonna be like. How the bazaar Ramadan gonna make business. Price is insanely spiking up, with the items getting smaller in size. Perasan kan? 
Ini bubur nasi+daging+kentang+bilis goreng+sawi. Ada lah tu hari-hari yang perut upset. Aiyyarkk.. Dekat-dekat nak posa ni bila ada scene macam ni tak best sangat rasa. Semoga dijauhkan segala sakit demam sepanjang Ramadan. I can't afford another depressing Ramadan. Nauzubillah..
Fruits. This week we overspent on fruits. I am truly happy whenever we overspent on buying fruits. I love fruits and the endless supply of them. Cumanya nak berbelanja macam ni tiap minggu tu mikir banyak kali jugak. Maklumlah negara kita sekarang ni buah import/local mahal bebenor. Nak hidup sihat pun perlu banyak duit. Kalu tak jaga kesihatan pun, perlu duit jugak. Pendek kata, hiduplah cara sihat. Makanlah makanan-makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan. Aku kalu seminggu takde buah dalam fridge, rasa down sangat. Makan tak makan tu belakang kira. Feast the eyes first... Buah ni bagi aku, pandang je pun dah jadi ubat. 
Citer pasal buah ni kan... Happy sangat sebab 2 beardik ni dah mula terbuka pintu hati nak merasa buah. Zaraa, baru tahu macam mana rasanya anggur. Ofkos, masa dia baby dulu aku selalu bagi all this healthy stuff. Tapi bila dah besar ni semua pun dia dah tak nak. Sayur ke, buah ke, mana dia nak buh kat mulut. Baru-baru ni aku saje provoke dia pasal buah ni... Dia ni mana la nak kalah dengan Adam... Disumbatnya sebiji anggur dalam mulut dia semata-mata tak nak kalah dengan si abang. Sekali gigit tu agaknya baru tahu oh sedap rupanya rasa anggur ni. Lepas tu duk suruh aku beli anggur la kalu pegi Tesco. At this stage, nak beli jiwa dia kena beli anggur/buah-buah yang seedless. Kalu sekali gigit terkekoh bijik, takutnya dia rasa serik nak makan buah la. 

Si abang pulak, tengah nak makan nangka. Memang happy dia dapat makan nangka. Suka aku tengok anak-anak makan buah. Perjuangan aku selama ni ternyata tidak sia-sia. Walaupun diorang bukannya makan tahap melantak buah, tapi ok lah tu. At least, sepanjang hidup dia, dia tahu buah A ni rasa apa, buah B rasa apa. We need to develop their tastebud. As long as they're willing to try something healthy, I'm a happy Momma! Bukan senang tau. For those yang kenal anak-anak aku secara dekat, you guys know la how picky they are.
Bila dah terbeli banyak buah ni.. Pisang lah yang paling cepat lembik. Memang beli niat nak buat cekodok pun kalu tak habis makan time fresh tu. Zaman jimat cermat ni kita beli Cavendish aje lah. Berangan mahal nak mampos. Lagipun, nak buat cekodok ni pakai pisang apa pun tak kisah. Selalunya beli pisang, kekadang tak sempat buat cekodok dah habis dibedal dulu. Kali ni sebab banyak pilihan buah, pisang ni kurang sambutan la. Aku suka beli pisang selain untuk makan camtu, makan dengan oat atau buat cekodok, aku suka sebab kulit dia sangat bagus untuk buat kompos. I'm back in composting. Hari tu stop kejap tunggu batch lama siap... Bila siap, boleh la start batch baru pulak. Ketagih pulak buat kompos. Ye lah, hari-hari kita bazirkan benda yang bermanfaat.. Padahal, benda tu kalu dikumpul, sangat-sangat berguna (untuk yang minat gardening lah)..
This girl never fail to impress me. Dia ni sangat-sangat suka belajar benda baru, benda lama. Suka nak mencuba buat apa-apa yang biasanya keje orang dewasa yang buat. Abaikan tangga kat belakang dia tu. Banyak projek tertunda kat rumah ni. Malas nak angkut ke sana sini tangga tu lantak situ lah dulu. Nanti aku cari semangat yang hilang... 
It took me 6 colourful years to wipe the tiles clean. OMG sangat kan. Tiles yang kat atas dekat siling tuh. Backsplash tempat masak tu hari-hari pun lap ok. Kang tak cakap bunyi macam pengotor sangat je Blog Diva ni. Tiles atas langit tu (dekat tiub saluran hood dapur tuh nampak tak?) Sejak naik rumah ni, memang tak pernah cuci tiles atas tu.. Rumah taman aku ni memang kat kitchen developer pasang tiles sampai ke siling. Same goes with the bathrooms. Yang tinggi-tinggi langit nuh memang aku tak lap lagi la. Tangga ni pun baru je beli beberapa tahun kebelakangan ni. 6 tahun aku duk pejam mata buat-buat tak nampak discolouration kat tiles dapur atas tu... Nak panjat, memerlukan semangat dan keazaman dan kerajinan yang tinggi. Which I don't have.
Sampai jingga tiles tu. Habuk bersatu dengan kesan minyak aktiviti hebat memasak, dengan kapur dari siling kapur masa renovation dulu. Tutup mata. Tutup muka. Hihihi... Macam mana la boleh turn blind eyes mode kan 6 tahun ni... Tiap tahun berazam nak cuci... Kihkihkih... It happens that this year is the lucky year. Sejenis kegigihan tengah-tengah di puncak langit duk cuci tiles tu teringat nak ambik gambar share kat blog, gigih turun tangga pegi ambik henpon, snap-snap pastu sambung memanjat balik. Nak pengsan naik turun-naik turun tangga ni.. Bertahan saje lah... Sebab maybe 6 tahun lagi lah kalu nak cuci balik hahahaha... 
Tengah berpeluh mengelap di puncak dunia tu, tetiba posmen sampai... Kalut turun tangga sauk jubah dengan tudung serlum keluar ambik parcel.. Owh... Terharu sangat-sangat peminat nombor 1 aku hantar sambal hitam Pahang!!!! Sape kate reader aku tak responsive kannnnn.... Tengkiu tengkiu verrrrrrryyyyyy muuuuccchhhhhh!!!! Terharu sangat-sangat ada yang terbaca coretan aku kat entry aku teringinkan sambal hitam sebelum ni... Kita mintak contact number je... Dia hantar sambal terus. Kita nak bayar, dia tak mau... Masya Allah... Manisnya persahabatan sebegini. Terima kasih wahai sahabat! Baik sangat hamba Allah yang satu ni. Kalu lama tak online, mesti dia tanya khabar aku sihat ke tidak... Terharu ok. Really appreciate it from the bottom of my heart. 

Dah dapat sambal hitam ni, tazzabar nak masak nasik dan-dan tu jugak rasa. Hahahaha... Tiap hari kalu bab masak nasi or masak la apa-apa tu kalu boleh nak postpone sampai keluar ayat padu You tak payah masaklah, jom kita makan kat luar Ahahahahaha... Nak masak nasi tapi ngelap tak setel lagi. Sudahkan jugak la keje-keje yang dah tertangguh 6 tahun tu. Kalu tertangguh lagi, entah berapa tahun pulak la nak tengok siap betul-betul haha.

Again, thanks Jie. Aku makan nasi bertambah. Nyesal tak masak nasi banyak-banyak terus.
Colleague Encik Jack ada kebun harum manis kat Perlis. Jadi dia offer la pauh ni RM28 sekilo.. Ramai la set lecturer pakat order.. Kitorang pun join sama la. Rasanya aku tak pernah makan harum manis sebelum ni. Ni beli pun sebab curious nak tahu apa yang hebat sangat dengan pauh glam ni. Sampai orang boleh korek curi anak pokok harum manis kalu tanam. The verdict? Nothing special. Pada tekak kitorang lah. Rasanya sama macam mangga chokanan tu je. Yes, it is sweet. Tapi takat tu je la rasa dia. Nothing outstanding. Jika diberi pilihan, aku lebih suka mangga epal dengan mas hitam lagi. So, curiosity rest at ease. Lepas ni kalu orang duk sebok hal harum manis lagi, boleh la buat derk je.. Rasa yang biasa-biasa je.. Tak worth pun beli mahal-mahal. Selera aku memang selera murah-murah dan sedap. Buat apa bayar mahal kalu yang murah pun banyak yang sedap. Tu dia nak try musang king pulak. Aku suruh dia beli sepeket untuk dia je. Musang King aku tak suka. Isi tebai nak mampos.. Muak boleh hijau muka makan. Kalu dia nak makan, beli untuk dia dah le.. Aku prefer durian kampung isi nipis tuh... Kalu durian kampung, kalu boleh aku tak nak share. Ngeeeeee.. 
Selain buah, aku jugek akan happy kalu ada stok ikan macam-macam jenis, and fresh meghelip. Susah tau nak dapat ikan fresh, like baru lepas mati. Sedih aku tengok ikan kat pasar. Takleh hidup kalu takde ikan. Boring makan ayam dengan daging. Budak-budak ni asyik ayam je. Ikan ni kalu kena gaya je diorang makan. 
My flower crush. Dah banyak dah kembang dan gugur. Hujan-hujan ni cepat la dia gugur. Sayangnya. Aku tunggu semua bunga gugur pastu nak tebang dah pokok ni before it gets out of hand. Pokok frangipani ni cepat membesar. Kalu dah besar, kayu dia makin keras nak tebang kena cari kapak pulak. Akar pun makin besar nanti dia akan pecahkan konkrit dan jalan tar.. I must stop it before it destroy anything that coming on its way.
Tanam nak tengok dia berbunga. Dah berbunga, boleh la tebang. Hehek. Kesian kan. Habis madu sepah dibuang...

Kelmarin kitorang hantar si Kuning ke pasar satu lagi. Let's hope this time dia memang tak jumpa cari jalan pulang... Trauma aku tiap kali bukak pintu dapur nak buang sampah takut dia ada. Kalu dia berjaya jugak balik ke rumah, memang aku tabik hormat kat dia. Aku yang manusia ni pun, kalu kena tinggal kat pasar tu, nak balik jalan kaki aku mati akal dah nak cross highway kiri kanan tu cemana. Kalu dia balik jugak, dia hantu.

Kelmarin kan... Time nak masukkan dia dalam cage tu... Dia tak nak masuk... Aku kena tolak dia kuat-kuat baru berjaya. Tu pun sebelum sempat aku buh latch, sempat lagi dia nak terkam keluar. Serik kot baru ni kena buang dah... The same procedures jugak.

Sampai je kat pasar, aku bukak pintu cage dia tu, dia tak nak keluar. Masa first time buang aritu aku bukak je pintu cage, dia terus lompat meluru keluar... Sebab dah ada pengalaman kan sebelum ni dia dah tahu kalu bukak cage tu maksudnya dia kena tinggal kat pasar, so dia tak nak keluar la. Aku tonggengkan cage pun dia bertahan dalam tu tak nak bagi jatuh keluar.. Last-last aku kocok-kocok cage, terjatuh keluar la dia.. Terus lari menyorok bawak keta kat carpark situ. Huh... Giler ah kucing ni.. Mati-mati dia nak duk dengan aku ni apa hal.

Dah. Malas dah nak pikir pasal kucing. Bela memang seronok. Nak balik, nak pegi makan angin... Sape nak bagi makan kat dia. Daripada duk buat aniaya kat dia tinggal berminggu-minggu tanpa makanan, let us part ways.

The end.

No comments: