Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 3, 2017

#1419 Me Vs A Week Of Ramadan Passing

Hari ni Zaraa resume balik posa dia. Banyak hari dah aku suruh dia tak posa. Sebab last day dia posa masa berbuka tu dia tak makan nasi. Cuma makan onde-onde aje dengan air. Risau pulak takut dia sakit perut. Susu pun dia tak nak minum. So, aku cakap kat dia adik tak payah posa la.. Banyak hari jugak la dia tak posa. Hari ni dia bangun sahur makan nasi. So, aku sedap hati la... Kalu dia nak berbuka pun, aku ok je since posa ni bukannya wajib lagi ke atas dia... Dia dah posa penuh 2 hari tu pun aku syukur dah. Umur 6 tahun dah pandai posa penuh. Mommy dia dulu darjah 4 baru belajar posa. Posa penuh sebulan pun masa darjah 5. Kira hebat dah tu anak aku pada kaca mata aku. Alhamdulillah... Cumanya sepanjang dia tak posa, menjadi godaan pada si abang. Meroyan nak bukak posa sekali lah. Mana boleh. Aku suruh dia posa penuh jugak sampai habis. Hehehe... 
Melampau budak sekolah zaman skang ni. Seumur aku hidup tak pernah pun dapat posa dalam cuti sekolah dekat sebulan ni. Lepak betul.. Zaman aku dulu tiap tahun posa dalam musim persekolahan... Best kan bebudak skang ni. Penat posa pun kat umah je. Anak-anak aku ni dalam cuti sekolah ni aku suruh diorang buat macam-macam. Letih sambil melatih. Aku sepanjang posa ni tiap hari tido. Kuat betul tido. Selalunya tido sambil nak tunggu Zohor la. Nyenyak pulak tu. 
Anak jantan aku ni, hari-hari suruh dia buat house chores. Dia komplen lah jugak. Tapi aku suruh jugak. Hari-hari suruh lipat selimut pun tak pass-pass lagi. Orang kata practice make perfect. Perfect lah kalu ada keinginan. Ni buat sebab terpaksa kes orang suruh. Cemana nak perfect. Buat dalam tak ikhlas. Matematik pun camtu la jugak. Walau cemana sungguh-sungguh pun kitorang ajar, tapi kalu tuan badan sendiri tak nak usaha... No point jugak. Result Adam dah keluar online. Most subjects dah ada markah, kecuali BM dengan BI je. So far, result makin teruk. Tahun lepas result cantik la sebab duk kelas ke3. Now kelas ke2, budak pandai-pandai. Dia takleh nak compete la kalu dia sendiri takde keinginan nak belajar. Sedih tengok result yang mostly C dengan D. Matematik dengan Seni Visual D rasanya. Pendidikan Islam je A. B takdok. Banyak C je. Sedih sangat rasa. 

Adik laki kawan aku, sekolah dulu memang tak pandai lah. And memang tak minat belajar. Habis SPM, duk menganggur je kat rumah. Parents dia punya la susah hati apa nak jadi dengan anak laki diorang. Sambung belajar tak nak, nak hantar attend kursus tak nak, suruh cari keje pun tak nak... Dia nak duk rumah membuta je... Adik kawan aku ni ada masalah tahap keyakinan diri yang rendah rasanya. Parents mana lah yang tak risau... Skang ni tak tahu apa citer dia... Dah lama aku lost contact dengan dia... Bila tengok result teruk Adam ni... Takut pulak aku rasa... This is the parents' worst nightmare.
Paprik sotong & daging
Minggu lepas beli sotong sebab laki aku nak makan ketupat sotong. Tiap tahun tiap Ramadan tak pernah miss request ketupat sotong. Memang sedap pun! Gambar tak ambik sebab sotong aku tak cantik. (tapi sedap) Belen sotong tu buat paprik... Hari tu dia request nak berbuka dengan nasi goreng, paprik, and sticky bbq chicken wings. Kuihnya popia yang tak habis-habis lagi. Kebiasaannya bagi aku yang pemalas ni, juadah berbuka aku doublekan, untuk sahur sekaligus. Senang keje kan. Bangun sahur perangat je dalam microwave. Kecuali lauk Adam tu kena prepare last minute jugak la.
Popia meletop
Nasi goreng sambal belacan
Sticky bbq chicken wings 
Bandung cincau by Encik Jack... Sedap sangat!
Yang pompuan ni memang satu donia pun tahu dia terlajak rajin. Masya Allah... Memang penyejuk mata dan hati mommy daddy. Kat rumah, dia ada aktiviti dia sendiri. Boring-boring dia akan buat matematik. Baca buku cerita. Mengemas. Buat sepah. Buat arts and crafts... Dia memang kreatif. She's so much like her daddy. Yang si abang pulak banyak ikut perangai huduh aku. 🙈🙈🙈🙈🙈🙈🙈
Baru ni kitorang nampak menatang Topi tu terlepas dari rumah tuan dia.. Balik rumah memang melukis lah cik kak kita ni. She drew all the details. The 3 grey spots on her head, the pink earlobes,  the green sparkly eyes, the pink nose, the pink nipples and the pink bontot. The drawing looks like the real Topi. That's my daughter. She draws what she sees. All the times. She has a good memory, coordination and imagination. 💓💕💖💗💙💚💛💜💝💋💋💋
Kelmarin ada pasar malam area aku ni. Nak beli nasi kerabu tapi takde pulak orang jual nasi kerabu. (pathetic right?) Nak buat nasi kerabu complete set malas ya amat lah. Specially sambal kelapa dia tu. Tapi Adam kata nak makan nasi kerabu. (nasi kerabu bagi dia nasi biru tu je, condiments yang lain dia tak makan pun) Aku pun masak la nasi biru untuk dia aje. Nasib baik ada simpan bunga telang dalam freezer. Pokok telang aku dah pupus, baru tanam baru... Sementara nak tunggu pokok besar dan berbunga lagi, guna frozen bunga telang lah. Sama je hasil akhir dia.
Nak bakar daging malas pulak... Grill chicken cutlets aje lah. Marinated in bbq sauce Heinz tu je. Boss suruh perap simple macam tu je. Tak nak modified buh bawang, kicap, oyster sauce, blackpepper, honey, ginger etc. Lagi senang lagi aku suka. Nah, ni lauk untuk Adam makan dengan nasi biru dia. Setel masalah bab makan Adam.
Suruh encik Jack beli ketam kat pasar malam... Ketam ni kalu Encik Jack dia suka style chilli crab tu je... Tapi dah banyak kali masak sambal minggu-minggu kebelakangan ni, aku masak lemak cili apikan aje dia. Sape nak makan, makan. Sape tak nak, aku lagi happy tak payah share. Anak-anak memang tak makan lah. Selalunya aku kalu cuci ketam, aku buang kulit atas yang besar tu.. Tapi ada orang bagi tips... Kalu buat mi kari, simpan kulit ketam tu untuk maniskan kuah... Aku tak buat mi kari, tapi masak lemak pun boleh lah... 
Ketam masak lemak cili api.
Aku sorang je makan ketam 2 ekor ni... Encik Jack mula-mula jamah jugak pastu makan sekerat jalan dia buh dalam pinggan aku. Malas katanya. Family laki aku ni memang tak berapa minat ketam-ketam ni sebab lambat nak makan. Untung!

Duk kat Malaysia ni payah nak makan ketam. Payah tu bukan dalam erti kata mahal atau susah nak jumpa ketam segar dan besar, tapi payah more to all the effort nak makan tu. I mean, you have to try real hard gigit sana sini, kepah situ sini baru dapat rasa isi dia. Tu pun banyak mana sangat isinya. Faham dak? Ketam yang aku makan kat Jagalchi dulu... Effortless. Memang isi ketam takde tempat nak menyorok. Gigit kulit, terus boleh tarik keluar sekeping isi... Tak payah nak kepah-kepah sedut-sedut... Yummm...
Paru belado
Paru aku beli setengah kilo kat pasar aritu. Lepas rebus dan perap garam kunyit, tersadai dalam esbok tak usik-usik... Paru ni aku suka goreng berempah aje. Tapi my other half ni dah boring makan camtu. Asek nak suruh buat paru belado aje. Selaku isteri mithali, aku ikut je... Kita tukang masak ni biasanya ikut je apa yang orang nak makan. Sebab kita tahu what effort it takes to prepare a descent meal. Apa orang nak makan, yang tu lah kita makan. Tak kosa nak masak asing-asing... Cukup la masak asing-asing kat Adam je... Penat nak ngemas!
Tangan ni geram-geram nak buat solok. Tapi lada solok mana ada kat bumi Penang ni. Susahnya nak makan descent Kelantan meal kat sini. Ada je orang jual walaupun availability kadang ada kadang takde... Tapi tak pernah jumpa yang sedap lagi. 

Hari ni nak masak apa pulek puan-puan....

No comments: