Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, May 28, 2017

#1418 Me Vs 2 Ramadan

Alhamdulillah... besar erti syukur aku untuk hari ni, bulan ni, tahun ni... Anak-anak makin positif untuk meneruskan puasa. Hari ni both Adam and Zaraa puasa penuh. Semua bangkit sahur. Si abang dengan aku makan nasi untuk sahur. Si adik dengan daddy makan mi goreng leftover semalam. Tahan pulak perut si adik ni sahur dengan mi goreng je.  Good, good.
I puasa, you.
Si abang ni ada la ngadu lapar. Duk pegang-pegang peket biskut. Agaknya kalu kitorang buat tak tahu tuh dia dah makan dah. Pujuk-pujuk la dia kata tak lama dah.. Nasib baik dia dengar. Alhamdulillah.. Biarlah dia buat sebab aku suruh pun.. Nanti lama-lama in sya Allah ok la tu. Moga-moga Allah lindungi anak-anak aku nih... Amiinnn..
I puasa jugak, you.
Si adik ni betul-betul impressive. Dia tido la tengahari. Other than that, memang segar bugar je aku tengok. Aku je yang duk takut dia takleh habiskan posa hari ni. Turned out that I was wrong. She's fine and steady. Rajin sangat tolong buat keje rumah. Pantang tengok aku buat apa-apa mesti nak tolong. Kita ni risau takut dia penat or lapar. Ada dia kesah? Takdok. Emm budak ni posa dia lagi ok dari Adam. Posa dah cun, tapi solatnya entah ke mana. Solat ikut mood je mek ni. Abangnya solat la selagi kita suruh. Kadang-kadang tak suruh pun dia buat jugak. Tapi selalunya kena suruh patlima kali pun tak berganjak jugak... Hai lah anak-anak punya ragam.
Hari ni senang. Menu berbuka nasi lemak. Sahur esok pun makan ni jugak lah. Cincai. Kalu buat nasi putih duk garu kepala pulak nak buat lauk apa yang matching antara satu sama lain. Nasi lemak, nasi ayam adalah 2 menu cincai tapi takleh buat tiap hari muak. So far, 2 menu ni selalu dapat sambutan dari anak-anak. Kita orang dewasa ni ikut aje selera diorang. 

Nasi lemak ni, si abang makan nasinya dengan bilis goreng aje. Si adik makan nasinya dengan kuah (dia skimmed ambik bahagian minyak aje mek ni) dengan telur putih (aku pun tak makan telur kuning terpisah macam ni. Telur dadar makan la). 

Kalu nasi ayam, bebudak ni seiya sekata makan nasinya dengan ayam with lots of kicap perap ayam tu. No soup, no salad, no cucumber, no tomato, no sambal... Bila la anak-anak aku ni nak makan macam budak lain. 
Lepas bukak posa sambil tunggu turn masuk jamban, aku mop la lantai dapur.. Masak sambal-sambal ni maveles la lantai melekit. Tengok aku mengemop, Adam datang offer diri nak tolong mopkan lantai kat ruang tamu. Tengok Adam tolong aku mengemop, Zaraa pulak berebut nak tolong jugak. Nah, abang mop depan tv, adik mop atas tangga. (adik berani tak takut gelap, sesuai la mop tangga yang tersorok ni... abang penakut). Setel masalah. Bebudak ni, masing-masing tak nak kalah to each other. Kalu nak bagi task, kena devide kat dua-dua.

Kids, they fight for nothing.

2 hari baru start posa.. Tulang pinggul dah timbul. Tak seksi la nak pakai baju glam raya ni. Tak hot dah la.... 😢 Baru 5 bulan balik dari Europe nak sedap-sedap bina badan, dah terkurus balik. Cane ek nak suburkan lemak selain dari kaedah makan banyak?

No comments: