Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, October 7, 2017

#1439 Me Vs Sleeping Separately

10 tahun jadi mak orang, masuk tahun ni aku dah naik risau macam mana nak asingkan tempat tidur diorang ni. Kalu anak aku ni 2-2 sama jantina tidaklah aku risau sangat boleh je suruh tido sebilik. Ye lah ni sorang laki sorang pompuan. Yang laki dah 10 tahun. Bukan ke Nabi suruh asingkan tempat tidur antara anak lelaki dengan perempuan bila dah umur 10 tahun ke atas...

Dah lama jugak la kitorang menyuarakan hal ni pada anak-anak. Adam, macam yang semua kenal la. Dia memang takkan tido sorang nyer. Dari dulu lagi memang penakut. Adik pulak, dulu berani. Dulu lagi la dia nak tido kat bilik dia sendiri. Siap suruh daddynya pasangkan para kat atas kepala katil, nak susun teddy bear dengan baby doll katanya. Senang betul terpengaruh dengan cerita kanak-kanak yang dia selalu tengok kat tv. Hadoiii... 

Tapi sadly, sejak akhir-akhir ni Zaraa mula menunjukkan ciri-ciri berjangkit penyakit takut dari Adam. This is not good. Lepas tengok cerita hantu Haloween baru ni lah tu. Aku hangin betul. Satu rumah aku sound, jangan tengok cerita hantu dah. Dengan bapak-bapaknya sekali aku sound. Nak tengok boleh, tunggu bebudak tido dulu. Sendiri mau ingat la. Kalu tak dengar cakap aku, sampai ke tua la bebudak ni duk menempel dalam bilik master. Suruh ambik air semayang sorang-sorang kat bilik air bawah ni pun takut. Suruh naik ambik barang dalam bilik pun takut. Tak ke susah tu. 

Ada sekali satu malam tu, Zaraa dah tido. Masa tu aku tak tido lagi. Sekali dia bangkit, duduk sandar ke birai katil belah aku. Aku tanya dia kenapa. Dia cakap, dia tak boleh tido, selalu mimpi hantu. Yang tu lepas tengok citer Haloween tu lah. Tak ingat tajuk movie tuh tapi ada perkataan Haloween-Haloween lah. Kesian budak tu. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi... Lepas tu memang aku marah giler-giler la sape tengok citer hantu. Iklan citer hantu pun aku suruh tukar channel lain. Menyampah kalu chanel Citra ke, Mustika HD ke etc, yang banyak chanel Melayu-Melayu tu lah, suka benar tayang sneek peek citer hantu. 

Minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnya lagi aku dengan encik Jack duk buat perang psikologi kat diorang suruh tido sendiri. Mula-mula memang la payah. Tapi lama-lama duk perli-perli tu, nampak ada hasil la. Ada la few times yang diorang bagitau nak tido bilik sendiri. Tapi kitorang macam biasa la skeptikal, alah takkan diorang serius cakap tu. Lagipun bilik diorang tu takde tilam and need serious housekeeping sebelum boleh bagi diorang duduk.

Bayangkan, dia bagitau ni masa hari aku sibuk dengan hal mesin basuh giler aku tu. Penatnya hai. Tapi dah Zaraa sendiri bagitau nak tido bilik dia malam ni. Terpaksa la aku kemaskan jugak bilik dia walau penat macam apa pun. Orang tengah naik syeh tu kau jangan potong angin dia. Kang dia sentap terus tak jadi tido sendiri. Hah aku jugak yang susah. 
Aku iyakan aje lah. Dari petang lagi tengok diorang duk angkut segala harta diorang kat bawah ni naik ke bilik diorang. Hadoiii baru ingat nak lie down penat jiwa bergaduh dengan mesin basuh dah 2 hari. Naik jugak lah dengan batang mop, vakum, cadar dan sarung bantal. Diorang dah terbuka pintu hati nak tido sendiri tu, benda baik la kan.
Dipunggahnya their bedding dari bilik master tu dilonggoknya depan bilik. Adoi bestnya kalu petik jari je, gesek hidung ke, macam Bewitched tuh then semua keje siap sekelip mata. Sebelum naik mengemas kat atas ni, aku dah masak nasik siap-siap. Tahu dah, turun karang sure lapar kedarah. Kalu turun baru nak start masak nasik, kebulur lah nak tunggu nasik masak pulak. Ayam ikan pun siap perap garam kunyit dah. Tunggu goreng je. Okeh, baru senang hati boleh sambung ngemas!
Bilik 2 bijik kat atas ni kalu takde tetamu memang aku biar camtu je. Tilam tak bercadar, lantai tak mop, tak vakum. Sesekali diorang naik main kat dalam bilik-bilik ni. The major attention kat bilik ni nak kena mop berkali-kali la sebab lantai habuk tebal. Hahaha entah bila last aku mop tatau. Buat apa nak buang tenaga ngemop kalu takde orang duduk kan?! Hehek. Padahal pemalas.
Mula-mula Adam kata nak tido bilik dia sendiri. Aku ok je la mana-mana pun. Pastu bila dah siap kemas segala, dia tukar pikiran pulak nak tumpang bilik adik. Hahahaha aku dah agak dah. Nasib baik bagitau sebelum aku kemas bilik satu lagi tu. Jimat tenaga aku yang memang pancit tahap apa dah ni.
Sejujurnya aku kalu boleh prefer Adam tido bilik asing terus. Tapi slow-slow lah. Bagi dia asing dari bilik aku dulu. Pasni kita saiko suruh tido bilik dia sendiri la pulak. Sebelum ni dia dengan Zaraa tido satu tilam. Now aku buat undang-undang diorang tak boleh tido sekali dah. Kena gilir-gilir tido tilam atas vs tilam bawah. Contoh; malam ni adik tido tilam atas, Adam tido tilam bawah. Malam esok adik tido tilam bawah, Adam tido tilam atas. 
Hype giler diorang ni nak tido bilik sendiri. To tell you the truth, aku pun tak tahu selama mana diorang boleh tido sendiri ni. Entah-entah malam karang jugak lari ketuk pintu bilik aku. Banyak kali aku remind diorang, takleh buat macam tu sebab dalam bilik aku dah takde tilam spare. Takkan tengah malam buta nak heret tilam berat-berat masuk bilik aku pulak kot. Hijau mak kau nanti!

Banyak kali aku ingatkan diri sendiri, this scene might not last long. Mungkin 2 malam lagi diorang dah givap tido sendiri. Aku kena bersedia. Takut keciwa ok! Entah la... Apa-apa pun aku malas nak pikir lagi. Penat giloss...

Encik Jack balik lab duk bersilat dengan mesin basuh tak setel-setel sampai ke malam. Aku pulak dari pagi sampai ke malam ni duk siapkan bilik bebudak ni pulak. Bila semua dah masuk bilik, tak sempat nak feeling-feeling pengantin baru ke apa. Semua berebut cari bantal.

Sesekali rasa sunyi la pulak takde 2 ketul tu sebelah katil aku. At least memalam boleh dengar orang kacip gigi!

Ni dah tido asing ni... Berapa la agaknya bil letrik bulanan. Yang pakai satu ekon je pun dah dekat 300.. Ni run 2-2 ekon tiap malam ni... Ni baru 2... Sat lagi kalu diorang lagi besar takkan nak suruh tido sebilik lagi. Kena tido asing jugak. Nah, 3 ekon run sekaligus tiap malam. Mau 4,5 ratus bil letrik. Terpaksa la itu harga yang perlu dibayar. Takkan aku je nak tido sedap berdinginan pastu anak-anak tido berpeluhan. Kalu buat camtu aku rasa, tak sampai 3 malam diorang lari punggah tilam tido dengan aku balik! Kau rasa?!


Huaaaarrrghhhh.... Selamat malam dunia. ZZzZZZzzzzzzZZZzZZzZzZzZzZzzz

No comments: