Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 6, 2017

#1429 Me Vs 36 Kali

Happy Birthday Blog Diva!!!!!
Macam kenaaaa sangat dgn gmbr ni ;p
Hari ni aku posa lagi. Bangkit sahur dan ingatkan diri sendiri yang hari ni harijadi aku. (I'm hopeless about time and date nowadays, selalu lupa tarikh and their significance) Aku orang pertama yang wish birthday aku hari ni. Love yourself first. Once aku dah wish kat diri sendiri, then it's ok lah kalu ada orang lain yang lupa wish aku. Fortunately, semua insan kesayangan tak lupa birthday aku. Alhamdulillah and thank you everyone for your thoughts.

Dah nama pun posa, sah-sah la lemau dan sendu sepanjang hari. Hari ni ada majlis jamuan Aidifitri kat sekolah Adam. Sesambil kena sign keputusan exam. Skang ni depa tak bagi buku rekod dah. Pegi sign kat kertas simpanan cikgu aje. Result pulak, dah lama tahu sebab semua kan boleh check online aje. Pegi semata-mata nak sign tu je.

Ikutkan hati malas aku nak pegi. Kan aku posa. Baik terjelepek kat umah aje. Pastu pikir-pikir cara waras balik, kang kalu aku tak gi... Encik Jack la yang kena pegi. Buatnya cikgu komplen macam-macam pasal Adam dalam kelas tu (main masa cikgu ngajar ke, tak buat homework ke, tak bawak buku ke etc) kang ribut petir pulak kat Adam.. Sometimes aku kesian sangat kat Adam. Selalu kena marah. Dah la budak-budak lain ada gajet, dia takde.. Rasa macam kitorang ni selalu menafikan hak dia pulak. Selalu komplen slash kritik slash kutuk dia... Padahal bukan teruk sangat pun dia... Insaf..



Berdebar-debar aku nak jumpa cikgu kelas dia. Manalah tahu mimpi ngeri jadi nyata ni, nanti encik Jack tanya cikgu bilang apa sama aku, apa aku nak cakap? Cakap benda betul karang Adam jadi mangsa pulak. Kalu tipu, tak sampai hati pulak. Apa-apa hal, meh jumpa cikgu dulu. Encik Jack tunggu dalam keta je sebab takde parking. Fuuh!!! Molek sangat perancangan Allah terhadap aku hari ni.

Tiba giliran aku jumpa cikgunya... Cikgu kelas dia ajar Pendidikan Islam. Huhu... Aku kalu boleh nak jumpa cikgu Math or Science dia. Tapi dah bukan cikgu kelas dia, memang takleh nak jumpa la. So, aku pun tanya je la cane Adam dalam kelas... Cikgu kata Adam behave well. Ada la time nampak khayal tu tapi bila cikgu tanya, dia boleh jawab. Syabbas mera betha! Pastu aku citer la pasal result Math dia yang teruk tu... Ustazah kata, don't worry bukan dia sorang je dapat markah teruk macam tu. Ramai lagi classmates dia yang dapat D for Math. Ustazah kata memang ramai yang result drop sebab start tahun ni silibus lain. Cikgu-cikgu sendiri pun baru-baru je nak master. So she told me it's ok... See? Kesian Adam kitorang duk marah dia kaw-kaw pasal Math. Memang la dia tu lemah Math sejak dulu lagi... Menurun aku. Huhu. Tapi pandai English. *clap *clap*clap

Nasib baik feedback ok, takde la bad mood boss aku ni. Balik umah, sambung agenda terjelepek aku. Encik Jack tanya nak celebrate kat mana malam ni. To tell you the truth, posa-posa ni aku takde nafsu nak berjimba. Lagipun esok sekolah kan. Aku paling bosan kalu keluar makan malam, anak-anak mengantuk kat meja makan. Dah masuk their sleeping time kan. Celebrate later-later lah, weekend ni ke... Malam ni masak makan kat umah je la. Berkelakuan baik bini encik Jack tahun ni. Hadiah birthday pun tak mintak. Baru ni dia ada kata nak belanja aku makan durian kat Sunway. Tapi aku dengar gitu-gitu je... Like I said la, aku takde nafsu langsung nak keluar-keluar. 

Birthday tahun ni paling sendu dalam sejarah kot. Tahun lepas paling best sebab dapat celebrate dengan semua family aku kat kampung (birthday aku jatuh pada hari raya pertama)... Tahun ni rasa macam bukan birthday je. Maybe sebab posa kot.

Petang masa aku sibuk-sibuk nak masak for berbuka, encik Jack keluar. Aku tak suspect apa-apa la ingatkan pegi lab tutup alat eksperimen dia. Balik-balik tengok dia bawak 3 pek durian ni. Eh, ada sungguh la! Ahahaha... I'm happy. Tapi tu lah, posa-posa ni letihnya sampai nak buat muka happy pun tak lalu. Dalam hati I'm grateful for him. Walaupun... Dia beli sebab dia sendiri yang teringin nak makan! Hehe... Pun boleh lah. Sebelum berbuka, dia dulu yang rasmi durian birthday aku ni. ;p
Masa nak keluarkan bahan-bahan nak masak dari dalam fridge, tetiba ternampak eh ada kek laaaaaahhh ahahahahahaha.... Tak sangka langsung! Pandai pulak dia buat saprais kat bini dia. Oh ada kek lagi aku tahun ni. Aku pun tak terfikir langsung nak mintak-mintak kek ke apa. Yang aku tahu, aku aim nak habiskan posa ganti ni je... Hahahah.. Alhamdulillah... Tq encik Jack..
Kek feveret aku lah... Tak cakap pun aku nak kek apa. Tapi dia tahu aku suka kek ni. Kesian Adam nak kek coklat tapi daddy belikan semua flavour sama.
Tengah malam baru aku makan kek. Memang perangai aku, masa berbuka wajib makan nasik. Lepas makan nasi memang takleh nak masuk apa dah. Lepas Isyak la kalu start nak mengisi perut lagi kalu larat. Macam mana la nak gemuk kalu masuk sikit dah kenyang?
Lauk berbuka cincai aje. Masak apa yang ada dalam fridge aje. Aku ni simple je.. Nak-nak pulak aku sendiri yang kena masak. Letih-letih ni lagi la malas nak buat benda yang rumit-rumit.. So, ikut suka tukang masak lah nak masak apa. Sape nak makan, makan. Sikit pun aku tak kecik hati kalu orang tak nak makan. 
Gambar-gambar kat bawah ni aku belanja korang sebab dah berkurun tak update blog. Nak buat entry satu-satu rasa macam takde kekuatan jiwa. *saiaaa taaa kuaadddd Gambar bawah ni ada macam-macam. Tak ikut turutan masa dan tempat. Kalu nak tengok, tengok lah. Aku saje tepek sini sebab aku nak delete dari Dropbox aku yang makin penuh...
Biskut raya bila habis nih...
Bukak posa ganti... Daging black pepper.
Iftar ganti, murtabak raja 2 keping. Cukup le tu.
Pajeri nenas style Kelantan. Resepi Puan  Iron Chef.
Entah jadi ke tidak pajeri aku ni. Kan posa.
Perut air asam MIL request. Aku buat tapi tatau jadi ke tak. Posa kan.
Cucuk satay 29 Ramadhan.
Iftar 29 Ramadhan.
Juadah raya @MIL's place
How to flatlay your picture.
Nasi ayam kampung. Breakfast lepas raya @KB.
Beli mahal-mahal tapi tertipuuuu
Lepas raya masing-masing cari benda alah ni. Muak lauk raya!
Eksaited aku jumpa agar-agar kering ni. Tapi perisa dia tipuuu sangat. Tak macam dulu-dulu.
Boss IBM bagi pizza base. We make pizza.
Pisang. Tu pun tak kenal?
Iftar ganti...
Durian birthday yang tak berapa sedap we make tempoyak, ladies..

No comments: