Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, June 19, 2017

#1427 Me Vs Iftar Chronology

Dah lama tak citer pasal cucu bulu aku tu kan. Kelmarin dulu aku nampak dia kat depan pagar owner dia, tengah lepak tepi jalan. Bila panggil-panggil, dia datang. Mula-mula datang sekerat jalan je, jual mahal. Pastu datang balik... Buat jinak-jinak merpati pulek. Dia tu kucing!
Dah besar panjang dah pun dia. Sekarang ni owner dia dah bagi lepas bebas kat luar dah. Berbulan-bulan duk kurung dia dalam rumah tak bagi keluar. Kalau dah kucing kampung tu mana mau duk terkurung aje. Mesti cari jalan jugak nak keluar. Dah besar ni sebijik macam mak dia dulu... Kat mana la mak dia sekarang ni. Elok ke tuan baru dia layan dia...
Sebelum balik raya ni, aku nak clear semua gambar-gambar makanan iftar untuk bagi ruang kat gambar raya nanti. Cheh macam la aku rajin nak ambik gambar sekarang ni. Ha, ni nak citer baru ni pegi Tesco encik Jack ambik perut lembu frozen. Nak makan perut air asam. Aku ni seumur hidup tak pernah buat. Makan pun tak pernah. Perut dalam mi celup tu ada la makan kekadang. I have no idea cemana perut air asam ni taste like. Pernah tengok rupa perut air asam ni masa kecik-kecik dulu kat kampung time orang buat korban. Tapi lama sangat dah. Punya la nak makan sangat-sangat, boss sendiri yang google resipi perut air asam Azie Kitchen tunjuk kat aku. Hoh. Ini kes berat ni. 11 tahun kawin tak pernah-pernah bagi resipi suruh aku buat. Kalu aku suruh fikir menu, cari resipi pun dia tak buat. Kali ni memang desperate measures lah tu. Nah, aku buat jugak la.... Tanya Iron Chef gitu-gini, siap la jugak. Tapi tak tahu la rasa dia jadi ke tak. Aku suruh tunggu makan kat kampung dia tak nak.
Mi kari pun dia jugak yang request.. Tengahari lagi start masak. Benda-benda camni kan renyah banyak benda nak kena prepare. Mi kari lagi serta condimentnya, perut air asam lagi, nasi untuk Adam lagi... 4 orang, 4 selera. Penat tukang masak I tell you. Kalu masak benda yang boleh prepare in advance takpe. 
Daun pisang ni pun beli kat Tesco haha hilir kan aku. Bancuhan tepung cekodok ada lagi tak habis goreng. Aku modified jadi lepat. Tambah kelapa parut je. Jadi ler tu. Kukus atas penapis santan je pun. Takat aku je nak makan. Boss tak makan kuih kukus-kukus ni.
Henpon aku problem sebelum pegi Europe aritu lagi. Tapi bertahan la sampai ke hari ni. Time dia giler tu, bertabah la. Time ok, ok pulak. Seminggu dua ni henpon aku ni asyik hanged je. Kadang, nak bukak apa-apa media punya la lama duk loading-loading-loading tak sudah. Ikutkan hati, aku malas nak beli-beli henpon baru. (*mana nak cari pompuan purba macam ni?) Malas sebab, aku ni once dah selesa dengan something tu, I do not wish to change and start anew. Aku ni ambik masa untuk sesuaikan diri dengan situasi baru. Begitu jugak dengan henpon baru. Tapi makin lama henpon makin uzur. Henpon S4 aku tu beli tahun 2013 kot. Henpon ni kan, walau tak rosak pun, bila dah lama kita tetap kena, terpaksa tukar baru. Sebabnya yang aku nampak depan mata dan aku experienced sendiri; bila henpon kita dah ketinggalan, processor dia pun dah takleh nak catch up dengan henpon yang terkini/terkemudian. Format media pun depa update selalu, bila komponen henpon dah jauh terkebelakang ni, dia dah takleh nak baca/ takleh nak update dah... Dah tak compatible dengan masa. Itu la yang jadi kat henpon lama aku. Boleh je kalu nak guna lagi. Tapi stress akan lebih bila aku duk di kalangan ramai orang yang ofkosnya, guna henpon yang lagi baru lagi dari henpon aku. Orang lain rilek je duk surfing, aku jugak yang terkial-kial tak dapat line... Sama jugak kesnya macam astro. Kalu umah kau tak pakai astro, masih boleh tengok tv. Tapinya, tv kau kedut seribu la... Habis ditarik coverage kat piring astro orang sebelah. Haaaa camtu la jadi kat henpon aku bila duk dengan orang guna S7.. Suffer aku masa kat Europe aritu.  
Dengan penuh berat hati, aku mengalah ajak boss pegi Seng Q. Mengalah tu sebab boss dah ajak banyak kali pegi beli henpon baru (*kan dah kata mana nak cari pompuan purba tak materialistik macam ni) Tapi aku yang tak nak. Ye lah, selagi boleh guna, guna je lah buat apa nak membazir beli benda ikut nafsu... Itu memang didikan Puan Menteri. Dari kecik memang dah diterapkan jangan nak ikut trend, jangan nak ikut orang. Ikutlah poket sendiri. Dulu.... Aku pernah terfikir, aku ni kalu tiba-tiba ada banyak duit (atau tiba-tiba Allah bagi rezeki jadi jutawan ke), adakah aku ni akan remain frugal atau aku akan berbelanja dengan boros... Now is the time. Nampaknya, I'm still the frugal, primitive one. Thanks to Puan Menteri.
Samsung Free raya kit.
Okay, sebelum ni masa awal-awal S4 aku tu buat hal aku dah riki-riki la dengan Nik Pareh, Menteri Telekomunikasi Dan Pergadgetan kitorang. Dia dah bagi list henpon yang berpotensi sesuai untuk aku with the pros and cons. Dalam list tu ofkos la termasuk P10+ dengan S7... Masa aku riki-riki tu aku belum dikurniakan rezeki oleh Allah Taala. So, aku pendamkan aje la... Takde duit, buat cara takde duit. Tak perlu nak bergolok gadai untuk benda yang makin susut nilai macam ni.
6 bulan berlalu, aku masih pakai henpon purba aku tu. Trust me, aku dah tak jumpa sape-sape yang pakai S4 kat negara ni, sekarang. Now, alhamdulillah ada la rezeki lebih sikit. Bulan ni pun banyak promosi. Aku nak grab peluang ni la... Lagipun aku pikir jugak, andai kata berlaku apa-apa emergency kat tengah hutan Grik tu, apa la aku nak harapkan dari henpon purba aku ni. Wifi Unifi umah yang strong macam Chuck Noris ni pun kadang-kadang henpon aku tingtong jugak. Bateri pun dah kong. Ini bahaya. Aku kena beli baru jugak ni. 

So, hari ni pegi Seng Q la lepas ambik Zaraa sekolah. Sementara nak pegi ambik Adam kul 3.30 sempat lagi ni beli henpon. Boss macam nak suruh aku ambik S7.. Nik Pareh pro P10+... Pening aku. Aku, kalu beli henpon, aku nak cari yang kamera bagus je. Yang lain-lain features and function canggih aku bukan guna pun. So, aku tak aim yang termahal la. Masalahnya, henpon kamera lawa sumer mahal-mahal... Kena ada 3 ribu baru sedap nak bercakap. S7 RM2600+.. Berbelah bagi aku. Kat Seng Q tu sampai salesperson penat ngikut kitorang kejap kat Sambung, kejap kat Huawei.. Last-last, aku ambik Sambung C9 Pro aje... Kalu mengikut Nik Pareh, C9 nih skrin besar, bateri besar tapi processor dia guna yang gred pertengahan. Tapi bila sembang dengan jurujual, dia kata tahap kita ni bukan guna giler-giler... Takde masalah. Aku tengok Puan Rozita Ibrahim Ratu Jamu Malaya tu pun pakai Mate 9 je... Itu citer jutawan, businesswoman yang busy 24 jam... Aku ni takat duk umah guna henpon bukak media sosial jarang-jarang, wasap tu je... Bukan jenis segala hal meeting, client details sumer nak save dalam henpon.... So, I think that should be enough for me.. Beli mahal-mahal tapi guna apps yang sama 2,3 tu je jugak. Bukan nak main game pun.

Antara sebab lain aku ambik C9 nih, sebab dapat free raya kit worth RM350 katanya. Dalam tu ada mini fan, SD/memory card, speaker slash powerbank, selfie stick. Boleh la tu. Ini antara cara aku nak memupuk rasa rendah diri.. Ececeh... Kang pakai S7, S8 asyik nak keluarkan henpon je rasa nak tayang kat orang.. Hahahaha... Kan dah beli yang murah ni, diam-diam sorok sudah. 
Semua gambar kat bawah ni ambik guna henpon baru. Tapi rasa macam takde la lawa sangat pun gambarnya... Tak reti nak guna lagi ke apa. Kalau benda kaler merah, menyala sangat intensiti kaler tu... Kat mana ntah setting colour... Kadang-kadang ok pulak. Sah tak reti guna. Henpon lama tiap kali nak ambik gambar nak kena klik kat mana nak fokus... Yang baru ni auto fokus tapi tak sharp pun? Ahahahaha.... I need more time to get use to this new gadget... 
Esok dah nak balik raya... Panas-panas ni risau nak tinggalkan tanaman. Irigation system aku dah tak berapa menjadi. Kadang keluar, kadang tak keluar air... Tu yang bawak keluar bath tub Zaraa tu... Kang terendam lama dalam air, mati jugak. Kalu habis air dalam tu kering gegaring mati jugak. Haih... Macam tu la kalu mengharap pada sesama makhluk yang ada kekurangan...

Esok balik yay!!!!

No comments: