Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, June 6, 2017

#1421 Me Vs 11 Ramadan

Ni menu iftar aku hari ni. Aku sorang je makan. 3 orang lagi makan burger ayam dengan burger daging. Aku tetap nasik jugak yang jadi pilihan. Since aku sorang je yang makan, lauk simple-simple pun takpe lah. Cumanya kuah singgang-singgang ni tak kenyang lama... Lepas semayang nak kena topap apa-apa pulak la... Mana tahan...
Minggu ni banyak makan bendi aku ni. Selagi seplastik tu tak habis, selagi tu la aku menukan benda ni. Ni pulak menu kelmarin yang aku bagi resepi paru berempah tu. Bendi dah habis menu dah... Hari tu kari, kelmarin bendi goreng belacan, hari ni bendi buh dalam singgang pulak... Nasiblah bendi muda, buat apa pun sedap. Kalu bendi tua macam kat market pagi tu, dah lama aku potong-potong campak dalam tong kompos aku.
Skang ni keje masak-memasak jadi lebih memenatkan sebab tiap kali masak, nak kena buat lauk Adam asing. Walau aku buat lauk sedap-sedap 4 jenis pun, tetap kena jadi 5 sebab Adam takkan makan 4 lauk tadi tu. Biasanya lauk dia yang simple dan memboringkan la (ayam goreng kunyit, ikan goreng kunyit, ayam sup, daging bakar buku besar, ayam macam nasi ayam tu, udang celup tepung) Tu je yang dia makan. Kalu buat ayam masak kicap ke, masak merah ke... kari ke... kerutuk ke... semua dia tak makan. Sayur jauh sekali. Buah sejak besar ni baru reti makan... Tu pun very limited (nangka, epal, pisang berangan, mangga recently) 
Popcorn udang
Ini kalu kat rumah boleh la buat perangai demand cam ni. Masalahnya kalu pegi jemputan kenduri atau jamuan makan kat umah orang lah selalunya. Kalu kenduri, gulai kawah, ayam masak merah manalah dia makan... Selalu ambik pinggan buh nasi kosong je... Hari tu pakcik Encik Jack tegur, dia kata nampak macam anak pungut je... Sejak tu, pegi jemputan makan kat mana-mana, buh jugak la lauk walaupun tahu dia tak makan. Takde la nampak sangat kan. Susah betul budak ni. Yang dia suka kalu pegi kenduri, bila dapat goodie bags tu la.. Dapat gula-gula, cekelat, sumi... Kenyang la dengan benda tu. Pernah masa balik kampung, nenek dia bagi setabung coklat Choclair tak silap aku. Memang seronok la dia... Dari pagi sampai ke malam dok makan benda tu. Esoknya sakit perut. Warghhhh nak marah sungguh aku. People, nak bagi anak orang makan apa-apa, tanyalah dulu ibunya boleh ke tidak. Aku cukup berbulu kalu orang bagi anak aku makan sesuka hati. Ye lah, kat rumah kita ni kemain kepung tak nak bagi makan. Bila jumpa orang, senang-senang je bagi. 
Kelmarin, dekat masa nak berbuka, Encik Jack check gula dia. Dah lama aku tak nampak dia cek gula/ tekanan darah dia. Dah alang-alang Adam ada dekat dia, dicucuknya Adam sekali, saje nak tau berapa reading gula budak ni. Asyik makan minum benda manis je kan. Tu result Adam la tu. Send kat group family aku. Kena sekolah la kat Puan Menteri... Aiyyarrkkk... Eleh, sekolah-sekolah jugak, kalu balik kampung, semua stok cekelat orang kawin tu simpan bagi jugak kat bebudak ni kuikui...
Minggu lepas aku ada citer pasal garment steamer yang aku beli sebelum posa aritu kan... Berhabuk dah, baru nak test. Best jugak pakai vertical iron ni. Kejap je dah beres. Yang paling best, sebab takde kesan putih-putih macam guna sterika biasa tu. Smooth je... Sesuai sangat untuk baju raya kaler plain, yang banyak ropol-ropol, kain licin, etc.. Wah promo! Kau tengok baju Melayu Encik Jack tu... Dia test sebab nak pakai pegi terawih. Tapi segak dia lain macam, macam nak pegi menikah aje... 

No comments: