Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 12, 2017

#1425 Me Vs Tinggal 4

Bangkit sahur pagi ni jenuh nak perangat satu-satu... Benar bagai dikata, by the time aku siap perangat semua lauk, yang awal-awal tu dah pun sejuk ;p wakakakakaka... Masing-masing makan slow-slow kayuh.. Maklum la, channel Kelantan nak suruh makan ikut channel utara memang tak berapa kacip lah. Tak kira la walau macam mana hebat kau promo kari umbut pisang pun. Tapi kalu tak makan, rasa macam guilty pulak tengok makanan macam ni punya banyak nak dibuang gitu je. Makan jugak la paksa-paksa telan. Rezeki kan.

Hari ni Iron Chef satu family dah nak balik. Esok dia keje. Sedih pulak aku.. Lepas ni berbuka kelip-kelip ngadap 4 muka ni je la. Ramai-ramai ni rasa spirit uplifted sikit.
Hari ni datang angin nak mendonat setelah sekian lama.. Anak-anak mintak nak makan donat... Golek dalam cinnamon sugar. Ok jomm buat... Kalu tangan tak berseni tu, terap pakai satu acuan pun boleh jadi macam-macam bentuk dan saiz. Heran aku. Hahahaha.
Pisang nangka dah lebam banyak hari tak terbuat apa-apa sebab banyak sangat makanan. Nak buat pengat santan takde. Aku goreng celup tepung je lah. Saje nak kasi nampak banyak benda atas meja.. Culture shock meja aku sehari dua lepas sampai nak limpah meja. Hari ni ciput je pinggan atas meja. Sape nak makan, makan. Kalu tak nak makan, you know what I'm gonna do..
Setengah dari doh donat tu aku guna untuk buat burger malaysia. Entah sedap ke tidak. Kalu Encik Jack nak makan, aku sumbat la inti. Kalu tak nak, tak payah buat. 
 Dah takde orang ni sunyi pulak rasa... Huhu...

No comments: