Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 27, 2017

#1417 Me Vs Ramadan Kareem

Selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat! Tahun ni puasa lebih bermakna buat aku dan encik Jack sebab anak-anak pun dah start join puasa sekali. Maybe their definition of fasting is a bit different from us, oh well.. We're all the same when we're small! Don't you deny that. 
Talking about fasting... Hari ni maveles. Terjaga kul 5.15am. Melompat lah masing-masing kucar-kacir bukak fridge tengok apa yang sempat makan. Nasi dah masak sebelum tido lagi. Tapi kalu nak perangat memang tak sempat la kecuali perangat dalam microwave. Which is not nice to my tastebud. Hoiii sahur hari pertama dah terbabas. Semalam tak boleh tido sebab guruh kuat giler berdentum entah dari pukul berapa sampai pukul berapa. Tersedar banyak kali terkejut kat guruh. Ingatkan tanah runtuh dah. 

Encik Jack sempat masak telur mata for himself. Dia offer nak tolong gorengkan telur untuk bini dia tapi bini dia tak nak... Makan nasi dengan sambal hitam je lah... Poor Adam.. Ikan aku dan siap buh garam sebelum tido semalam lagi. Tapi nak goreng ikan, tak sempat dah. Takkan masak-masak terus nak jamah panas-panas melecur tu. Dia kata dia tak nak nasi.. Nak roti bakar je dengan butter spread. So, takleh nak pikir panjang dah.. Buatkan jugak la untuk dia walau aku sendiri tak pasti boleh ke dia bertahan dengan cuma sekeping roti tu. Reminder: Makanan takde kuasa walau sezarah pun, yang berkuasa dan mengizinkan adalah Yang Di Atas Sana.. So, serahkan pada Allah aje.. Kita cuma berusaha okeh!

Masa bangkit sahur kucar-kacir tu, Zaraa kitorang tak kejutkan lah sebab takde proper meal ni takut dia tak nak makan. So, bila dia bangun kul 8 lebih tu, dia mintak air sirap. Habis segelas sirap, aku cakap kat dia eh adik tak posa ke? Terkulat-kulat dia. Pastu dia tanya, hari ni hari Sabtu dah ke? Kenapa tak kejut saya sahur? Pastu berair mata dia frust tak tahu hari ni hari Sabtu. She's aware that hari Sabtu start posa. And she's eager to try to fast. Aku je la yang ingatkan dia tak serius. Kesian pulak kat dia kecewa gitu sekali. So aku kata kat dia, let's reset her posa time. Waktu sahur dia start lepas dia habis minum sirap tadi ;p And she's happy to start her her first fast!!! 

Tak sampai kul 11, Adam bukak balang kerepek.. Sebelum tu lagi dia duk bebel-bebel kata lapar.. Aku cakap sabar lah... Tengok-tengok dia pergi makan kat luar... Kena tegur dengan daddy dia pulak. Terus stop makan. Tak tahu la dia tak ingat ke, atau buat-buat tak ingat since aku baru je lepas cakap tadi tu. So, resume waktu posa Adam sekali lagi. *berpeluh dahi Penat weh nak kepung yang tua ni. Pantang lepa mata orang nak mengelat aje keje dia. 
Tengahari aku buat popia atas request encik Jack. Aku tukang masak je. Tukang gulung awal-awal lagi aku dah subkan kat tukang request. Bab gulung-gulung aku malas. Sakit belakang. Bila tengok ada kulit popia lebih tu, bebudak ni sibuk la nak suruh buat popia nestum. Maaf lah nak, mak mu malas. Makan je la macam orang lain makan. 
Kul 4 ptg, Zaraa mengadu kat aku dia lapar. Kesian pulak aku kat dia. Ye lah, orang lain sahur makan jugak apa-apa. Dia sahur dengan sirap je, and she's the youngest. Mula-mula pujuk jugak suruh bertahan tinggal 3 jam lebih je lagi kan. Tapi bila dia sedih dan looks so tired je, aku tak sampai hati pulak nak suruh dia teruskan posa. Goreng popia kosong dia tu and suruh dia makan. Bila orang suruh makan ni, dia pulak berbelah bagi nak makan ke tak. Dia lapar, tapi kalu makan, batal lah posa. Hesitating at first, tapi sebab lapar sangat, dia makan jugak la... Pastu tak makan apa-apa dah sampai la waktu berbuka... Tidak lah sehebat anak-anak orang lain yang mula berposa, tapi sudah cukup buat aku terharu dengan kesungguhan dia. She's only 6 but she's willing to try on her own accord. Masya Allah. I love her to bits!
Lepas Asar tu, dua-dua terbongkang letih. Aku yang takde keje ni mula la cari keje. Encik Jack nak makan mi goreng basah. Benda camni kena masak last minute else mi dia kembang, efek kebasahan pun kureng. Jadinya, takde keje la awal-awal ni... Meh ler goreng bawang. Stok bawang goreng dah habis berkurun dah. Beli malas. Nak buat pun malas. Hari ni tetiba datang angin nak buat bawang goreng ni layan je lah.

Bawang goreng dah sejuk, Adam pun dah bangun. Aku suruh dia isikan bawang goreng ni ke dalam botol nak simpan. Sambil buh bawang goreng dalam botol, dia puap ke mulut. Aiseyyy... Bila orang tegur, takde riak terkejut pun dia. Sengaja lah tewww... Dah dekat nak berbuka tu nampak lemah benar la dia. Duk ulang-ulang banyak kali kata dia dah tak nak posa dah esok. Penat. Lapar. Sakit perut. Haih yang sorang ni. Risau pulak kang sampai ke tua tak nak posa. Budak lain sepupu-sepupu dia tadika dah start posa dah... Dia ni aku dengan encik Jack bagi excuse kesian sebab dia kurus kering sangat. Tapi now dah umur 10 tahun tak pernah posa cukup walau sekali pun cemana ni. He needs to try fasting one full day. Now or never.
Pisang awak tu kakak Cina bagi. Kurma tu masjid bagi. Owh baru aku tahu Yusuf Taiyoob skang ni dah buat pek plastik macam ni dah. Selalunya dalam kotak kan. I prefer this way, lebih selamat dari gangguan serangga di peringkat pengilangan. Tapi yang ni pun aku cek dalam buah tu ada jugek hama halus-halus tu. Dari dulu pun aku perasan. Tapi bila aku bagitau, takde yang paid attention. Skang ni bila dah viral jumpa macam-macam dalam buah kurma tu baru orang nak hati-hati. So, always, always kopek dulu sebelum makan ok! 
7.25pm, 6 minit lagi nak berbuka aku masih duk gaul mi atas dapur. Hahaha... Masak basah-basah macam ni mana boleh masak awal. Sempat jugak la masak by the time orang azan tu. Encik Jack dengan anak pompuan dia je makan mi. Aku dengan Adam makan nasi. Lauk ayam goreng je. Pastu perangat singgang daging semalam. Singgang tu aku sorang je makan. Adam tak makan kuah-kuah ni.

Berakhirlah sudah puasa pertama kitorang sekeluarga. Puasa budak-budak ni ikut cara diorang lah. Pujuk jugak, esok lusa kena puasa penuh.. Just wait and see how. Semoga Allah permudahkan jalan untuk anak-anak aku berpuasa.. Amiinn..

No comments: