Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, May 25, 2017

#1415 Me Vs Glamming Up Everyone

Hari ni ada potluck Jamuan Hari Guru kat sekolah Zaraa. Ahaha tahun lepas bawak sandwich, tahun ni repeat benda sama jugek! Nasib baik sekolah situ 2 tahun je. Kalu 6 tahun duk situ, tak payah tulis nama kat bekas cikgu dia tahu dah sape bawak sandwich ni... Wakakakaka....
Sempena ada dekat 6 dozen telur ayam kat dalam fridge (crazy, I know) marilah kita buat sandwich  telur. Ini pun pakai 5 bijik je... Lagi 5 dozen lebih tu nak buat apa pulek tak tahu. Baru ni nak cukupkan amaun untuk entitle RM26 off, ambik la telur 2 papan... Hadoiiii muka telur kentut telur lah lepas ni sampai habis telur. Kalu ikut napsu nak buat kek tu ada jer idea... Tapi aku concern dekat bil letrik yang bakal tiba pulek. Daripada aku habiskan bil letrik untuk baking-baking, baik aku pasang ekon petang-petang sampai ke malam. Panas kan skang ni... Akal pendek aku fikir macam tu lah... Tapi mulut teringin je nak makan kek... Napsu kek apakah.
Zaraa bebel kat aku, asyik bawak sandwich je.. Tahun lepas sandwich dah. Bawak la benda lain pulek... Orang lain bawak macam-macam...  Eh diamlah. Banyak komplen pulak dia. Semalam aku tanya nak bawak apa, dia pun tak tahu. Ada hati nak kritik aku. Dalam group parents dah diskas sape nak bawak apa... So, takde la yang terbawak benda sama... Malas aku nak pikir lebih-lebih... Nak buat spegeti aglio olio kang bebudak ternganga je tengok tak makan. Kita buat finger food je lah, senang.. Nanti kalu tak habis, cikgu pun tak pening kepala nak cedok pakai apa.. Tak meleleh. Tak berlemoih. Nak goreng nugget, dah ada parent yang nak buat. Elok la tu... Tak payah aku masak pakai banyak minyak. Banyak minyak=banyak keje nak mengelap dapur dan lantai... Hahaha... Makanya, mokcik tu pun bawak la sandwich ni dengan muka bengkek je... Hahaha... Macam lah kau yang nak kena makan sandwich tu!
Sambal serlum kembali lagi!
Lunch kelmarin boss request nak makan kari bawal. Bawal masak apa je pun aku pandai; kari, sweet sour, goreng garing cicah sambal kicap, 3 rasa. Tu je la... Balik-balik masak style sama. For the kari, aku buat kari tanpa santan. Aku tak beli santan fresh. Ada santan kotak je. Malas nak bukak kotak tu, sebab nak guna sikit je. Lepas tu takde plan nak masak lemak-lemak lagi.. Kang lama-lama bukak santan kotak tu rosak sayang pulak. So, buat kari tak payah buh santan lah senang.
Cik mek aku ni bila tengok ada kari ni terus order esok nak makan paratha cicah kuah kari ni... Selera mamak sangat mek sorang ni. Lantak situ.
Kari bawal tanpa santan, taugeh goreng kicap, sambal belacan pijak gajah, ayam goreng halus-halus dengan gelama masam. Letih memanjat baru tak hilang-hilang lagi rasa... Lepas makan, mandi solat, mata pun terus shut down. Banyak hari tak habis-habis marathon Bourne series lagi. Asal duk depan tv/laptop mesti nak tido... Letih minggu ni.
Letih lagi satu sebab aku dah start shopping persiapan raya anak beranak.. 2 minggu lepas dah beli baju aku. Tak plan apa pun.. Lalu depan kedai-kedai kat Tesco tu nampak display kat kedai nampak cantik. So, masuk tengok ada size aku.. Try-try muat elok terus beli. Susah kan nak jumpa size. Bila jumpa tu sambar je lah. Adhoc shoppping tahun ni. Kaler pun tak decide tema apa. Bila tengok baju yang aku muat tu ada kaler satu tu je, so beli kaler tu lah. Orang lain semua kena ikut tema baju aku lah hahaha... Kalu ada tema. Kalu nak teruskan tema ikut suka kaler pun aku orait je... Tak perlu semua orang sama kaler.

Disebabkan baju aku yang ter-try tuh glam tak patut, makanya aku tetapkan tema tahun ni kami 4 beranak beraya ala glam. Glam raya siot. Hahaha... Dah banyak tahun kan sambut raya sendu je. Banyak tahun dah tak beli baju raya sepenuh hati. Tahun ni tetiba naik syeh apa hal aku pun tak paham. 

Jadinya, start dari Ahad baru ni, kitorang dah lancarkan shopping raya. Almost tiap hari dan malam keluar cari baju dan kasut raya. Pacific, Mydin Mall, Tesco, Sunway Carnivall Mall... Target kitorang nak setelkan semua shopping sebelum posa. Tak nak join ramai-ramai berebut kain baju. Tak kisah la skang ni tak banyak or banyak sale pun. Yang kitorang beli pun bukan mahal. Biasa-biasa je. 

Setakat 3,4 kali hunting ni, rasa syok pulak shopping time orang tak ramai. Tak serabut. Tak payah queue panjang nak bayar. Pilihan pun banyak. Macam anak-anak aku yang size unik ni, memang takde masalah. Banyak pilihan size sebab orang tak ramai lagi yang beli. Kalu beli last minute memang la kau boleh kata harga lebih murah dari biasa, tapi nak cari size pulak masalah sebab mostly sold out. Btw, aku dah tanya salesperson... Harga memang sama dari minggu ni sampai pagi raya baru diorang turunkan lagi harga. Haaaaaa sape nak tunggu pagi raya baru nak beli, silakan lah. 

Semalam setel semua hal anak-anak. Kasut, baju semua dah beli. Anak-anak aku ni, specially my 10 year old boy dah pandai nak bergaya. Tahun-tahun sudah, beli apa-apa kitorang yang pilihkan dan tentukan... Tapi tahun ni nan ado lah. Dia sendiri meroyan dari bulan berapa lagi duk gila nak pakai kasut bertali. Gigih belajar cara ikat tali, ikat reben. Semalam kena beli jugak la kasut idaman dia tu. Hanya semata-mata sebab kawan-kawan dah tak pakai kasut tepek katanya. 

Si adik pun tak kurang anginnya jugak. Orang bagi 1001 kasut semua dia tak berkenan. Pening mak. Nak cari kasut yang size dia satu hal, nak cari yang lembut dan berpatutan satu hal lagi. Kasut banyak yang cantik. Tapi kerasnya la hai... Kesian budak-budak pakai. Harga mahai nak mampos pulak tu. Macam berlumba pulak. Makin keras, makin mahal. WTH.
And..... Nak berbaju glamm kena la ada menatang ni... Loyal reader aku mesti pernah baca aku meroyan nak beli garment steamer kat sini.. Tahun 2010 punya post.. Tahun 2017 baru ada rezeki mendapat. Alhamdulillah.. Belum test lagi cemana best ke tidak jadi ke tidak... Semua gara-gara baju glam masing-masing tak sesuai iron pakai iron biasa... Haha.. Nampak tak penangan glam raya tahun ni. Posa pun belum. Kemain kan.

Garment steamer ni insyaAllah akan balik kampung dengan aku nanti.. Baru lah bergaya. Hahaha ye-ye je promo... Tengok-tengok indah khabar dari rupa ampun lah ye... Steamer jenis ni sesuai la untuk iron baju melayu atau baju-baju plain.. Kalu guna iron biasa tu, nanti bergaris kan baju. Tengok la cemana hasilnya steamer aku ni... Kang pumpangpumpang duk gebang pasal steamer ni, hasilnya hampeh... Wakluuuuu...

Anak-anak dah setel. Bapaknya merangkap banker yang satu apa pun tak beli lagi. Tak jumpa yang berkenan lagi. As for me, tinggal tudung je lah kalu nak beli baru. Else, pakai je lah tudung 2 muka yang dah ada tu... Tudung ingat nak beli online je, kalu ada berkenan. 

Haih.. Malam ni keluar lagi kot.. Nak kejar sebelum hari Sabtu ni... Malas nak bersesak-sesak.. Tua-tua ni makin cepat penat bila keluar... Anak-anak pun kata nak start posa. Kesian pulak diorang keluar panas-panas, penat-penat, posa-posa ni...

Aja-aja fighting untuk 2 hari terakhir ni.... You can do it!!!

No comments: