Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, June 11, 2017

#1424 Me Vs Medieval Table Please!

Hari ni pakcik aku kat SP jemput bukak posa kat rumah dia. Mulanya agak berbelah bagi nak pegi, tapi kalu tak jumpa hari ni, entah bila pulak boleh jumpa. Ok, akhirnya kami sebulat suara setuju nak pegi.. Nak pegi sana lepas Zohor sebab Asar nanti nak pegi serang bazaar ramadan yang pakcik aku kata sekilometer panjangnya together-gether...

Kul 11 lebih tu sempat lagi pegi shopping kat Pacific.. Balik rumah, projek roti john untuk bawak as potluck kat umah pakcik aku nanti. sesambil tu boleh la aku belajar buat roti john hehe. For roti john lovers, abang botak ni jual roti john versi tak kedekut kat Bangi Lama... Orang area Sungai Merab agaknya familiar kot dengan abang botak ni. Sape-sape kat Bangi Lama pi la beli kat gerai dia... Roti john dia murah, inti tak kedekut. Aku takkan promo kalu benda tak sedap or so-so aje... Go grab yours!
Diorang bawak inti yang dah siap buat dari Sungai Merab lagi. Kat sini tunggu beli roti dan goreng je atas dapur. Kat sini tak jumpa the real roti john yang panjang tu, so kitorang beli roti sosej je lah. Takkan nak suruh diorang angkut segala bahan nak buat roti john ke sini kan. Datang pun dengan bas aje... Bawak inti ayam tu pun aku dah thrilled sangat-sangat dah... Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk tengok dan belajar cara-cara buat roti john oleh yang pakar.. Ececeh...
Kat umah aku ni takde kuali ceper... So, belasah buat atas magic grill je lah. Itu aje benda yang paling luas permukaan yang sesuai untuk goreng roti john. Kita pakai apa yang ada aje. Rupa tak penting, yang pentingnya rasa.
Ini bukan rupa sebenar roti john yang dijual ok... Ni roti sosej je, mind you. Kat gerai diorang, ada lagi la bahan-bahan yang dia bubuh. Kat umah aku ni tak available semua benda tu. Ni pakai apa yang ada je tau. Kang kata sebijik macam ni tak meriah tak nak beli lah... No-no! Ini buat kat umah aku, tak cukup bahan dan alatan... 
Aku kan... Seumur hidup tak pernah minat nak try roti john. Tak tahu pun roti john tu rasa macam mana. Pada aku, semua yang rupa macam kebab, yang buh sos-sos, mayonis sampai banjir ni, semua aku tak gemar. Nih baru first time nak rasa. First time biar dapat yang terbaek terus!
Masa shopping kat Pacific, aku beli terus buah-buah untuk buat colek buah makan sama-sama kat rumah pakcik aku nanti. Nak bawak makanan lain, diorang tak makan. Last-last suruh kita bawak balik semula buah tangan yang kita bawak. Bukan sekali dua je tau, memang selalu macam tu sampai aku givap. Last-last pegi tak bawak apa. Susah sangat kan. Aku buat kuah rojak Mak Bee tu sendiri kat rumah. Entah diorang makan ke tidak.. Tak nak makan takpe la... Aku bawak balik semula... Memang tak nak bagitau pun aku yang buat kuah rojak tu. Kita tengok nanti cemana ada sambutan ke tidak.
Ini hasil serangan 2 param kat SP. Masya Allah... Beli dalam koma ke apa pakcik aku ni. Sape la nak habiskan... Tiap kali tengok atas meja ni, tiap kali tu la aku mengucap panjang... Aku tak biasa banyak sangat makanan ni. Masya Allah, masya Allah... 
Stesen kuih.
Stesen lauk
Stesen colek buah. Kuah Mak Bee tu aku buat sendiri.
Stesen satay.
Stesen air 
Dalam banyak-banyak aku cuma bersinar bila pandang air kelapa pandan yang pakcik aku tanam ni. Kait kelapa ni semata-mata untuk bukak posa ramai-ramai ni je.... Adam suka benar la air kelapa muda ni... Aku pun suka! 

Kuah Mak Bee aku diorang tak jamah pun. Takpe lah... Kalu bawak balik rumah, ada yang lebih appreciate nanti. Makanan memang berlambak la tak luak. Bagai dijangka, mostly bungkus suruh aku bawak balik lah. Sebab diorang esok dah nak balik KL, rumah ni cuma rumah percutian aje... Takkan nak tinggal makanan dalam fridge. Entah bila pulak diorang nak balik SP.

Masya Allah... Berbondong-bondong lauk 2,3 plastik aku kena bawak balik... Semua lauk-pauk selera utara... Tak tahu nak buat emosi/reaksi macam mana. Tapi sebab fikir sahur nanti malas dah nak masak, ambik jugak la lauk tapau ni.. Tapau bukan lauk je, nasi-nasi sekali tuan rumah kasi. Sahur nanti aku kena bangun kul 3 pagi lah kot... Ahahaha beratur lauk-lauk nak masuk dalam microwave. Sedang elok siap perangat semua, yang first-first perangat tu dah sejuk ;p Ahahahhaha...

Orang bagi tu ambik je la... Tengkiu tuan rumah!

Balik dari SP, kalu ikut plan asal nak singgah ke Char koay teow famous kat Sungai Dua tuh, tapi dah semorang penuh perut pecah pedal, terus balik rumah lah jawabnya... Hahahaha... Aku dah warning dah sebelum datang SP tadi... Kan betul kataku... Kalu pegi SP memang takkan dapat menyinggah char koay teow dah. Encik Labu Labi, lepas ni you jangan gelenya-gelenya cakap kecanduan sama itu char koay teow I tak nak layan. Hahahaha...

Obviously predicted.

No comments: