Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 17, 2017

#1426 Me Vs School Reopen

Sekolah dah start balik... Both parents and kids kekok nak adapt to the new schedule.. Dah 2 minggu lepas sahur buat aktiviti bebas, now nak kena stick to school routine. Haih... Aku yang mak-mak ni pun rasa malas. Inikan pulak budak-budak.

Minggu ni cikgu Zaraa bagi buku rekod ujian hari tu. Alahaiiiii... Anak Encik Jack sangat! Tu yang bangga sangat bapak dia tu... Dia kata Zaraa menurun dia, Adam menurun aku yang pemalas. Hoh. Nak marah pun tak boleh sebab memang betol atas dahi pun. Bengang sebab he's damn right. LOL. 

Minggu lepas aku terjumpa jam tangan lama hadiah PMR aku dulu pemberian arwah ayah aku. Aku pakaikan kat Zaraa sambil story la kat dia dulu aku dapat result PMR elok... Aku tak mintak pun jam tu tapi arwah aku buat surprise kat aku. (ke aku mintak... rasanya macam tak mintak pun LOL) 

So, Zaraa kata kat daddy dia, dia tak nak mintak hadiah sebab mommy dulu pun tak mintak PapaNik bagi jam... Hoho inspired dengan kisah aku rupanya... Harapnya budak ni sampai masuk sekolah rendah nanti pun masih kekalkan prestasi macam ni. Jangan jadi macam abang dia sudah la... 
Inti roti john yang Iron Chef bawak aritu ada lagi. Aku buat la roti john sekali lagi. Ahaha... Punya la kalut nak berbuka sampai terlupa nak buh mayo dengan sos..
Budak-budak pulak selagi donat tak habis, yang tu la diorang duk repeat request. Lantak. Elok la diorang makan sampai habis. Sampai 3 kali goreng pun ada. Asyik tak cukup je... Jiwa mak-mak ni, bila tengok anak-anak makan bersungguh tu rasa hilang penat dan puas sangat hati. Tapi bila donat dah habis, diorang suruh buat lain, alahaiiii malas la pulek!!! 
Time sahur pulak memang serius tak tau nak masak apa... Inti roti john tak habis lagi. Aku modified buat inti telur bungkus makan dengan nasi goreng. Pun tak luak jugak. Tak lalu benar boss makan. Telur bungkus tu last-last buang jugak. Nasi goreng ada belen tu aku simpan la untuk masa-masa terdesak. Haih... Berapa hari lagi nak bersahur berbuka kat Penang ni... Lepas raya time tak posa pun repeat tak lalu makan lagi... Payah.
Habis satu batch donat hari tu... Ada permintaan lagi... Kali ni buat separuh je sebab yis tinggal sikit. Jadi lah tu. 
Baru ni berbuka buat soto. Nasi impit ada, bihun pun ada. Makanlah lebih kurang. Bila tanya nak makan apa, lamaaaaaaaanyaaaaa nak tunggu orang tu pikir sampai semput dah masa nak masak berbuka. Kalu tunggu lagi, memang bukak posa minum air je lah. 
Soto ni aku guna rempah soto mak siti (yang halus macam rempah kari tu). Rempah kasar fantastic 4 tuh aku tambah sendiri. Jadi lah soto. Hari-hari rasa nak nanges when it comes to meal time. Tanya pun takde jawapan. Baik aku masak je apa yang terlintas. Sape nak makan, makan. Orang yang selalu tak nak makan apa aku masak tu dia boleh drive cari apa-apa dia suka. Makanan yang takde orang nak makan, buang aje. Aku, cukup time, makanan kena ada. Nak makan, tak nak makan, itu citer lain. Janji aku buat bahagian aku. At least demi kesihatan perut aku.
Kelmarin pegi pasar malam beli ikan tongkol lagi. Encik Jack nak makan masak sambal. Kalu ada request camni senang. Tukang masak ikut je. 

Dahsyat dugaan posa makin hari ni.

No comments: