Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 9, 2017

#1422 Me Vs Today's Big Feast

Kelmarin kitorang tapau Kenny Roger's aje.. Nazak tak tau nak masak apa. Aku boleh je masak lauk simple-simple tapi orang tu tak nak makan. Alih-alih aku dengan Adam je yang makan, orang tu beli kat param. So, aku belanja semua orang makan Kenny's je la... 11 tahun sekali aku belanja ok?! 

Eh aku dah citer ke pasal urusan penjualan rumah pusaka arwah ayah aku dah setel. Finally after 7 years! Phewwww... Alhamdulillah... Lepas ni harapnya takde lah lagi urusan yang menyesakkan dada lagi. Harapnya juga semua pihak pewaris berlapang dada dengan bahagian masing-masing dan tiada hal berbangkit. Amiinnn... Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak andai kata ada pembaca aku yang turut sama membantu di belakang tabir... Mana tahu berkat doa dan bantuan senyap kalian semua sedikit sebanyak telah mempercepatkan urusan ni  dengan izin Allah... Terima kasih ye kawan-kawan! Semua urusan setel masa minggu awal puasa baru ni... Syukur sangat-sangat. Dah lama sangat kan pending hal pembahagian pusaka ni. Nak cepat setel tu bukan sebab nak duit, tapi sebab nak selesaikan amanah secepat mungkin. Mana tahu ada kematian melibatkan pewaris, makin rumitlah jadinya pembahagian pusaka ni. Jangan main-main. Benda pun dah setel, lega lah bagi si pemegang amanah, satu bebanan berat dah terlepas dari tanggungan. Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat pada pemegang amanah yang sangat-sangat amanah. Memang arwah tak silap pilih pemegang amanahnya. Aku ada bagi sikit sumbangan kat pemegang amanah. Walau tak setimpal dengan segala wang ringgit dan penat lelah beliau ulang-alik menguruskan hal pusaka ni, tapi aku tetap hargainya. Tak tahu la beliau sudi terima ke tidak. Atau beliau dag bounce balik ke account aku. Orang selalu tak sudi dengan duit aku. Tak pelik. Kalu beliau terima, aku besar hati lah. 
Ok... Citer hari ni... Iron Chef nak datang sini satu family. Rurik-rurik teringin nak makan nasi Arab. Petang ni time berbuka, sampai la dia kalu tak jem teruk. Diorang datang dengan bas je. Aku dah siapkan menu sepanjang dia kat sini. Kemain kan. Ofkos la... Nak kena plan elok-elok tak nak bagi overlap. Kena la tau nak masak apa, bila masa nak jjcm lagi...  Ini guideline je la... Just to get the idea. Entah la boleh stick to the schedule atau ini semua ke laut biru hahahaha... We'll wait and see...

Tengahari Encik Jack call Qasar Hadramawt order dulu siap-siap. Senang nanti petang pegi pick up je tak payah tunggu-tunggu or worse, pegi-pegi dah habis... Hohoho... Lepas Asar Encik Jack pegi ambik... Kali ni beli sekilo lamb mandy dengan sekilo lamb madghout.. Salad buat sendiri macam biasa. Lagi sedap dan jimat hihi... Oh tazzabar nak berbuka and ambik diorang kat Terminal Bas Butterworth...

Macam yang aku jangka, diorang sampai lepas berbuka. Sempat la aku minum air dan solat dulu. Then terus zaaasss pegi kutip diorang. Sedang molek aku sampai sana tunggu tak sampai 10 minit kot, terus nampak bas dia... Cantek. Jom balik makan!
Iron Chef ni kalu datang tak pernah datang tangan kosong... Segan pulak aku aih... Sesikat besar gaban ni pisang nangka dibawakan khas untuk aku... Oh sangat terharu tengkiu tengkiu Iron Chef!!! I love you!!!! 
Sampai umah terus kenduri lah... Masing-masing kelaparan. Diorang berbuka makan ringan-ringan je atas bas tadi. Jom tengok apa benda yang aku beli tadi....
Diorang ni prefer mandy... Kitorang pulak prefer madghout. Aku tak suka bau rempah mandy dia.. Macam daun ketumbar pun ada... Entah... Pendek citer, aku suka madghout. Beli sekilo tiap satu tu sebab nak buat sahur sekali. Senang. Bangun pagi esok perangat je dalam microwave. I'm a modern housewife.
Lamb madgout 
Lamb mandy
Salad/acar cincai buat sendiri.
Macam-macam diorang ni bawak untuk semua orang.. Ingatkan untuk anak-anak je... Mak bapak anak pun dapat jugak. Tengkiu again! Selipar, baju hujan supercute, baju, seluar masya Allah... Terharu sangat atas ingatan Encik Labu Labi ni.. Macam-macam beli untuk anak-anak aku.
Cantik kan rain coat Zaraa? Adam pun dapat kaler pink jugek ;p;p;p
Tido pun pakai rain coat. Suka sangat tu.
Malam ni masing-masing pancit. Kalu larat tu mau ajak gi moreh kat Char Koay Teow Sungai Dua. Hahaha... Encik Labu Labi ni dah lama duk lekat perut nak makan char koay teow... Malam ni definitely no-no dah... Perut penuh dengan mmbbeeeeeekkkkkk....

Looking forward to tomorrow's plan.. Jadi ke tak.

No comments: