Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 10, 2017

#1423 Me Vs We Need Longer Table Please

Hari ni masak-masak nasi kerabu anak beranak. Boss mintak laksam sekali. Ok.. Ramai-ramai ni aku layan lah. Kalu aku sorang-sorang masak, nasi kerabu alone dah sesak napas dah rasa nak buat. Inikan pulak laksam.. Tapi disebabkan dua-dua makanan ni persamaannya kena ada ulaman, buat sekaligus lah... Tak payah nak hiris ulam banyak-banyak kali.
Posa-posa ni mengukus laksam ya Allah, drenching sweat lah... Kering satu badan berpeluh. Nak minum air tak boleh... Sabar je lah... Orang yang mengorder sedap je duk kat luar berdingin-dingin tengok tv... Besar sungguh pahala aku kukus laksam hari ni LOL. Nasib baik jadi laksam aku hari ni.. Tapi tak perfect 10 macam aku buat time BIL datang aritu. Tapi not bad lah... Ada rupa dan rasa in sya Allah.
Pisang nangka yang gebu-gebu tu dah lebam bergeser dalam bas agaknya kot. Dah tak seksi pisang ni. Iron Chef kata Encik Labu Labi specialist sira pisang. Aku pun sub kan kat dia sira pisang... Ni sira pisang dia la yang buat. Lain sikit sira pisang orang Pattani ni... Air banyak, pastu tak buh bunga cengkih. Dia pakai esen vanilla... Pelik la sikit pada aku... Takpe, takpe... Kita cuba resepi baru..
Cantik kan ikan celup tepung ex tukang goreng pisang.
Kitorang start projek nasi kerabu dari pagi lagi. Buat sambal kelapa/ikan tu dulu... Ikan tu pun aku dah rebus siap-siap kelmarin. Hari ni tak la penat sangat. Buat nasi kerabu ni renyah tau. Sebab banyak lauk. Sambal kelapa, telur masin dengan sambal lada dah setel awal. Petang nanti tunggu goreng ikan celup tepung, grill lamb dengan masak nasi je. Satu Seberang Jaya ni kitorang cari keropok takde orang jual. Orang Penang tak makan keropok ke di masa lapang? Nasi kerabu aku tak cukup ayam percik, keropok dengan solok lada. Yang lain semua ada.
Grilled marinated lamb.
Petang sebab lepak sangat tak kecoh nak masak, diorang sempat lagi keluar pegi bazaar ramadan. Aku duk umah je dengan budak-budak. Tengok la nak susun kat mana makanan banyak-banyak ni.. Yang masak kat rumah ni pun dah penuh meja. Beli lagi kuih-muih kat param. Kena makan bawah meja dah nampak gaya ni...

Selamat berbuka semua!

No comments: