Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 30, 2017

#1428 Me Vs Make Over Mojo

When your home make over mojo is here but your money is not, you make over in your mind! LOL. Aku yang 'draw', aku yang 'paint' pastu aku jugak gelakkan diri sendiri. Lawak giler macam budak tadika lukis. 
Skang ni dah tak berfb, dah tak drama marathon, banyak la masa-masa yang menyakitkan hati sebab duk ternampak-nampak aje pemandangan yang sekian lama memang sedia ada tapi aku tak perasan sebab asyik sangat dengan online kan.

Tak sangka sangat-sangat. Ingatkan bila dah tak main fb ni dapatlah bonding-bonding dengan my kids... Rupanya bukan bonding dengan anak-anak je yang aku dapat, bonus bonding dengan rumah sekali at the same time. Fuh. Bonding dengan anak no komen lah... So far alhamdulillah. Sejak mata dah tak mengadap skrin sangat ni, banyak benda yang makin bukak mata aku. Pasal anak mostly. And pasal rumah.

Tang rumah yang sendu tu. Bila kau banyak masa duk tatap rumah kau syurga kau ni, banyak la yang aku makin tak puas hati. Ye lah, dulu masa naik umah, knowledge tidak lah sama level macam sekarang ni. You have to make mistake to learn the lesson kan. 

Senang citer, ada benda yang aku nyesal buat dengan tak buat kat kitchen aku ni. Aku pernah citer kan masa proses nak masuk umah ni ada 4  perkara besar dalam hidup kitorang terjadi dalam tahun tu. Jadinya, aku anggap aku ni mangsa keadaan yang menyebabkan aku dapat kitchen tak seperti yang aku plankan sebelum tu. Lepas 6 tahun duk sini, mata makin hari makin sakit tengok kitchen aku yang aku sifatkan ugly-ugly Fiona ni. Rasa nak flip 100% kitchen ni. Nak tukar pintu kabinet. Nak tukar kaler kabinet. Nak tukar table top. Everything!

Masalahnya duit takat 4 angka ni kau nak sembang apa? Banyak kali dah aku komplen dengan encik Jack... Bukan komplen sangat la, dia macam sesi sembang luah-luah dari hati pastu let go. Hahaha.. Tapi Encik Jack tak komen apa la sebab kononnya silap aku lah yang pilih kaler dan material kitchen cabinet ni... (no, aku bukan pilih yang ni, ni semua salah paham sebab 4 perkara besar yang jadi tu la... yang jadi mangsanya aku) Solution yang paling jimat ekonomi adalah, sapu cat. Tu yang aku edit gambar atas tu aku paint kaler putih nak tengok cemana gambarannya. Erkk... Huduh sebab aku draw buruk ke sebab memang kalu cat kaler putih jadi makin buruk...????

Pikir-pikir banyak kali lepas tu... Kang kalu cat kaler putih, resultnya lagi buruk dari yang sedia ada skang ni apa cer? Kang tak pasal-pasal dari nak jimat bajet, kena tukar seketul yang baru. Hohoho... Eh, aku onnnnn je kalu ada pihak yang sudi sponsor kitchen baru aku ni hehehe.

Dah refer kat youtube cemana nak repaint kitchen cabinet. Tengok macam senang je. Tapi tu lah. Aku tak berani nak sahut cabaran. Takut turn out hasilnya lagi kartun huhuhuhu makin sendu la pemandangan kat dapur ni....

Ni tengah pikir cemana nak cari duit dalam masa yang singkat lagi terdesak ni. Kalau boleh, satu rumah aku nak flip. Sofa dengan perabot lain aku tengah diskas dengan encik Jack nak buat garage sale. First step try iklan kat group taman dulu. Kot ada jiran-jiran berminat boleh la angkut by hand aje dari rumah aku. Senang kan.

Alahai. Nak mekap rumah tapi duitnya sendu.

No comments: