Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, May 26, 2017

#1416 Me Vs Ocean Eleven

Kalutkan esok puasa sampai lupa hari ni hari apa. Serius dah tua-tua ni banyak tarikh yang rasa macam dah tak significant. Tak tahu tarikh... Lupa tarikh.. Dalam kepala cuma target nak habiskan aktiviti membeli-belah raya je. Kitorang semua dah setel. Boss punya satu apa pun tak beli lagi. Duk keluar 4,5 hari berturut-turut dia tak jumpa lagi barang dia yang berkenan. Nasib baik la dia boss. Kalu aku, jumpa ke tak jumpa ke, berkenan ke tak berkenan sangat ke, cukup time kena beli jugak. Sebab nanti driver komplen pulak. Boss merangkap driver tu takpe la. Dia sorang-sorang pun boleh pegi. Aku yang buta stereng ni, nak kemana-mana kena dia yang bawak. 

Kalutkan esok posa jugak la sampaikan lupa hari ni last day sekolah. Aku suruh Zaraa ponteng skolah hari ni sebab aku malas nak pegi ambik dia balik skolah nanti. Tapi kan budak baik ni, bila aku suruh dia ponteng, dia argue-reasoning pulak dengan aku. 

Aku: Adik, hari ni takyah gi sekolah lah ye!
Zaraa: Kenapeeeeee...???
Aku: Mommy malas lah nak hantar Adik. *blink * blink *blink
Zaraa: Daddy kan ada boleh hantar..???
Aku: Daddy mu hantar pun, mommy jugak kena ambik tengahari karang.
Zaraa: Suruh la daddy ambik?
Aku: (..........) Ye lah ye lah adik gi je lah skolah.

Nampak tak... Ini memang anak encik Perfect 10 lah ni. Kalu ikut perangai aku, tak sempat aku offer suruh ponteng lagi dah buat kuak lentang tak nak pegi sekolah. Entah cane lupa, last-last berjaya jugak aku spelek dia ponteng. Hahahaha... Pastu tengari baru tahu hari ni last day sekolah. Isnin ni start cuti skolah 2 minggu. Kahkahkahkah... Aku tahu la this coming ada cuti sekolah 2 minggu. Tapi rasa macam lambat lagi, jauh lagi tarikhnya. Huh, I'm so absorbed with myself and I. Tak tahu apa pun pasal dunia. Insiden TN50 tuh pun Encik Jack yang citer... Lepas tu baru ada terbaca sana sini... What la aku ni...
Hari ni masak simple je. Sup ayam dengan kangkung goreng belacan je. Lepas semayang Jumaat nak keluar pegi Pacific lagi. Boss nak shopping barang dia. Kalu ikutkan, aku letih luar biasa sebab seminggu ni tiap hari keluar. Malas dah nak ikut tapi kena ikut jugak la untuk bagi moral support... kot-kot perlukan sokongan tukang racun, aku ada..... ngeeee...

Dia cari barang dia, aku bawak Zaraa pusing-pusing tengok baju pompuan. Last year kot last beli baju nak pegi Europe tu. Tu pun beli kat Tesco je. Nak jugak baju style-style. Nak try baju lebih-lebih si Zaraa pulak potong stim asyik nak tido je.

Hasil hari ni, aku tak beli apa pun. Encik Jack je la shopping baju ngan seluar keje dia. Baju Melayu nan hado lagi yang keluar. Tak grand la kat sini... Kalu Kelantan, dah berpesta agaknya skang ni. Sini aku baru perasan, takde bazaar/premis yang jual kain baju atau apa-apa berasaskan tekstil macam kat Bazar Buluh Kubu or Pasar Siti Khadijah or Jalan Masjid India.. Takde! Benda-benda camni kalu ada pun, tunggu hari pasar malam je lah. Other than that, butik-butik dalam shopping complex. Gitu je lah. Takde pilihan. Kesiannya orang sini. (aku lah tu)
Hari ni masuk hari ke 5, baru dia mintak susu. Aku rasa macam mimpi je. Awal minggu ni, dia ada cakap saya dah tak nak minum susu dah. Kalu saya nak minum pun, saya nak minum dalam cawan je. Time tu aku just dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan je la. Sebab dah banyak kali dia cakap camtu, tapi tidaklah serius. Kali ni memang 4 hari dia tak minum susu. Maybe dia ada minum susu kotak tu time aku tak tengok. Tapi minum dalam gelas bukan banyak pun. 
Masuk hari ke5 ni teringin gian balik la nak minum susu. Kelmarin dia ada mintak susu masa aku nak semayang Asar. Aku suruh dia buh sendiri dalam gelas. Tapi agaknya dia terlupa, tak minum-minum la lepas tu. Hari ni baru teringin balik. See muka dia dah slim kan... Ke sebab rambut dah rupa helmet buat muka makin kecik.

Tengahari tadi, dia kata nak susu. So aku bancuh la susu tepung dia dalam gelas. Masa mula-mula tengok aku bancuh tu dia ala-ala hesitate la nak minum. 6 tahun kot hidup dia minum susu bancuh dalam botol. Tak pernah minum dalam gelas. Susu sejuk kotak tu ada la minum dalam gelas. But sometimes dia prefer minum susu sejuk tu dalam botol jugak. Bila dah bancuh, nampak dia panjang tekak-tekak nak telan susu tu. Tapi aku ajak dia borak la sesambil nak distract dia pasal susu tu. Sembang punya sembang, habis jugak la susu segelas tu... Yay!!!!! Nak kecundang dah separuh gelas tu bila dia kata dia nak susu sejuk... Tapi aku sambung borak pasal macam-macam berjaya jugak distract dia. Sedar-sedar dah habis susu tuh. Berkesan omongan kosong aku ;-p
Ni gambar masa aku tinggal gi Europe aritu.. Gebu lagi budak ni. Skang ni dah slim. Dia sendiri yang tak nak minum susu, bukan atas desakan sesiapa. Best pulak dia tak minum susu ni, tak payah basuh botol dah. Aku perasan masa pegi Kuantan aritu lagi dia dah macam slow minum susu sebotol dua je dari pagi sampai ke malam. Lepas tu tido malam pun tak minum susu dah... Takde botol kat tepi masa tido tu. Agaknya budak kalu nak brenti susu camni kot metodologi nyer. Seronok, seronok jugak dia dah nak brenti susu. Tapi separuh jiwa macam sedih pulak... After 10 years hidup aku duk cuci botol susu tetiba dah stop. Susu dia ada satu pek lagi tak bukak. Yang dah bukak pun ada sparuh lagi tak habis. Diapers dulu pun ada lebih sparuh pek tak habis time dia betul-betul toilet trained. Budak lain pun camni jugak la kot.
Tunggu daddy shopping baju keje
Pilih baju kat adik dia ;p
Balik rumah, hal baju raya boss tak setel-setel jugak. Hmmm up to him lah. 

Happy 11th anniversary to Encik Jack and I. Memang totally lupa sampai lah Encik Jack yang ingatkan. Eleh, dia ingat pun sebab tengok henpon. Okay okay... Tengkiu sebab ingat jugak. Selalunya aku yang ingat bab tarikh-tarikh ni. Tahun ni, biar je lah dia yang take over. Mak tak kesah. 

No comments: