Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 5, 2017

#1420 Me Vs 10 Ramadan

Hari ni 10 ke 11 Ramadan dah? Hari ni 4-4 orang dalam umah ni posa. Alhamdulillah. Kelmarin Zaraa tak posa. Orang semua turun sahur, dia turun jugak tapi sambung tido kat bawah. Kejut makan sahur tak nak bangun. Takpe lah nak. Hari ni dia sambung posa... Agaknya sebab ada nasi beriyani dengan kuah kari... Utara sangat selera mokcik ni.
Minggu lepas penat aku duk go thru satu per satu entri aku start dari #1 sampai la entri # yang terkini... Which is seribupatratuslebih... Ambik masa 3,4 hari kot nak semak semua entries aku. Semak apa? Semak la... Dulu zaman batu zaman jahiliah banyak gambar-gambar yang tak syariah compliance. Nasib baik la ada kesedaran sebelum Allah ambik nyawa ni. Aku ada banyak choice. Cara paling mudah, tak banyak keje; set mode to private aje. Dah sah-sah aku sorang je boleh baca dan tengok. Tapi tak best pulak sebab takde interaksi. Cara kedua, aku edit balik semua gambar-gambar dalam blog ni, tepeklah sticker atau delete terus gambar... Penatlah weyyy zaman muda tu aktif berblogging 3,4 entries pun aku tulis jugak sehari. Kalu nak delete sayang pulak sebab ada yang takde backup tempat lain. Nak backup-backup gambar, takde masa, banyak sangat. Cara ketiga, aku pilih entries mana yang ada gambar terbukak aurat tu, aku setkan ke draft mode. I think the last choice is the best I can do. Kelemahannya, banyak la entries aku dah tak appear kat blog... Ada tips and recipe atau apa-apa je perkongsian ilmu yang tak dapat aku public kan untuk tatapan umum selagi aku tak edit gambar-gambar tu. (memang takkan ter edit dah beribu lemon punya gambar tu)... Jadinya banyak la post-post terdahulu dah tak dapat orang baca... Sorry ye! Kesian la kat aku yang tak banyak ilmu, tak cukup amal ibadat ni.. Kalu mati tak sempat buat apa yang aku buat minggu lepas ni, tak tahu la aku. Selagi orang bukak, tengok gambar-gambar lama aku yang tak tutup aurat tu, selagi tu la akaun dosa aku makin bertambah... Heeeee takut wei...

Kat facebook pun aku dah privatekan semua album aku. Yang tag aku, aku mohon jasa baik semua untuk buang semua gambar-gambar yang melibatkan aku. Andai anda faham apa yang aku perjuangkan tapi tak nak delete gambar tu sebab alasan tertentu, sila lah tepek sticker atau apa pun ikhtiarnya, bagi tutup aurat aku sepenuhnya. Aurat, I mean tapak kaki, jari kaki, atas pergelangan tangan hingga ke siku, leher etc (jika ada)... Sebab itu aku tak suka buh gambar aku kat media sosial. Please, tolong bagi kerjasama. Kita hidup kat dunia ni kejap je. Mati tak tahu bila. Pencen kubur pulak tak berapa nak ada. Tak nak la, dah mati pun dosa masih mengalir sebab orang duk tengok aurat aku yang dulu-dulu tu. Maybe for you, alah nampak warna kulit kaki sikit je. Or, you might think, nampak tapak kaki je pun... Tudung pakai ok je. Or, alah nampak lengan sikit je tersingkap lengan baju tu, halal je lah... Nononono!!! Kalu ada gambar-gambar aku dalam keadaan seperti yang dinyatakan, tolong buat sesuatu please. Kalu sayang nak buang, editlah sikit. Aku paham, mungkin gambar tu perlu dishare dengan orang lain sebab nak share info... Takpe, tak payah la delete, just edit je. Ok? 

I don't know what triggered people to my blog recently. Adakah sebab aku duk go thru and edit one by one posting yang lama-lama tu menyebabkan perubahan pada content di dashboard followers atau apa? Followers aku 24 orang je (sejak 9 tahun sudah). Atau sebab aku ada update status panjang berjela di facebook? Friends list aku 100+ je.. Jadi apa penyebab tiba-tiba blog aku banjir satu hari tu? Daily reader aku 20 orang je ahahahaha... Inilah hari pengunjung blog aku tertinggi dalam sejarah aku berblogging siang malam sejak 9 tahun lalu. Ye lah, sape je tahu pasal blog aku ni. This is the sweetest thing that happen to my blogging experience. Walaupun sehari tu je dapat pengunjung melebihi 1000 orang, alhamdulillah Allah bagi juga rasa pengalaman manis ni sekali seumur hidup aku. Aku yakin, yang 1000+ tu tersesat je kat blog aku. Kalu memang reader setia, memang hari-hari la traffic 1000 orang.. Ini tak, lepas sehari dapat 1000 tu, esoknya terus resume ke jumlah asal, 20 orang ahahahahahaha... Acah-acah selebriti blogger lah sangat! 
Hari Sabtu pegi market dah lewat. Boss nak berbuka dengan kueyteow kerang. Dapat la kerang dengan taugeh. Petang tu buat kueyteow kerang untuk dia je. Aku dengan Adam makan nasi. Adam lauk ayam goreng, aku lauk ketam masak lemak cili api perangat... Ketam yang beli 2 ekor tu aku sorang je makan. Heaven. Bestkan bila housemates kau semua tak makan ketam. Harharhar... Aku ni kalu posa, seboleh mungkin mesti aku nak makan nasi jugak. Mindset, kalu makan benda lain selain nasi takut tak kenyang nanti sakit perut. Padahal kajian mendapati makan oat jauh lebih mengenyangkan dari makan nasik... Entah kenapa aku makan oat tak kenyang kejap je dah lapar. Kena makan semangkuk mumbu kot baru kenyang lama.
Kari bendi. Sebab bendi banyak orang bagi.
Kelmarin, beli nasi beriyani kosong, lauk-lauk buat sendiri. Jimat giler. Kalu ikutkan dia, nasi pun suruh masak sendiri tapi aku malas lah. Tak sedap. Baik beli siap dah sah-sah rasa sedap. Nasi beriyani tu sebungkus banyak giler. Berbuka tu aku share nasi dengan Adam.. Tu pun banyak jugak lagi rasa. Pagi tadi sahur, sebungkus makan 4 orang! Hahahaha... Sahur kan tak makan banyak sangat.. Untuk Adam boss belikan ayam tandoori. Sebab lauk set beriyani ni dia tak makan. Kalu ayam tandoori tu dia makan la.
Ayam pasir akar.
Tandoori chicken beli kat Subaidah je. Setel.
Acar timbun. Asal ada rupa.
Cantik kan... Kalu aku buat belum tentu jadi
Makanan ber-set macam ni aku suka sebab lauk-lauk dia boleh prepare awal-awal. Makin perangat makin sedap. Dah banyak hari berbuka kelam kabut sebab makanan yang boss order kebanyakannya kena masak last minute. Penat ok. Kalu lauk macam ni, pagi-pagi dah boleh start masak. Siap tu, boleh la kita berlunjur depan tv. Dekat-dekat nak berbuka baru perangat dan potong timun untuk acar tu.. Senang. Kalu lauk jenis bergoreng, berpeluh la dekat nak berbuka tu..
Kelmarin masa tengah nak perangat lauk dekt kul 7 tuh, kakak Cina aku tu lalu sesambil dog walking.. Hulur aku agar-agar dragonfruit ni... Alahai... Banyak kali dah dia bagi jelly ni. Sebelum-belum ni aku malas makan aku pass kat jiran Korea aku tu yang selalu anak dia datang main dengan Adam. Tapi kelmarin nak gi pass kat Korea tu kang selisih pulak dengan tukang bagi... Ahahaha.. Last-last, aku makan jugak. Nak buang, membazir berdosa pulak. Aku rujuk dalam youtube, ustaz-ustaz kata makanan pemberian dari non muslim ni kita boleh je makan selagi makanan tu dari sumber yang halal. Pasal peralatan dapur dia yang mungkin dia guna untuk masak makanan haram tu, dimaafkan sebab kita tak nampak. Jadinya, baca bismillah dan makan aje. Nabi pun pernah non muslim bagi dia makanan, Nabi makan. Takde masalah. Walau periuk belanga dia pernah guna untuk masak babi, takkan dia tak basuh kan masa nak masak jeli ni. Yang disuruh sertu dengan air tanah itu hanya anjing. Babi tak perlu. Hanya perlu cuci dengan air sampai hilang bau, warna dan rasa. Itu saje. Selama ni aku duk paham, kalu periuk belanga non muslim guna, kalu kita nak guna kena basuh dengan air tanah pastu basuh dengan air biasa 6 kali... (sertu) Rupanya tak payah macam tu. Sertu-sertu hanya untuk jilatan anjing. Nabi tak kata pun kena samak/sertu bahagian terkena babi.
Hari ni teringat paru ada lagi belen yang guna buat paru belado baru ni. Hari ni goreng berempah la pulak. Berapa hari dah aku buh garam kunyit pastu tiba-tiba rasa malas, aku buh je dalam freezer... Hihi... Pagi tadi baru sediakan rempah perapannya. Senang buat awal-awal... Perap ni lagi lama lagi sedap. Berbuka karang ambik goreng je. Bendi pun banyak lagi yang kakak Cina aku tu bagi. Ingat nak buat bendi goreng belacan lah. Tapi lauk kuah pulak takdok. Nak buat ikan singgang emmm posa-posa ni tak kenyang lama kalu makan kuah air-air camtu... Nak buat kuah apa ek...
Tumbuk rempah ketumbar dan jintan-jintan..
Cuti sekolah posa-posa ni memang rajin la bebudak 2 orang ni tolong aku kat umah. Tak rajin pun aku buat kerahan tenaga jugak ;p Biasanya si adik memang tak payah suruh, siap berebut lagi nak buat keje... Tadi suruh dia tumbuk rempah.. Masa aku vakum kat atas dengan bawah, dia jugak yang sibuk nak tolong vakum. Semalam dia 2 beradik yang lipat kain. Aku nak lipat baju aku pun kena sound. Kahkahkah... Lagi aku suka! Kalu sampai ke tua rajin macam ni alhamdulillah la. Ke sebab takde hiburan kat umah ni. Anak orang lain ada jugak gadjet boleh nak hadap sampai ke malam.
Kat kawasan perumahan aku ni, sejak dari hari pertama posa lagi aku dah tengok bebudak laki umur belasan tahun - awal 20an duk minum air kat playground. Ingat ni kawasan non Muslim, dia selamat la minum, merokok sorok-sorok gitu.. Tadi encik Jack lalu tengahari tengok kat situ jugak, 6-7 orang budak awal 20an pakat duk makan nasi bungkus kat gelongsor.. Astaghfirullah... Sedih tengok anak muda zaman skang ni. Mak bapak duk ingatkan anak-anak posa, kat rumah berkelakuan baik.. Tapi kat luar lain pulak jadinya.. Kena save no JAIP lah lepas ni. Kalu nampak lagi ingat nak jugak try call no penguatkuasa agama... Biar ditangkap, sumbat dalam van jenazah macam yang dibuat kat Terengganu tu. Apa la nak jadi. Malu giler kat non muslim kat sini. Kebanyakan yang datang buat onar bukan residen sini... Budak-budak kampung lah. Berbulu mata nengok. Time tak posa, petang-petang duk buat aksi wheely lah, beriba lah kat taman... Cina-cina tengok pun meluat... 
Oklah... Mengantuk mata pulak rasa... Sempat la lelap kejap sebelum Asar dan masuk opis balik...

No comments: